''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Tuesday, June 28, 2011

coretku kini...

MANIS CANTIK


sedikit yg aku ingin kongsikn bersama kalian ttg kehidupan ku...Bulan Jun pd tahun ini byk mencoretkan pengalaman baru dan suka duka ku.. ada yg menggembirakan hatiku, dan tidak kurang juga yg membuat aku berduka… namun, segala kenangan lalu akan tetap utuh di ingatanku… aku tahu, sebagai manusia biasa, aku tidak boleh lari dari kenyataan.. jodoh pertemuan, ajal maut, semuanya terletak di tanganNya… kita perlu redha akan setiap yg berlaku kerana segala sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya…


Pd 3 jun yg lalu, pak cik ku yg bongsu (adik ibuku) telah selamat di ijab qabulkan dgn seorg wanita pilihan hatinya dgn sekali lafaz… Alhamdulillah, beliau telah menjadi seorang suami.. aku doakan beliau boleh membimbing isteri dn keluarganya ke jalan yg diredhai Allah… majlis akad nikah berlangsung seperti yg dirancang… majlis bertandang ke rumah pengantin perempuan pula dilangsungkan pada keesokan harinya di Jasin Melaka… gembira rasanya pada saat itu, semua ahli keluarga ibuku dpt hadir bersama-sama meraikan pengantin…. Mana tidaknye, 11 org adk beradik ibu ku dpt berkumpul bersama.. cucu-cucu nenek pula mencecah lebih 30 org dn tak lupa juga cicitnye ada sorg…(kalau wat kenduri, keluarga kami dah ckup ramai untuk meriuhkan rumah atok nenek kami)… senyuman dan kegembiraan diorg terpancar di muka masing2… pada 5 jun, majlis berlangsung di rumah nenek ku… tak putus2 org ramai berkunjung.. maklum sajalah, ni  majlis perkahwinan yg terakhir.. pas ni tiada lg majlis besar-besaran seperti itu lg… Alhamdulillah, mknn yg dihidgkan tak terbazir dek ramai tetamu yg hadir menikmati nasi jagung hasil air tgn atok ku sendiri (mmg lazat)…

Pada pg hari 7 jun pula, kami adk beradik merancg untuk membuat kejutan untuk ibu pd hari lahir ibu (8 Jun)..Namun, pd hari yg sama, lpas Maghrib… kami sekeluarga di kejutkan dgn pemergian pak busu (adik ayahku) telah kembali ke rahmatullah…perancangan kami yg ingin membuat kejutan untuk ibu tidak dpt kami laksanakan, malah kami pula yg terkejut dek pemergian arwah yg secara tiba2… bgku,baru 2 hari lepas aku menerima ‘org baru’ dlm keluarga ku, namun kini, pemergian org tersyg telah menyedarkan ku bahawa kematian tidak mengira umur, pgkat mahupun harta… setiap yg hidup pasti akan mati… cume caranya saje yg berbeza… jika dh ajal, tidak akan sedetik lebih pun kita boleh terlepas daripada kematian itu… namun, lbh menyentuh hatiku adalah detik pengkebumian beliau di jalankan pada hari lahir ibuku… Alhamdulillah, kami dpt melihat jenazah buat kali terakhir sblm di kebumikan di cheras... aku tak sanggup menatap arwah dek kerana hatiku amat pilu bgai dihiris sembilu… aku masih tidak boleh menerima kenyataan… munggkin sbb aku maseh sedih kerana  9 bulan yg lalu (7 oktober 2010) makcik ku (kakak kpd ayhku) telah kembali ke rahmatullah… (time ni aku dh nk MUET)…aku dh tak leyh piker ape lg dah…aku terus ke HEP untuk minta balik awal lpas tahu makcik ku meninggal… sedih.. amat sedih…skang ni, aku pun tak tahu berapa ramai adk bradk ayhku yg masih hidup.. maklumlah, mereka ramai (14 org sumenye…) Ya Allah, semoga roh arwah Abdul Samad Bin Endot dan Fatimah Binti Endot di cucuri rahmat Mu dn ditempatkn dlm kalangn org yg beriman…
Namun bagi kita yg hidup, amalkn doa ini... smoga kita dpt mmperoleh husnul khotimah....

maksudnya: Ya Allah, akhirilah hidup kami dgn ISLAM
Akhirilah hidup kami dgn membawa IMAN
Akhirilah hidup kami dgn pengakhiran yg BAIK

Pada 16 Jun pula, aku telah ke KLIA untuk menghantar pak Mat (adik ibuku) ke Qatar atas urusan pekerjaan… perjalanan kami ke sana, Alhamdulillah berjalan lancar… itulah first time aku ke KLIA.. dulu time kecik2, ibu kata aku pnah ke sana untuk hantar atok nenek g haji… tapi tu dulu, masa umur aku baru 2 tahun.. mane aku tahu KLIA tu mcm mne bntuknye… tapi kali ni, aku amt teruja melihat keindahan dn kecanggihan KLIA… boleh dikatakan mcm org jakun lah jugak..  tp hatiku sedih dek pemergian pak cik ku ini… ketika beliau ke balai perlepasan, air mataku hamper berguguran namun ku tahan ia dari keluar.. kalau isterinye melihat air mataku, aku rase isterinya lgsung tak berhenti menanges..  jd aku perlu tunjuk kuat agar isterinya pun berasa begitu… sorg lg pak cik ku yg tersyg meninggalkn ku di sini… pnah juga aku bertnya, mgapa org yg aku syg perlu pergi meninggalkan ku…  walau mcm mne tgginye syg aku pd mereka, namun Allah lebh syg kn mereka…  aku perlu sedar, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnye…  benarlah kata sahabatku, kalau itu mmg taqdir Allah, tiada sape dpt mghalangnya… skang ni, aku cuma mampu berdoa agar beliau selamat pulang ke Malaysia suatu hari nanti… kemudian, aku ditawarkn untuk menemani mak cik ku itu di tgganu selama mana aku masih bercuti, namun ibu tidak mengizinkn dek kerana ibu lbh memerlukan aku di rumh…

Dlm masa yg sama, pak cu ajak aku ke rumhnye untuk menemani mak cu… in case klo dia kene keje mlm, aku ada untuk temani isteri yg bru d kahwininya… namun, ibuku masih ttp dgn pendirian nya.. masih tidak mgizinkan aku pergi jua… jiwaku memberontak.. mana tidaknye, dah la nk kuar ngn kwn2 g lunch, g dinner, g camping.. sume x leyh.. pas tu nk ikut mak cik g tganu pun x leyh… ni nk ikut pak cu pun x leyh gak ke?? Dh tu ape yg boleh?? Dok umh je…bermcm-mcm cara halus aku guna untuk memujuk ibu (tak maen arr cara kasar2 nie… aku tak nak jadi anak derhaka)… Alhamdulillah, akhirnye ibu kasi gak pegi.. tp just for a week.. not more than that…

 pd 19 Jun, kami bertolak ke PJ… dok umah sewa pak cu.. byk perkakas yg x der.. rumh bujglah katakn.. bila dh kwen, mcm2 kene beli… kt sana, aku jumpe mcm2 jenis org yg lom pnah aku jumpe… aku ni cume org kmpung je, bila msuk bndar dh mcm ruse masuk kmpung… pelik dek kerenah dn perangai org bndar… yg melnggar undg2 jaln raye mmg teramat byk, yg mlggr undg2 syariah lg lah berlmbak-lmbk… tak malu ke? Nama je Islam, tp just kt I.C je kot… perangai, MasyaAllah.. tak tahu nk ckp cmne lg… mmg kene kejutn budaya bila aku dok sana…  pejam celik pejam celik dah seminggu aku kt sana (naseb bek pejam boleh celik balik.. klo pejam x celik2… alamtnya, paham2 je la.. kita bkn tahu bila ajal kita akan smpai.. Alhamdulillah masih di beri kesempatan melihat dunia lg)… 25 jun aku blik umah coz 26 jun sepupu aku plak kawen… tp aku x kenal plak sepupu aku yg mane 1 yg kawen ni… kadang2 aku mmg x leyh nk differentiate mana 1 pakcik2 n makcik2 aku, mana 1 sepupu2 aku, mana 1 anak2 sedara aku… (ni mmg kes parah dah nie)… tp at least aku cube nk kenali mereka wpun ianya agk sukar bgku… tu je cara yg aku ade.. x kn aku nk sruh diorg pkai name tag plak.. haha...

ape2 pun.. pglmn byk mengajar aku ttg erti kehidupan.. rasenye maseh byk lg perkara yg perlu aku pelajari ttg kehidupan.. bukn senangg nk jd khalifah di bumi Allah nie...

mengimbau kisah pd 27 Rejab...

Kepada Sebuah sejarah yang Agung.......

sebuah perjalanan yang hebat dan penuh hikmah..

untuk Kekasih yang hebat....

buat pedoman ummat tercinta..

Sebagai bukti Cinta dan Kebesaran dari-Nya...



Mari kita imbas serba sedikit tentang peristiwa Israk & Mikraj yang berlaku pd malam ke 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan nabi Muhammad s.a.w...



Israk bererti perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.
Mikraj pula bermaksud perjalanan baginda s.a.w dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh.

Peristiwa Israk & Mikraj ini berlaku di tahun dukacita Rasullullah kerana baginda telah kehilangan dua insan tersayang iaitu kewafatan Siti Khatijah (isteri baginda) dan kematian Abu Talib (bapa saudara baginda). Demikianlah Allah swt menghiburkan Nabi saw dengan peristiwa Israk dan Mikraj untuk membasuh kedukaan dan kenestapaan yang bersarang di hati Rasulullah. Nabi s.a.w menggunakan kenderaan Buraq dalam peristiwa Israk & Mikraj ini

Semasa dalam perjalanan israk dan mikraj ini Nabi saw telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa suka dan duka, menghibur dan menakutkan silih berganti. Nabi saw diiringi oleh Malaikat Jibril sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj ini kecuali ketika Rasullah saw ke SidratulMuntaha bertemu dengan Allah swt.

Nabi saw ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan ketika meninjau neraka. Misalnya Nabi saw diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, pecah dan kemudian bertaut kembali seperti sediakala. Ini adalah hukuman bagi mereka yang ingkar mengerjakan solat. Nabi juga melihat seksaan terhadap pemakan riba, penzina, pengumpat, pembuat fitnah dan lain-lain. Ini semua memberi peringatan agar kita menjauhinya semasa di dunia ini.

Nabi saw juga melihat keseronokan dan kesukaan mereka yang berada di dalam syurga. Nabi saw tercium bau yang semerbak daripada Mashitah, tukang sisir rambut anak Firaun. Nabi juga melihat sekumpulan orang yang tidak putus-putus menuai hasil tanaman menandakan bahawa balasan bagi mereka yang suka menderma dan bersedekah semasa hayat mereka. Peristiwa besar dalam Israk dan Mikraj ini ialah apabila Rasulullah saw menerima perintah mengerjakan solat. Berbeza dengan ibadat lain seperi puasa, haji, zakat, ibadat solat diterima secara langsung daripada Allah swt.



*Besar sungguh kekuasaan Allah s.w.t.

Saturday, June 18, 2011

'seronoknye' COUPLE...

Saper yg bercoupling........BACA!!!!!!!!!!!!!!! > >
Apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple': 
1) seronok (dpt fitnah) 
2) seronok (dpt dosa) 
3) seronok (dpt geng dgn syaitan) 
4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada) 
5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung.. 
6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..) 
7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..) 
8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..) 
9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... ) 
10) lain2 lagi yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA.. > >


Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) Banyak sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak. 

2) Perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. Nauzubillah.. pada pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung...so tak pe la..dosa pun sikit jer..nanti dah kahwin settle dan taubat le.. Saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia orang untuk melepaskan diri.
Orang kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. Kita nasihat kot sini dia corner kot lain. Banyak bersabar aje le dan teruskan usaha kita, InsyaAllah lama2 dia sedar le.. 

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas +ve dan -ve. Hasil daripada didikan /pentarbiyahan islam yang tidak kukuh dari keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada sesetengah ibubapa dengan selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yang buruk .. bior le" . Betul juga kata ibu bapa tersebut. Patutnya kita dah besor, tahu le menilai yang mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan... 

4) Bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. Maka ini membuka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka..Tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dengan tujuan untuk mengambil iktibar…) kat KL (kat sini mcm2 jenis orang boleh jumpa..). Ada yang elok tutup aurat tapi bila bersembang…tu dia, ketawa kalah lelaki…lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. 'ada chance ni..' 

5) Ramai perempuan semakin berani…berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt banyak boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yang banyak dpt awek.. 

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dalam jiwa ... lebih2 lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling memperngaruhi suasana. 

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dalam bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat... 

8) Haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. Mula2 perasan yang awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2…ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yang tak kena. Pada kaum adam pula, jangan le dok perasan cepat sgt.. 

9) Ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. Bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan 
tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu... 

10) Fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati... > >Alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, ya haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud: > > > >Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka barangsiapa yang memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan baginya agamanya dan kehormatannya..." > >(Mutfaq'alaih) 

1-Sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .
2-Cintailah pasangan anda kerana Allah dengan cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana 
hawa nafsu... > >Nauzubillahi min zalik... >Wallahu'alam...

Saturday, June 11, 2011

Bersihkan HATI, LISAN & FIKIRAN

Tersedar aku,  betapa waktu itu terlalu berharga untuk disia-siakan apatahlagi jika dibazirkan begitu sahaja.. Penyesalan pun hanya datang kemudian, sehingga kini untuk melakukan sesuatu harus diperhatikan dan difikirkan baik-baik apakah ini baik atau buruk.
Dont you ever waste your time…!!! It wont come back to you…!!!
Kini saatnya bersihkan hati, bersihkan lisan dan bersihkan fikiran dari hal – hal yang tidak berfaedah, kerana hidup ini hanya satu tujuannya yakni hanya Allah SWT.
“Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Hati selalu didorong oleh nafsu,  Iblis dan syaitan selalu menggangu kita dan mendorong hati agar melanggar perintah Allah SWT.
[1_946853466l.jpg]
"aku mencintaimu kerana agama yg ada pdmu, jika kau hilangkan agama
dlm dirimu, maka hilanglah cintaku pdmu" (Imam Nawawi)

Hati yang bersih, hati yang suci, akan mudah menyerap dan memantulkan kebaikan. Ia akan memancarkan cahaya seperti permata. Jika kita melihat wajah seseorang yang beriman. Wajahnya bercahaya kerana terpancarnya cahaya keimanan dari hatinya. Oleh sebab itu marilah kita selalu membersihkan hati kita.

Melatih diri untuk senantiasa hidup bersih zahir batin adalah suatu tuntunan yang harus dijalani. Namun langkah itu sangat bergantung pada keseriusan dan tekad diri kita sendiri. Pola hidup bersih harus bermula dari diri sendiri. Mulakanlah berlatih hidup bersih dari hati, lisan, sikap dan tindakan.

Berusahalah agar setiap untaian kata yang keluar dari lisan kita penuh makna. Hindari kata-kata kotor, keji dan tidak senonoh. Sebab setiap kali kita bicara kotor, kesucian hati pun ternoda.
Makin hidup kita bersih, kita akan semakin peka. Cuba lihat cermin yang bersih! Satu titik noda menempel padanya akan cepat diketahui. Tapi kalau cermin kotor, penuh noda dan debu, digunakan untuk melihat wajah sendiri juga susah. Makin bersih diri kita, InsyaAllah kita akan lebih peka melihat aib dan kekurangan diri sendiri. Bahkan kita akan lebih peka terhadap peluang amal dan juga ilmu. Sebaliknya, bagi yang kotor hatinya, jangankan untuk melihat kekurangan orang lain, melihat kekurangan diri saja kita tidak mampu.
Mari berusaha membersihkan hati kita, semampu kita. Sedikit demi sedikit sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, terus dan terus menjadikannya lebih baik tentu saja dengan pertolongan Allah SWT. Setelah ada tekad yang kuat dari diri kita insyaAllah,  Allah SWT pasti memberikan jalan.

Friday, June 3, 2011

JeNis-JeNiS NaFsU




Adakah anda mengenali NAFSU??
Apakah anda faham hasrat NAFSU itu??
Bagaimanakah untuk mengendalikannya??
NAFSU...NAFSU...NAFSU....terus diperkatakan selamanya...
Oleh itu, kita akan cuba kenal tingkatan dan sifat-sifatnya dengan lebih baik iaitu..


7 PERINGKAT NAFSU


1.Nafsu amarah

Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburukan). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit. 



Firman Allah: 
·         "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya" 
·         "Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji(mungkar)" 
·         "Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus)" 

Dalam kehidupan seharian segala hukum hakam, halal-haram, perintah dan larangan tidak pernah di ambil peduli. Malah buat kejahatan itu sudah sebati. Tidak ada penyesalan, malah kadang-kadang bangga buat jahat. Bagi mereka pada peringkat nafsu ini, konsep hidupnya adalah sekali, jadi masa mudalah untuk seronok sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas. Baik jahat adalah sama sahaja di sisinya tanpa ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang bila boleh buat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas. Itulah sebabnya kadang-kadang ada yang dapat nak mengawalnya dari melakukan sesuatu yang jahat. Dah jadi hobi. Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana firmanNya: 

"Tidaklah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya (amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya (telinga batin) dan hatinya dan penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup." 

Manusia pada peringakat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan. nafsu inilah jika dikuasai oleh kita, wajiblah kita melawan dan mengalahkannya... kerana ia musuh kita yg amat nyata, yang sentiasa merosakkan iman dan amalan kita...




2.Nafsu lawwamah

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus. Rasulullah s.a.w bersabda: 


·         "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya sendiri" 
·         "Barangsiapa yang hatinya menjadi penasihat baginya, maka Allah akan menjadi pelinding ke atasnya." 

Tapi bila seseorang itu meningkat ke martabat nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi isyarat lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-kelamaan isyarat ini akan padam dan malap. Hingga jatuhlah kembali pada tahap nafsu amarah kembali. Sebab itu kadang-kadang kita tengok sekejap orang tu baik, sekejap berubah jahat kembali. Kemudian berubah balik. Inilah bolakan hati yang di sebabkan oleh keadaan nafsunya yang berubah-ubah. 



Pada tahap lawwamah ini masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah tapi jumlahnya mulai berkurang sedikit. Keinsafan memancar. Sekiranya dia terus mematuhi isyarat lawwamah yang ada, sedikit demi sedikit sifat-sifat keji dapat dihapuskan. Pada peringkat ini dia banyak meneliti diri sendiri dan merenung segala kesilapan yang lampau. Bila perasaan menyesal datang, orang-orang pada peringkat sangat mudah mengeluarkan air mata penyesalan. Kerap menangis dalam solat, atau bila sendirian, sewaktu berzikir, bersolawat. Air matanya bukanlah disengajakan tetapi berlaku secara spontan. Inilah dikatakan sebagai tangisan diri. Pada peringkat ini mula banyak mengkaji dan meneliti alam dan kejadian. Malah sentiasa membandingkan sesuatu dengan dirinya. Mereka juga menjadi gila untuk beribadat dan cenderung kepada perbincangan berkaitan soal mengenal diri dan mula jemu dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama. Perubahan ini boleh jadi mendadak sekiranya kita terjun ke alam tasauf. 
Rasulullah s.a.w bersabda: 


·         "Bahawasanya orang-orang mukmin itu perhatiannya pada solat, puasa dan ibadat dan orang munafik itu perhatiannya lebih kepada makanan dan minuman seperti halnya binatang" 
·         "Sedikit taufik adalah lebih baik dari banyak berfikir dan berfikir perkara duniawi itu mendaruratkan dan sebaliknya berfikir perkara agama pasti mendatangkan kegembiraan" 

Pada tahap ini sudah mementingkan akhirat dari dunia. Namun begitu walau nak dibandingkan dengan amarah ia lebih tinggi sedikit, namun sekali-sekala ia tidak terlepas juga dari jatuh kedalam jurang dosa dan kejahatan.Imannya masih belum kuat.Namun ia cepat sedar dan cepat beristigfar minta ampun kepada Allah. 

3.Nafsu mulhamah

Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.
 
Firman Allah: 
"Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya(nafsu) 


Makam nafsu ini juga dikenali dengan nafsu samiah. Pada pringkat ini amalan baiknya sudah mengatasi amalan kejahatannya. Sifat mazmumah telah diganti dengan mahmudah. Sikap beibadat telah tebal dan amalan guru terus diamalkan dengan lebih tekun lagi. 


Pada penyesalan pada peringakat lawwamah tadi terus bersebati di dalam jiwa. Isyarat lawwamah sentiasa subur. Sesungguhnya taubat orang peringkat mulhamah ini adalah "taubatan nasuha". Bukan shaj di mulut tetapi hakiki. 
Dalam kehidupan sudah terbina satu skap yang baik,tabah menghadapi dugaan, bila terlintas sesuatu yang ke arah maksiat cuba-cuba memohon kepada perlindungan dari Allah. 




Firman Allah: 
"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa , bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan."


Sabda Rasulullah S.a.w: 
"Barangsiapa yang merasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah (gelisah) dengan kejahatan yang dilakukan, maka itu orang-orang mukmin"


Zikir pada tahap ini telah menyerap kedalam lubuk hatinya bukan sekadar berlewa-lewa dibir sahaja lagi. Malah sudah menerima hakikat nikmat zikir dan zauk. Bila disebur nama Allah rindunya sangat besar, berderau darahnya dan gementar tubuhnya tanpa disengajakan. 


Firman Allah: 
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, bagi mereka apabila sahaja disebut nama Allah, nescaya gementarlah seluruh hati mereka" 


Perasaan ini terus menjalar sehingga bertemu kekasihnya. 
Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah: 

1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa. 
2. Tak sayangkan harta 
3. Qanaah. 
4. Berilmu laduni 
5. Merendah diri/ tawwadu' 
6. Taubat hakiki 
7. Sabar hakiki 
8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan 




Mereka pada tahap ini mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni kerapkali mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat (syuhud) tetapi belum teguh dan kemungkinan untuk kembali kepada sifat yang tidak baik masih ada. Kebanyakan orang cepat terhijab pada masa ini kerana terlalu asyik dengan anugerah Allah padahal itu hanyalah ujian semata-mata. 

4.Nafsu Mutmainnah

nafsu ini adalah martabat nafsu pertama yang diredhai ALLAH SWT yang layak memasuki Syurga. Tingkat ini hanya dapat dicapai setelah seseorang itu melalui latihan yang berterusan. Hasil latihan itu barulah nafsu mulhamah akan meningkat pula kepada nafsu mutmainnah, iaitu hati yang sudah sampai ke peringkat suci dan tenang.
......Tingkatan nafsu inilah yang ALLAH alu-alukan masuk ke dalam syurganya.

Firman ALLAH SWT;
 Maksudnya; "Wahai orang yang bernafsu Mutmainah, pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dalam keadaan redha-meredhai dan masuklah ke dalam Syurga-Ku"
(Surah Al-Fajr, ayat 27-30)

.....Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah, dikatakan seorang mukmin yang telah mencapai taraf bertaqwa. Hati dan jiwanya tetap tenang walau ditimpa musibah yang berat. Demikian juga apabila iiberi amanah yang tidak patut sekali dibolot, sebaliknya patut diberikan kepada yang berhak dengan kadar yang segera.

Sifat-sifat orang yang bernafsu Mutmainnah
  • Murah hati dan tidak lekat wang ditangan kerana bersedekah.
  • Bertawakal yang sebenar.
  • Arif dan bijaksana.
  • Kuat beribadah.
  • Syukur yang sebenar.
  • Redha pada segala hukuman ALLAH.
  • Taqwa yang sebenar dan lain-lain sifat terpuji.

5.Nafsu Radhiah

ialah tingkatan nafsu yang dapat dicapai setelah seseorang itu dengan kegigihan melatih diri memakrifatkan diri kepada ALLAH. Setelah dapat benar-benar makrifat(kenal) ALLAH, maka orang yang bernafsu Mutmainnah akan meningkat kepada nafsu Radhiah...Orang yang dapat mencapai tingkatan nafsu ini memiliki keseluruhan sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dengan ALLAH, dapat pimpinan ilmu laduni dan mempunyai pandangan mata hati yang tajam, yang dikenali sebagai firasat.

.......Sabda Rasulullah SAW;
"Takutilah akan firasat orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan nur ALLAH (petunjuk ALLAH SWT)" -[ Riwayat Tarmizi ]

......Selain itu, sifat orang yang berada pada maqam nafsu Radhiah lagi aialah amat luar biasa dan berbeza dengan orang lain, ia tidak takut pada ujian ALLAH dan tidak tahu gembira pada nikmat ALLAH, yang ia tahu hanya keredhaan ALLAH dan hukumanNYA.
.....Sifat mereka itu seperti yang digambarkan dalam Al-Quran sepertimana dalam firman ALLAH SWT;
            
 Maksudnya;
"Sesungguhnya wali-wali ALLAH itu tidak pernah merasa takut dan bimbang"
(Surah Yunus, ayat 62)

......Nafsu(jahat) orang yang mempunyai nafsu radhiah sudah terkikis dari akr umbinya sekali dan hati mereka hanya disinari oleh nur syuhud kepada makrifat, bertalu-talu masuk ke dalam hati nuraninya, sehingga alam sekeliling mereka laksana cermin yang 'nampak' ALLAH setiap ketika sebagaimana maqam musyahadah terdapat dalam "al ihsan"

.......Sifat-sifat mahmudah yang timbul dari nafsu radhiah ini ialah;
  • zuhud
  • ikhlas
  • warak
  • meninggalkan perkara-perkara yang tidak ada keperluannya
  • memelihara hukum-hakam ALLAH dan lain-lain sifat kerohanian yang tinggi.
........Wali-wali ALLAH di maqam ini dapat mengecap nikmat budi yang luhur atau sifat-sifat kerohanian yang tinggi setiap ketika. Zikir wiridnya hebat, bukan sekadar dilidah tetapi dapat dirasai oleh hatinya yang sentiasa penuh khusyuk dan tawadhuk mengingati ALLAH.
.......Maqam hati beginilah yang dikehendaki oleh tujuan berzikir dan mengingati ALLAH seperti difirmankan oleh ALLAH:
  
 Maksudnya;
"Berzikirlah pada Tuhanmu didalam hatimu dalam keadaan merendah diri dan takut"
 [Surah Al-A'raf, ayat 205]

6.Nafsu Mardhiah
ialah nafsu tertinggi selepas nafsu Radhaiah dan sebelum nafsu Kamilah. Mereka yang telah sampai peringkat nafsu ini kelihatan lebih tenang dan tenteram. Hati dan jiwanya telah benar-benar bersebati dengan ALLAH SWT.
.....Hati orang yang bermaqam nafsu Mardhiah ini seperti digambarkan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis. 

Sabda Nabi SAW,
"Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang, maka dekatilah dia.Sesungguhnya dia akan mengajar kamu 'hikmat' "
[ Riwayat Ibnu Majah ]

....Segala gerak-geri orang yang berada di peringkat nafsu ini diredhai ALLAH..

Sabda Rasulullah SAW dalam Hadis Qudsi, maksudnya..
"Sentiasalah hamba-Ku yang berdampingan kepada-Ku dengan mengerjakan ibadat sunat hingga Aku kasihkan dia. Apabila Aku telah kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya yang ia mendengar dengannya,penglihatannya yang ia melihat dengannya, pertuturan lidahnya yang ia bertutur dengannya, berjalan kakinya yang ia berjalan dengannya dan berfikir hatinya yang ia berfikir dengannya"
[ Riwayat Bukhari ]

.....Orang yang mencapai martabat nafsu Mardhiah ini digelar wali ALLAH SWT yang berada dalam martabat yang istimewa. 

Sifat-sifat kerohanian orang yang bertuah ini antaranya:
  • Indah dan tinggi budi dan kesusilaannya.
  • Lemah-lembut dalam pergaulan dengan masyarakat.
  • Sentiasa rasa ghairah untuk berdamping dan beribadah dengan ALLAH.
  • Sentiasa berfikir pada kebesaran ALLAH SWT.
  • Redha dan rela dengan setiap pemberian ALLAH dan lain-lain sifat terpuji.

7.Nafsu Kamilah 
Orang yang mencapai peringkat nafsu Kamilah ini, berada di tingkat kesucian yang tertinggi. Setiap perlakunya benar-benar mengikut garis keredhaan ALLAH dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan. Cintanya hanya tertumpu pada ALLAH, ingatannya kepada ALLAH tidak akan terputus.

.....ALLAH SWT membayangkan dalam Hadis Qudsi,maksudnya...
" Sesungguhnya telah lama orang-orang yang baik-baik itu rindu untuk bertemu dengan Aku, dan (sebaliknya) Aku lebih rindu bertemu mereka"

.....Hanya para rasul, para wali dan wali ALLAH sahaja yang boleh sampai ke taraf nafsu Kamilah ini. Orang soleh, pejuang kebenaran boleh menuju ke tingkat nafsu yang tinggi ini dengan syarat setelah berjaya menempuh proses mujahadatunnafsi yang bersungguh-sungguh.

.....Demikianlah tingkatan-tingkatan nafsu manusia. Apabila kita telah mengenal kedudukan tahap nafsu-nafsu tersebut dan mengenali sifat-sifatnya, maka cubalah masing-masing mengoreksi diri sendiri akan tahap manakah nafsu kita sekarang. Setelah itu hendaklah kita berusaha meningkatkannya ke peringkat yang lebih tinggi dan kendalikannya kepada kebaikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...