''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Tuesday, February 15, 2011

Suci Dalam Debu

IsLaM bAgAi AiR yAnG jErnIh
Di bUmI YaNg pEnUh bErDEbU
MeNyiNaRi sAnUbARi iNsAn
TuK sEtiAP uMaT MaNuSiA
SePaNjAnG mAsA

IsLaM kAN JaYa
SeLaMaNyA
WaLau Di TaNtAnG mAsA
NaMuN tAk sEmUa
PuNYa dAyA mEnEnTaNg mUrKa

SuAtU hAri NaNti
IsLaM kAn BeRCahayA
MeNyiNaRi DuNiA
MaKhLuK dAn SeiSinYa

Di siTu kAn tErLiHat
KeBeNaRaN TeRuNgkaP
QuRaN jaDi pEdOmAn
sUnnAh jaDi AcUan

BuKaN KhaYaLaN
YaNg ALLaH jAnJikAN
NAmUn KeBeNaRan yAnG nYata

Saturday, February 5, 2011

be a good muslim









RAHSIA DI SEBALIK SEBUTAN " ALLAH"

Rahsia Penyembuhan Di Sebalik Sebutan "Allah"






Vander Hoven, seorang psikologis dari Netherlands mengumumkan penemuannya tentang kesan membaca al Quran dan mengulangi sebutan "Allah" ke atas pesakit. Ini adalah berdasarkan kajiannya selama 3 tahun. Kesimpulan yang didapatinya, sebutan "Allah" benar-benar memberi kesan yang memberangsangkan terhadap penyembuhan pesakit-pesakit yang mengalami tekanan mental.

Psikologis itu menerangkan bagaimana setiap huruf dalam kalimah ALLAH dapat memberi kesan penyembuhan kepada penyakitnya. Beliau menyatakan bahawa:

-Huruf A, yang keluar melalui sistem pernafasan, akan mengawal pernafasan.

-Huruf L yang 'bersabdu', apabila disebut akan menyebabkan lidah sedikit terangkat ke lelangit, dan akan menghasilkan satu 'pause' yang merehatkan pernafasan.

-Huruf H yang terakhir akan membuatkan satu 'contact' antara paru-paru dan jantung, dan ini akan mengawal degupan jantung.

Sebenarnya, professor ini seorang non-Muslim tetapi beliau sangat berminat dengan kajian Islam dan suka mencari rahsia-rahsia agung yang terkandung di dalam kitab suci al Quran.

Subhanallah! Banyakkan berzikir menyebut namaNya...

Friday, February 4, 2011

Hikmah membaca ayat Kursi


Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Nama-nama syaitan dan pekerjaannya

Khanzab adalah syaitan pengganggu orang solat. Walhan adalah syaitan yang menggoda orang yang berwudhu dan membisikinya. Dasim adalah syaitan yang mengganggu keluarga dan rumah. Abyadh, syaitan paling buruk dan kuat menggoda dan sering menggoda para nabi.

Mujahid berkata,"Di antara keturunan syaitan adalah Laqnis dan Walhan,keduanya menggoda orang yang bersuci dan solat. Keduanya digelar dengan al-Hafaf dan MurrahZalanbur, Syaitan yang menggoda di pasar yang  menghiasi hal yang sia-sia, sumpah, dusta dan memuji barang dagangannya. Bathar syaitan yang menggoda orang yang di timpa musibah, membisikinya supaya mencakar wajah, memukul pipi, dan merobek kantong bajunya sendiri. Al-'Awar adalah syaitan penggoda orang yang berzina dengan menyebarkannya di kelamin lelaki dan tua pada perempuan."
Mathus, syaitan pemilik berita dusta yang disebarkan melalui mulut-mulut manusia yang tidak ada sumbernya. Dasim, yakni bila seorang memasuki rumah tanpa mengucapkan salam dan tidak mengingati Allah, maka dia dapat melihat harta kekayaan seseorang selama belum di angkat atau diperbaiki tempatnya. Bila seseorang makan dan tidak membaca basmallah, maka dia akan makan bersamanya.
Al 'Amasy berkata,"Ketika aku masuk ke dalam rumah dan tidak menyebut nama Allah SWT, serta tidak bersalam aku melihat api. Aku berkata,"Angkatlah, dan aku berbantahan dengannya. Kemudian aku ingat dan berkata, "Dasim, Dasim, Aku berlindung kepada Allah SWT darinya."
Ubay bin Kaab meriwayatkan dari Nabi SAW. Beliau bersabda,"Sesungguhnya wudhu itu ada syItannya yang bernama Walhan. Maka takutlah kalian semua dari sifat was-was pada air."Diriwayatkan oleh Tirmidzi.
Muslim meriwayatkan dari Uthman bin Abi Al Ash. Dia berkata,"Ya Rasulullah, syaitan telah menghalang antara diriku dan solatku dan tanda-tanda yang ia kenakan padaku." Rasulullah bersabda,'Itu adalah syaitan yang di sebut Khanzab. Maka bila engkau merasakannya, berlindunglah kepada Allah darinya, dan meludahlah ke sebelah kirimu tiga kali.' Maka aku melakukan itu dan Allah menghilangkannya dariku."
 
Sumber: Hikaya Ash-Shufiyyah, Muhammad Abu Al-Yusr 'Abidin.

Wednesday, February 2, 2011

BIODATA RASULULLAH S.A.W




  


Kita sekarang lebih kenal artis daripada Rasulullah, lebih
menyambut Hari Valentine daripada menyanjung Rasulullah.
Pelik! Pelik! Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran
 Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan
Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan
 dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih
 mengingati kelahiran paderi "St. Valentino" daripada
mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para
 artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
 kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan
Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab
untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup
 Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar
 kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH S.A.W.
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan
20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah;
sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang
menyerang kota Kaabah)

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW).

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan
Abu Lahab).

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih
 dikenal Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama
 Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang
dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan
 bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan
 meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang
terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya,
 Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan
 pada usia 12 tahun


· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir
ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani
bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua
 rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan
 seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan
 lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam
di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan


pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan
 itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan
 anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian
damai untuk memberi pertolongan kepada orang
 yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan
perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
 Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah;
 lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan
beberapa orang bapa saudaranya yang lain
pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara
Khadijah) untuk meminang Khadijah yang
berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah
adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan
dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan
 ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus
 meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan
menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan
ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/
24 September 622M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah
Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu
Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi
 (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind
bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith
 bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya
sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga
memerah susu kambing untuk keperluan keluarga
mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada
makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,
 sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah
menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu
 membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat
ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai
 sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah
 baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada
 apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun
tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"
 (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina
 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata,
"Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit
 tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat
seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur,
 "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
 "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia
 tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w.
 "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman
 tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki
 adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap
isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda
dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak
 sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai
pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara
 satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup
seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang
mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar
 yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang amat berat, tuan
sakitkah ya Rasulullah?""Tidak, ya Umar.
Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah
 sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin
 engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis,
kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,
 buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan
 lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan
mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab
 dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu,
apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.
 Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH
nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi
beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH
buatku, agar umatku kelak tidak ada yang
kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
 kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis,
miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi
hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan
penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat
 yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum
menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH
swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam
diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa
ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa
lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk
 baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu
 sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh
Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau
masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah,
bukankah aku ini hanyalah seorang hamba?
 Sesungguhnya aku ingin menjadi
hamba-Nya yang bersyukur."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...