''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Sunday, October 30, 2011

diagnostik penyakit melalui tapak tangan






sesuatu yang pernah aku dalami suatu ketika dahulu... dalam ilmu perubatan yang dianjurkan HPA..


sekadar hiasan.. tp aku penah pergi yang seangkatan dgnnya...
saja nk tuntut ilmu sedikit...
Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti 
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.


Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

Friday, October 28, 2011

jadilah hambaNYA yg bersyukur...

Pernah tak kita bayangkn kita cipta sebuah robot spt manusia,kemudian kita arahkan dia buat kerja-kerja..
kita masukkan cip didalamnya.. Bila terlalu banyak memori yang menjadikannya kelihatan hebat,dia berasa HEBAT bahkan lebih dari tuannya..Dia rasa berKUASA..Lepas tu,robot yg kita cipta tu lawan cakap kita,TAK ikut perintah & kehendak kita..Dia kata, AKULAH YANG PALING BERKUASA , lebih berkuasa daripada kau wahai penciptaku..


Sebagai org yg cipta robot tu, APA YANG KITA RASA???
Mesti kesal,marah,sedih,kecewa kan?? Ke tak de feeling?.. Rasa mcm nk hancurkan je robot tu...

Sekarang,cuba letakkan diri kita sbg robot,dan pencipta itu adalah ALLAH (Tuhan sbenar2 Pencipta)..


Kita rasa Allah buat apa bila kita lawan perintahNya? Langgar suruhanNya? Buat laranganNya?
Alhamdulillah..kita lahir dlm keadaan Islam..sedarlah bhw Allah xakan hukum,beri musibah& bala bencana,ujian,kesulitan kpd kita dgn saja2.. 

Sebab Dia Pencipta.. Dia Tahu apa yg terbaik utk hambaNya..Allah itu Maha Mengetahui..




Sedar x kita,sewaktu mengeluarkn perkataan yg boleh mensyirikkan Allah.. Allah msh belum ambil nyawa kita??

Sedar x kita,sewaktu kita kata kitalah yg berjaya buat itu buat ini, sdgkn Allah x prnh tarik balik nikmat yg Dia pinjamkn itu??

Sedar x kita,apabila kita melakukan sesuatu bkn keranaNya? Namun ,Allah msh mengingatkn kita dgn setiap perkara yg terjadi dsekeliling kita..

Sedar x kita,apabila kita melakukan dosa & jauh dariNya..tp Allah msh memberi peringatan melalui sahabat2 kita yg memberi nasihat pd kita???

Kalau kita sndiri TAK mahu menyedarkan diri sendiri,bila lg kita akan SEDAR??


Jadi,beringatlah sebelum terlambat..

Ya Allah.. ampunkan kami dikala kami berdosa, di kala kami leka dgn dunia..

Tegurlah & igtknlah kami disaat kami terupa akanMu..amiin

Monday, October 10, 2011

Rama-Rama vs Wanita

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya...

Tanyalah kepada sekalian lelaki. Sudah pasti mereka mengimpikan wanita yang solehah.. Wanita yang mampu menjadi suri dalam hidupnya suatu hari nanti. Wanita yang mampu mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang baik didunia mahupun akhirat.. Perumpamaan wanita yang suci bersih ibarat kita ke kedai jam untuk membeli jam.. Ada 2 jenis jam. Satu yang diletakkan diluar tanpa sebarang kaca pelindung, manakala yang satu lagi diletakkan didalam sebuah kotak berkaca kemudian dibaluti lagi kotak itu dengan kotak yang lain. Jam mana yang akan kita ambil?? Sudah pastilah jam yang masih elok dan belum terusik itu.. Begitulah ironnya.. Sudah pasti lelaki akan lebih tertarik pada akhlak dan penampilanmu.. Oleh itu peliharalah maruah dan agamamu.. Moga kalian semua menjadi isteri dan wanita yang taat pada perintah Allah dan suami suatu hari nanti...
Menjadi yang lebih baik lebih utama dari mencari.....

~Wallahualam~

Thursday, October 6, 2011

Sabar!!!


Setiap manusia pasti akan di uji...
oleh itu, kita harus bersabar dlm menghadapi segala ujian ini..
yakinlah bahawa setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...
percayalah bahawa sesungguhnya, Allah adalah perancang yang hebat...
bersabarlah di atas dugaan dan cabaran hidup..
kerana ia akan medewasakan kita.. 
menjadikan kita semakin kuat..



walaupun apa yang kita mintak, kita tak dapat..
akan tetapi.. ketahuilah bahawa...
apa yang kita dapat dari NYA adalah yang terbaik untuk kita...



Hadis Ibn Umar R.A, "Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai
dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur dengan orang ramai dan
tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu"
(Al-tirmizi 2507, Ibn Majah 4032)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...