''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Wednesday, November 30, 2011

Duit oh Duit



Sebab duit, orang boleh bahagia. Sebab duit jugak orang boleh merana. Macam-macam lagi la benda boleh jadi bila membabitkan duit ni. Duit yang saya maksudkan kat sini 'duit besar' ye. 'Duit kecik' (sen) dikecualikan dari topik kali ni.hehehe


Banyak sangat perkara yang membabitkan duit berlaku di persekitaran saya yang membuatkan saya tertanya-tanya..kenapa hanya disebabkan duit, manusia boleh berubah dengan sekelip mata? Perasaan simpati boleh bertukar kurang senang. Lama-kelamaan jika tidak dibendung boleh bertukar benci.. Pasangan kekasih atau suami isteri yang dulunya romantik bukan main, kini berubah menjadi dingin. Semuanya sebab duit. Duit, duit, duit.


 "sebab DUIT boleh hilang adik beradik, sebab DUIT boleh hilang kawan, sebab DUIT boleh beli segalanya, sebab DUIT boleh beli orang, sebab DUIT hidup senang, sebab DUIT hidup penuh hutang, sebab DUIT kita kerja, sebab DUIT kita boleh hidup, sebab DUIT kita boleh makan..KUASA itu DUIT, DUIT itu KUASA."

Haaa..Ni status one of my friends kat FB...Zaman skrg mmg sume org tertekan psl DUIT..tp sbnrnye,kite lupe..masalah tu dtg sbb kesalahan diri sendri gak...kite x well prepared utk mslh2 duit nih...

btol ke sbb DUIT boleh hilang adik beradik/kawan???
sbnrnye,jgn slhkn DUIT..DUIT tu cume jadi mangsa keadaan jer..tp sbb prasaan dengki,iri hati dan sikap kite yg wat kite bergaduh kan???





btol ke DUIT leh beli segalanya??beli org??yg beli org pkai DUIT tu dh xgune akal fikiran..nipis sgt iman dan amalan nyer..sampai kan dh xnk bezakan halal haram..tolak hukum agama dan hidup berlandaskan DUIT...

sebab DUIT hidup senang,sbb DUIT hidup penuh hutang????btol ke kite hidup senang sebab DUIT???bkn sbb kebahagian dan amaln ker??klaw DUIT byk tp idup xbahgia,jiwa xtenteram camner??still lagi kategori 'hidup senang' ker??





sebab DUIT kite boleh makan??zaman dulu xde DUIT pon..cume gunakan sistem barter jer..boleh jer makan kan..

KUASA dan DUIT,mmg 2 benda yg mengaburi mata manusia..

Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah SAW, sejak kecil hingga saat wafatnya, Baginda tak pernah hidup mewah. Padahal, Baginda mampu untuk hidup bermewah.

Kita disarankan utk BERSEDERHANA dalam hidup utk mengelakkan DUIT menguasai kite.
So,jgn la terlalu taksub dgn DUIT..jagn hidup bertuhankan DUIT..
Sentiasa lah bersyukur dgn ape yg kite ada dan bersederhana dalam hidup.



P/s : Pernah dengar ungkapan ni, "Duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit." Yup, betul. Saya sokong 100%.

Monday, November 28, 2011

CIRI-CIRI TAMADUN YANG PERLU ADA DALAM DIRI SETIAP PELAJAR

Hari nie, aku nk kongsi sikit ttg tajuk assgment TITAS yg aku kene buat.. nie adalah isi pertama dr 4 isi yg aku ada.. cukuplah sbg perkongsian bsama.. insyaAllah, ada masa, aku update lg... tp try la baca dulu...


Tamadun merupakan satu peningkatan pembangunan dan kemajuan kepada seorang pelajar. Dalam pembangunan, generasi muda atau mahasiswa tidak pernah luput atau tidak boleh dipisahkan kerana mereka saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Mahasiswa harus berperanan aktif dalam pembangunan dan kemajuan tersebut. Namun begitu, jika dilihat dengan keadaan semasa, adakah pelajar atau mahasiswa sekarang mampu untuk membangunkan masyarakat dan negara pada masa akan datang jika mereka masih leka dek kemajuan yang ada?
Dalam perkembangan dunia sekeliling, ilmu pengetahuan kini menjadi modal kehidupan yang amat berharga. Nilai ilmu itu sendiri adalah merupakan asas dalam mewujudkan suasana kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa yang maju adalah bangsa yang berilmu. Kemajuan tidak mungkin akan dicapai tanpa pencapaian ilmu yang tinggi. Justeru generasi muda terutamanya pelajar tidak boleh tertinggal dan terpengaruh dengan gejala yang hanya menyekat kemaraan bagi meneruskan pencarian ilmu. Ilmu itu perlu dicari dan difahami dengan sebaiknya. Ilmu itu tidak akan bermakna jika ia tidak disertakan dengan pemahaman yang mendalam mengenainya.
Mengapakah kita memerlukan generasi yang berilmu, kerana dalam melaksanakan setiap perubahan dan menangani perkembangan semasa, ilmu berperanan sebagai pengimbang dalam memberikan panduan kehidupan. Tanpa ilmu pengetahuan yang disertai dengan pemahaman tidak mungkin kita dapat perolehi sesuatu perubahan dan pembaharuan yang lebih baik dan sempurna. Kepentingan memiliki ilmu amat dituntut dalam Islam dan telah disampaikan melalui wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad S.A.W iaitu:

Dalam era pembangunan yang semakin pesat membangun, amat mendukacitakan apabila terdapat pelajar atau lebih tepat lagi digelar remaja, semakin hanyut. Mereka lebih mengagung-agungkan budaya luar yang jelas telah menyalahi agama. Mengapa ini terjadi? Sebab yang paling utama adalah iman yang rapuh. Iman yang sepatutnya menjadi benteng daripada melakukan kemaksiatan telah dipinggirkan. Remaja kini lebih gemarkan hiburan, lebih berbangga membuat kemaksiatan daripada melakukan kebaikan. Bayangkanlah, jika gejala ini berterusan, apa yang akan berlaku pada masyarakat dan negara kita pada masa akan datang, sedangkan mereka ini merupakan pewaris yang diharapkan dapat memimpin generasi akan datang. Gejala sosial yang semakin meruncing ini boleh memusnahkan sesebuah tamadun.
Ketahuilah, walau sehebat mana sekalipun sesuatu tamadun itu mampu terbina, ianya boleh musnah dalam sekelip mata di masa hadapan, jika pewaris kepada ketamadunan tersebut merupakan golongan yang bermasalah. Realiti menunjukkan bahawa golongan remaja merupakan aset yang amat penting dalam meneruskan kesinambungan sesuatu tamadun manusia untuk terus berkembang dan terus megah berdiri. Namun, dari sudut realiti yang lain, khususnya di zaman ini, rata-rata tamadun manusia mengalami suatu krisis pewaris ketamadunan yang cukup membimbangkan. Dari timur hinggalah ke barat, tamadun manusia seolah-olah mengemis simpati agar golongan pewarisnya dapat memperbaiki keadaan diri mereka demi kebaikan yang lebih besar.
Jika sebahagian besar golongan remaja terjerumus ke dalam kancah kemusnahan, bagaimanakah kita mampu untuk mengimpikan sebuah tamadun yang lebih gemilang di masa hadapan. Hal ini bukan sahaja perlu disedari oleh golongan dewasa dan golongan tua, tetapi golongan remaja dan pemuda juga perlu menyedari hakikat ini. Ini adalah kerana golongan muda dan remajalah yang akan menjadi penghuni kepada tamadun masa hadapan tersebut.

Tuesday, November 8, 2011

menimba pengalaman baru

assalamualaikum sahabat2..
rasanye masih belom terlambat untuk sy mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua yg beragama Islam..
hmm.. setelah lama tidak berkongsi pengalaman sy di sini,
hari ni tetiba rasa cm nk cerita serba sedikit pengalaman baru..
yg baru dipelajari sehari dua nie..


byk juga ilmu kehidupn aku blajar since blik rumah untuk bercuti skjap..
tp kn, bila lama sgt tak balik rumah, mmg homesick rasanya..
pling terasa bila sgt jarang dpt merasa air tgn ibu.. mmg tak sama dgn mknn kt kedai
sbb, klo ibu yg masak, ibu akn msk dgn penuh kasih syg dan ikhlas.. itu yg myebbkn ianya rasa sgt sedap...
tp aku bkn nk cerita pasal mknn masakan ibu kt sini..
aku nk cerita pglmn aku beraya di kg..


pglmn yg aku rasa agk baru adalah, aku dpt panjat pokok kelapa..
petik buah kelapa untuk tetamu nenek.. maklumlah, org singapore,
generasi muda mereka tak penah minum air kelapa fresh..
atas permintaan mereka, aku pon tlong lah nenek petik buah kelapa..
seronok gak panjat pokok nie.. klo dlu, aku just pnjat pokok untuk main sorok2,
laa ni, untuk amik buah kelapa fresh.. mmgla org kata, x manis anak gadis panjat pokok,
tp aku nie jenis yg lasak.. belasah je la..




pastu, raya hari tu gak, aku blaja basuh perut lembu..
perut lembu, bila dah direndam dgn air kapur, ianya jd sgt lembut..
lembut mcm karpet berbulu lembut tu.. patah nama karpet tue.. tp mmg lembut..
slalunya, aku klo nak mkn perut lembu, cuma raya haji je dpt mkn..
kira exclusive laa tu.. stahun skali je mkn...
ada lg, aku blajar cmne nk buang kulit ekor lembu...
bkn senang tau.. ada caranya tersendiri.. barulah boleh tggl kulit ekor tu..


perut lembu nie, bila cecah kicap + cili api,
mmg sedappp!!! even org kata x elok mkn internal haiwan,
tp aku belasah je.. setahun sekali je kot... klo x kempunan la aku alamatnya..


dah bersush pyh wat mcm2 keje kt kg tu..
tibalah saat di nanti2 kn.. dinner time..
family besar, bila dpt mkn ramai2, mmg seronok..
meriah jdnya..
tp dlm byk2 org kat citu, aku la yg mkn paling byk mkn..
mana x nya, lama giller kot x mkn sup..
dpt2 sup ekor.. perghh22. mkn mmg x igt dunia...
astaghfirullahal'azim... tlongla kembali ke dunia nyata...
dua mangkuk besar aku telan sup tu.. 
atok ckp, cian cucu aku sorg nie,.
dok kt puncak, x dpt air agknye.. skali telan smpai dua mgkuk...
kui3... kuat mkn juga ye aku nie.. 
ptotla makin chubby.. huhu...


tp.. aku tulis entry nie bkn saje2 je..
ada lah sedikit perkongsian untuk korg..
renung2 kn dan selamat beramal...


adab2 ketika makan....



Rasulullah S.A.W bersabda,
{ يَا غُلَامُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ }
“Wahai anakku, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah makanan yang berada di dekatmu.” (HR Bukhari no. 5376 dan Muslim 2022)

1. Mulakan dengan Doa.

Nie yang selalu orang lupa. Aku pun.hihi. Ni nak ingatkan le. Kalau boleh baca balik macam mula mula kamu belajar. Satu satu sebut. Jangan gelojoh sangat nak telan makanan tue.
Rilex3 sudah.

2. Duduk.

Kalau nak makan tue, sebolehnya duduk dengan sopan. Lelaki bersila, perempuan bersimpuh. Dilarang sama sekali untuk makan sambil berlari apatah lagi makan sambil tidur. Bahaya untuk kesihatan tue. Nanti susah pulak doktor doktor seMalaysia.

3. Berhenti Sebelum Kenyang.

Kata orang kalau nak makan kena sebelum lapar, kalau nak berhenti makan kena sebelum kenyang. Susah jugak nak buat nie, sebab mesti nak habiskan jugak satu pinggang yang dibeli, nanti membazir.huhu. Ingat pesan Ustazah aku dulu, kalau boleh sebelum makan nasi tue, makan buah dulu. Nie nak elak makan sebelum lapar tue la kot.

4. Persilakan Orang yang Lebih Tua Dahulu.

Kalau yea pun lapar, jangan sampai tak hormat orang. Manusia kan makhluk bertamadun, jadi hormat menghormati tue perkara penting. Mungkin nampak kecil pada setengah orang, tetapi mendahulukan orang yang lebih berumur membuatkan mereka rasa dihargai. Mungkin kalau member rapat tue laen cerita la.hihi.



Ingat!!! makan untuk hidup.. bkn hidup untuk makan...
lg 1, makan tu jgn lah gelojoh sangat.. buruk rupa... dan jgn lah tamak...
orang tamak selalu rugi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...