''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Sunday, July 31, 2011

apa sebenarnya ukhwah fillah?

Bismillahirrahmannirrahim...


pernah seorang sahabatku bertanya kpdku, apa yg aku faham tentang ukhwah fillah... secara jujurnya, soalan beliau amat sukar untuk aku jwb... namun selepas pembacaan aku ke blog2 org, maka ada sedikit ilmu yg ingin aku kongsikan bg menjawab soalan ttg ukhwah fillah...


renungan sejenak....
adakah kita menghayati makna ukhawah fillah saat kita menyebutnya?.
adakah maksudnya menyerap masuk dalam hati..
atau hanya sekadar kata pengulangan ayat yang terbiasa dgn suasana islam dan budaya mesir sendiri..

atau kalau kita menghayatinya,
adakah penghayatan kita sama darjatnya dgn ukhwah fillah disisi Allah..
darjat ukhwah yang Allah inginkan..
adakah sehebat Rasulullah dan para sahabat..
ukhwah yg dijanji dan disebut atas nama zat yang Maha Agung...
adakah tertunai hak2 kita seperti yang Allah inginkan?..




kita faham bahawa ukhwah fillah itu adalah dengan menjalinkan hubungan persaudaraan kerana Allah supaya Allah redha. persoalannya, bagaimana kita mahu Allah redha dengan perhubungan itu?

di sinilah erti sebenar ukhwah fillah. ukhwah yang terjalin kerana mahukan keredhaan Allah. bukan untuk diri kita sendiri. tapi untuk kita bersama :)

ukhwah yang terjalin bukan sekadar melepaskan diri kita saja dari api neraka, tapi ukhwah ini adalah untuk turut sama menyelamatkan saudara kita. siapa saudara kita? mereka itulah orang2 yang berukhwah dengan kita semata2 kerana Allah.

kita berukhwah dengan orang. kita tahu sekarang tujuan nya semata2 mencapat keredhaan Allah. tapi kita perlu tahu, keredhaan Allah itu adalah apabila Allah redha dengan kita. 

jadi cuba kita fikir, 
adakah Allah redha sekiranya kita biar sahaja kawan2 kita terus menjadi orang yang jahil agama?
adakah Allah akan redha jika kita biarkan saudara kita terus bergelumang dengan dosa? adakah Allah akan redha jika kita biarkan saja saudara2 islam kita ditipu dan ditindas oleh orang2 kafir?

inilah makna sebenar ukhwah fillah. ukhwah semata2 mahu keredhaan Allah. ukhwah semata2 mahu Allah redha melihat kita dan saudara kita sama2 berjaya di akhirat kelak. ukhwah semata2 mahu Allah redha kerana hamba2Nya bersaudara semata2 untuk bersama2 berdakwah menegakkan agama islam.

perluaskan makna ukhwah fillah. pasti apabila kita berada dalam sesuatu hubungan, ibu bapa, adik beradik, kawan2, suami isteri, dan jiran tetangga, akan lahir walau sekelumit rasa untuk kita bersama2 mereka mejauhi neraka Allah! dan bersama2 menuju syurga Allah yang indah itu!



Memetik kata – kata Imam Hasan Al-Banna,

Ukhwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)สน



jadi renungkanlah,
apakah perasaan aku..kau..dan mereka..
saat kita bersama-sama menyebut ukhwah fillah?
renungkan betapa beratnya perkataan ukhwah fillah..
ukhwah yg seolah2 tiada penghujungnya..
subhanallah~

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". 



Ya rabb,
maafkan kami ,
andai kami hanya menggunakan namamu...
untuk kepentingan diri kami..
andai kami menggunakan namamu hanya sebagai adat..
andai kami menggunakan namamu untuk kelihatan lebih thiqah(org yg dipercayai)..
kurniakanlah kami ukhwah fillah
ukhwah antara 2 saudara yang dijanji mendapat kemanisan iman..
Ya Allah,
sepanjang hayat kami hidup didunia kami..
berilah kami merasai kemanisan iman..
meski walau sesaat..
jika rasulmu yang mengatakan manis Ya Allah..
mesti manisnya teeerrraaaammaaaattt MANIS~...
kami amat mendambakannya.....

sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar..





jadi mari kita sama2 berukhwah kerana Allah. buktikan kita adalah saudara islam! ^_^


p/s: maafkan daku duhai sahabatku andai aku tidak mampu menjalankan amanah dn tanggungjawabku sebagai sahabatmu kerna aku juga manusia biasa yg tidak terlepas dr lupa dan alpa...

Adakah Kita Seperti Lobak, Telur Atau Kopi?

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk perjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia meletakkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.


Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan meletakkannya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, anakku?”


“Lobak, telur, dan kopi” jawab si anak.


Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk meminum kopi. Ia tersenyum ketika minum kopi dengan aromanya yang khas.


Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, Ayah?”


Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiganya telah menghadapi kesulitan yang sama iaitu direbus dalam air yang mendidih, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.


“Kamu termasuk yang mana?,” tanya ayahnya. 



“Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?”

Yang Mana Satu Peribadi Kita???


Apakah korang adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.


atau


Apakah korang adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah korang menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?


atau


Apakah korang adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika korang seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, korang akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar korang juga menjadi semakin baik.


P/S: Diubah atau Mengubah???

Thursday, July 21, 2011

coretan daku pd hari ini...

Assalamualaikum sahabat2ku sekalian.. moga kalian sentiasa di bawah lembahyung rahamt Tuhan... hmm.. rasanye cm lama sgt je aku tak update blog dgn kisah2 harian ku.. entah kenapa hari nie terasa terpanggil untuk berkongsi cerita ngn kalian sume.. nk bercerita kt rumh, rasenye tak de sape yg sudi mendengar... tu yg aku taip je kt cini.. klo sudi, bacalah.. mungkin tak de ape2 yg menarik kot...



hariku kini bermula seawal pg.. awal ke?? entah.. bgku kira awal lah jugk... maklumlah, mggu nie ibuku syift pg... ayhku pon begitu jugk... so, nk tak nk kene la bgun awal.. sblm ayhku berangkt ke tmpt keje, smpt juga ayh pesan kt aku: "syg, jgn lupa masak ye.. tghari kang ayah balik mkn..." dlm keadaan mamai, aku mengangguk.. then, baru ku sedar, nmpknye tugas ku kini sudh bermula... kalau tak masak, cian kt adik2 ku yg nk mkn slps kepenatan memerah otak mnjwb soalan exam...hmm... aku nie dh la tak pandai masak...
kadang2 terpikir gak... salah kah perempuan kalau tak pandai masak?? lalu aku dptkn jwpn dia kt cini... ce klik link nie...http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/856-salahkah-wanita-tak-tahu-memasak.html .. anda akn tahu jwpnnye...
apa lg, belasah je lah... dlm hati nie teringin nk mkn sambal udang, then aku pon wat arr smbal udang.. maklumlah, selama nie aku asyik bedal sambal udang nenek je... pergh, mmg top smbal nenek tu... haih.. naseb bek ada udang, maen 'campak2' je msuk kuali.. alhamdulillah, naseb bek menjd... then, wat arr sawi masak lemak... aku nie dh arr x penh mask kuah cmtu... lantak la, asalkn rasenye sedap... maybe tak de lah sedap mane, tp boleyhla telan untuk alas perut... aku nie masak je, mkn tgahari pon dh lewt sgt... dh arr x de bnde nk sarapan.. aku pon wat arr RADIX secawan... alhamdulillah, syukur dpt alas perut dgn secawan kopi... teringt plak time aku bru pas habes matrik.. dah la dok umh sewa, blom pon 'kenal' dapur, dh kne masak.. gelabh gk time tu coz bwg,kentang, halia dn len2 aku x tahu ibu ltk kt ne... berpusing-pusing aku cari... mncari satu hal, nk msk plak tu... dh arr tak pnh msk... adeh... panik gk aku jdnye.. syukurlah ada shbt yg tlong ajar aku, bg resipi melalui sms.. lawak gk bila terkenang bende nie.. mana tak nye, org len mask bukk buku resipi, aku msk bukk msej.. huhu.. ape2 pon syukrn kt shbt aku nie coz sudi bersama aku dlm sush dn senang... syukra sayang.. smoga Allah merahmati mu slalu...


lepas masak, aku spend time kt hobi aku.. nk tahu hobi aku ape? bina replika bangunan.. act, bkn bina, lbh kpd mencantumkn kayu2 tu jd bangunan... byk juga koleksi yg aku ada... aku ada replika kereta, kincir angin, kincir air, Twin Tower, Raffle Tower dn mcm2 lg arr...
nie antara koleksi yg aku ada arr...
 so, td, aku cume bersihkn habuk2 kt bgunan tu.. bg nmpk cantik balik... dlm dok leka mnghabiskn masa untuk hobi aku nie, tetibe plak adik aku tepon, sruh amik dia kt skolah... aku nie apa lg, trus tunggang motor g amek dia (even aku mmg tak de lesen, tp nk wt cmne.. belasah je la...) then, pas Zohor, aku sambung mengecat rumah yg telh tergendala selama seminggu dek krn cat dh habes... smlm bru beli balik cat tu... dh lama tak mengecat, penat juga rasenye... dlm kol 3.15 ptg, aku stop jap... lapar sgt perut nie minta diisi segera... tu bru kira lunch aku arr tu... dek terlalu penat, dn perut pon dh kenyang, aku tertidur.. lama lh jugk... sedar2 je dh msuk asar... alhamdulillah, aku di beri peluang untuk hidup kembali selepas mati seketika sbntar td... *syukurilah nikmat yg Allah telah kurniakn kpd kita....


pas Asar, sambung balik mengecat... dlm kol 7.00 bru berhenti... tp, tie tu ibu tgh berkemas kt depan.. tgh susun atur pokok2 bunga and bersihkn halamn rumh.. wpun keje aku dh selesai, tp aku x sampai hati bila tgok ibu wt keje sorg2 kt luar tu.. so, even aku dh penat + sakit pinggang, aku kuatkn diri gak bntu ibu... tlong la ape2 yg patut... smapilah Maghrib...

gambar hiasan....
aku sbg anak, perlu menjalankn tanggungjwb membantu ibu ayh.. kn itu wajib... Alhamdulillah, hari nie dpt gk aku berkhidmat untuk mereka.. insyaALLAH, jasa mereka mendidik dn membesarkn aku tak akn pernah aku lupakn... salah satu cara untuk membalas jasa mereka adalah dgn mendoakn kesejahteraan mereka...

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih…………Amin Ya Rabbul Alamin..

Thursday, July 14, 2011

'lollipop'... choose the right choice...


'' A muslim woman, when they look into the mirror, they make sure that they cover their aurah, they wear properly just to please ALLAH!.. Yeah!! we are so... unlike those woman in the street who try very hard to attract men!! Anyway, what for?...


Dear WOMEN, your beauty is very exclusive...


YOU ARE NOT A DOLL...being PLAYED by innocent HANDS up to ''EVIL ONES' HANDS"..


YOU ARE NOT GONNA LET PEOPLE JUDGE YOU as to what they see that they might be wrong as you are not contented with what you seem to be!...


YOU ARE YOU! And yeah.. God knows that and isn't that enough?? do you still need people to tell you that you are pretty by exposing youself??


Trust me! You don't have to do that...


Here's a few lollipops for you...
 


You are unlike those unwrapped lollipops that will get rotten sooner or later, but you are like those lollipops that are nicely wrapped. People wanted to have lollipops and they surely not gonna buy those unwrapped ones. They surely wanted to have the 'wrapped' ones. It's just that they really have to put on some efforts to have the 'wrapped' lollipops because they are more 'expensive' than those 'unwrapped' lollipops...

You are not gonna to buy the unwrapped one, are you..?






Bear this in mind...
" YOU ARE BEAUTIFUL"
YES. YOU AND I KNOW THAT.
SO WE DON'T NEED ANYBODY TO TELL US WHAT 'BEAUTY' IS.
FOR 'BEAUTY' IS TOO SUBJECTIVE.
LET ME TELL YOU THAT EVERYONE IS BEAUTIFUL. YES! EVERYONE.
SO, ISN'T THIS ENOUGH?
PLEASE...LOVE YOURSELF
BE THE WRAPPED LOLLIPOPS, NOT THE UNWRAPPED ONE. 

*article nie bkn aku tulis sndiri sbb aku tahu english aku tak brape bagus sgt... tp aku suke article nie... tu yg aku post kt blog aku... nk share ngn sahabt2 sekalian.. moga dpt manfaat drpdnya...

*Sabda Rasulullah SAW:

"Ballighu anni walau aayah" = Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walaupun hanya satu ayat... :)

Walahu’alam... Wassalam.. ^^

Friday, July 1, 2011

pesanan roh kpd manusia!!!!

Dalam kitab Zahri Riyadl, dikisahkan bahwa Nabi Ya’qub telah bersahabat dengan malaikat maut. Suatu ketika Malaikat maut datang menjumpainya. 
Nabi Ya’qub bertanya,“Hai Malaikat Maut, engkau datang sekadar untuk mengunjungi aku atau hendak mencabut nyawaku?”
“Aku datang sekadar berkunjung”
Ya’qub berkata, “Jika demikian, aku punya hajat kepadamu”
“Apa hajatmu?”
“Aku minta agar engkau memberitahu aku jika telah dekat ajalku dan engkau mau mencabut nyawaku” 
Malaikat Maut menjawab, “Ya, akan aku kirimkan dua utusan atau bahkan tiga”
Selang beberapa lama setelah pertemuan ini Malaikat Maut datang lagi. Seperti biasa Ya’qub bertanya, “Engkau datang sekadar berkunjung atau hendak mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab, “Aku datang kali ini untuk mencabut nyawamu”
“Bukankah engkau telah berjanji mengirimkankan dua atau tiga utusan untuk memberitahuku sebelum ajalku dekat?”
“Aku telah melakukannya”, jawab Malaikat. “Utusan pertama adalah rambut putih yang sebelumnya hitam. Utusan kedua adalah kelemahan tubuhmu yang sebelumnya kuat. Utusan ketiga adalah kebongkokan tubuhmu yang sebelumnya tegak. Semua itu adalah utusanku pada anak Adam sebelum mati.”

‘Aisyah, isteri Rasulullah pernah bercerita, “Aku sedang duduk bersila di rumah, tiba-tiba Rasulullah saw masuk sambil mengucapkan salam. Aku bermaksud berdiri untuk hormat dan memuliakan beliau sebagaimana kebiasaanku. Beliau bersabda. ‘Tetap duduklah, engkau tak usah berdiri, wahai Ummul Mukmimin!’ Beliau kemudian duduk meletakkan kepalanya pada pangkuanku, lalu tidur berbaring. Maka aku menghilangkan uban pada jenggotnya, aku dapati 19 rambut putih. Terpikirlah olehku bahawa beliau akan meninggalkan dunia sebelumku, sehingga tinggallah ummatnya tanpa Nabi. Maka aku menangis. Air mataku mengalir di pipi dan menitis pada muka beliau hingga beliau terbangun. Beliau bertanya, ‘mengapakah engkau menangis wahai Ummul Mukmimin?’
Maka aku ceritakan segalanya. Kemudian beliau bertanya, ‘Keadaan manakah yang lebih hebat bagi mayat?’
‘Tunjukkanlah, wahai Rasulullah,’ kataku.
‘Bukankah engkau yang mengatakannya?’ Aku menjawab,
‘Tidak ada keadaan yang paling hebat bagi mayat daripada saat keluarnya mayat dari rumahnya, di mana anak-anaknya bersedih hati di belakangnya seraya berkata, ‘Aduh ayah, aduh ibu,’ dan ayah berkata, ‘Aduh anakku.’
Nabi berkata lagi, ‘Itu hebat, tapi masih adakah yang lebih hebat?’
Jawabku, ‘Tidak ada yang lebih hebat bagi mayat dari ketika ia diletakkan di liang lahat dan ditimbuni tanah di atasnya. Kerabatnya kembali, begitu pula anak dan kekasihnya. Mereka semua menyerahkan kepada Allah swt beserta amal perbuatannya. Maka datanglah Munkar dan Nakir dari dalam kuburnya.’
Sahut Nabi, ‘Adakah yang lebih hebat dari pada itu?’
‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’
Sabda Nabi, ‘Wahai ‘Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat adalah ketika orang yang akan memandikannya masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Di kala itu ruhnya memanggil ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluq mendengarnya, kecuali jin dan manusia.

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drpd Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing- masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. 

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka..
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah
Ingatlah kamu supaya berbuat kebaikan sebelum ajal menjemputmu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...