''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Saturday, February 3, 2018

Sublingual GTN

"APO BONDO EH NI UBAT BAWAH LIDAH TU?"

Selalu tak dengar pasal ubat bawah lidah ni?

Apa ke benda tu ubat bawah lidah ni sebenarnya?

Memang ubat ni letak bawah lidah je ya?

Kenapa tak ditelan je ubat ni? Kan senang?

Dan bermacam-macam lagi persoalan di minda kita kan.

Meh abam farmasis terangkan ya pasal ubat ni.

Nama ubat: Tablet Glyceryl Trinitrate
Nama pendek atau nama glamour: GTN
Kekuatan sebiji ubat: 0.5mg
Tujuan ubat: Melegakan sakit atau serangan jantung

Kenapa kena letak bawah lidah?
- Meletakkan ubat ini di bawah lidah akan membolehkan bahan aktif ubat ini diserap ke dalam darah dengan lebih cepat dan melegakan dalam masa 5 minit.

Bila kena ambil ubat bawah lidah ini?
- Sebaik sahaja mengalami serangan pertama sakit dada, terus letakkan satu biji di bawah lidah.
- Tunggu 5 minit.
- Jika masih tidak lega, letak lagi satu biji di bawah lidah.
- Tunggu 5 minit.
- Jika masih tidak lega, letak lagi satu biji di bawah lidah.
- Tunggu 5 minit.
- Jika masih lagi tidak lega, terus pergi ke kecemasan.
- Maksimum 3 biji ubat sahaja (3 kali percubaan).

Boleh tak simpan di peti sejuk?
- Hanya simpan di suhu bilik sahaja.
- Jauhkan dari sumber cahaya dan haba, kerana ubat ini sangat sensitif pada cahaya dan haba.
- Contohnya, boleh simpan di laci meja atau di dalam bilik tidur.

Boleh simpan di dalam poket?
- Semestinya kena bawa ubat ini selalu ke mana saja kita pergi.
- Disebabkan badan kita juga mengeluarkan haba, maka boleh letakkan kad di dalam poket seluar kita sebagai alas antara botol ubat ini dengan badan kita.

Berapa lama ubat ini boleh tahan?
- Selagi tak mengalami sakit dada, tak payah lah bukak botol ubat ini ya.
- Selagi botol ini tidak dibuka, selagi itulah ia bertahan sampai tarikh luput yang tercetak.
- Apabila botol dah dibuka, ia hanya tahan selama 8 minggu sahaja selepas dibuka.
- Pastikan catat tarikh bila kita buka botol ubat ini okay, supaya senang nak kira 8 minggu itu.

Itu sahaja lah perkongsian dari abam farmasis untuk hari ini.



Dipetik dr fb: Faiz Akmal Mfa

Friday, February 2, 2018

Budak kaunter

Ceritera farmasi pesakit luar:
1. Patient tak sabar.
"kenapa nombor saya tak kena panggil lagi ni?  Saya dah tunggu dari pagi nombor ni! "
Tengok nombor tu rupanya baru 15minit menunggu.  Tanya ambil nombor pagi punya tu di mana?  Rupanya ambil nombor yang di klinik bukan nombor farmasi. Yang dah tunggu dari pagi tu tunggu untuk dapat rawatan bukan tunggu untuk dapatkan ubat.  Klinik dan farmasi adalah dua jabatan yang berbeza.  Kami faham farmasi mungkin jabatan terakhir yang pesakit pergi untuk mendapatkan rawatan hari itu dan masa yang diambil sudah hampir satu hari tapi manakan adil nak marah kami yang sebaik mungkin berusaha mengejar masa dan bersilat dibelakang kaunter,  berlari mengisi bakul ubat pesakit.

2. Baik hati nak ambilkan ubat mak/ abah/ maklong/ makngah/ jiran/ bos/ orang tak kenal tapi nama tak tahu.  Ya nama anak pon kekadang tak ingat.  Bukan kami kedekut taknak bagi ubat.  Ya,  bukan duit kami pon beli ubat2 tu tapi kena faham tugas farmasis nak bagi ubat yang betul pada pesakit yang tepat. Mmg betul dah berbulan ambil ubat yang sama tapi mana tahu masa tu dan2 lah ada kecuaian berlaku pada preskripsi dan nombor tertukar dan pelbagai lagi kecuaian yang luar alam berlaku,  kami cuma minima kan kesilapan dan kemudaratan bg pihak kami sebelum diviralkan secara percuma.

3.  Tak tahu berat anak. Untuk kanak2 bawah 12 tahun adalah sangat2 penting untuk ibu bapa/ penjaga tahu berat anak.  Sekurang2nya estimated weight yang hampir tepat pon boleh sebab untuk kanak2 bawah 12 tahun kami ada rujukan dose ubat mengikut berat kanak2. Bukan main taram je nak separuhkan tablet,  nak suruh makan 5ml / 7ml dan sebagainya.  Kami dah kira semuanya untuk manfaat terbaik buat pesakit. Kadang2 doktor pon estimate je berat dan dose ubat pesakit kanak2, jadi kami kalau rasa curiga dengan dose tu kami akan tanya balik pesakit atau doktor.  Untuk jimat masa mohon penjaga tahu berat anak anda.

4. "apa yang susah sangat nak bagi ubat?  Bagi jelah kan doktor dah tulis tu" well,  memang doktor dah tulis semuanya dalam preskripsi tetapi apabila ubat yang tertulis ada masalah seperti dose yang salah,  ubat pakar yang ditulis oleh doktor yang bukan pakar,  tulisan doktor yang tidak diketahui rupa bentuk bacaannya,  tiada jangka masa preskripsi dan pelbagai masalah lagi,  adalah hak pegawai farmasis untuk menelefon kembali doktor dan membetulkan atau berbincang kembali dengan doktor tentang preskripsi tersebut.  Ya,  doktor lebih arif tentang penyakit pesakit, tentang rawatan pesakit tetapi farmasis dilahirkan untuk belajar tentang ubat dan lebih fokus tentang ubat-ubatan pesakit. Ya,  bukan 100% doktor buat salah cuma kami perlu berbincang.  We are dependent on each other.  Itu yang pesakit perlu tahu agar kesihatan dan keselamatan pesakit lebih terjamin.

5. Pesakit malas membaca.  Kadang2 dah terang tulis di depan kaunter masa peekhidmatan farmasi,  cara nak tahu nombor depan giliran tu membawa maksud apa dan sebagainya(mengikut hospital masing2) tapi masih ada juga yang malas nak membaca.  Paling geram bila kami dah tampal cantik2 di plastik dan kotak ubat cara makan dan indikasi ubat tapi ada lagi yg masih suruh tulis manually depan pesakit cara makan. 

6. Pesakit yang demand tapi tak makan dan pakai ubat.  Tanya itu ini,  bising lambat menunggu tapi akhirnya dia kata ubat yang ini banyak lagi,  ubat itu tak bukak lagi, ada dua kotak lagi di rumah.  Konklusi kami adalah pesakit tak makan ubat.  Mana kami tahu?  Sebab kami kira jumlah yang tepat utk pesakit perlu makan hingga tarikh temujanji ambil ubat yang akan datang. Satu lagi teknik kami adalah kami tanya balik ubat2 anda makan bagaimana,  berapa banyak sehari. Itu sahaja sudah tahu tahap compliant pesakit.

Tak minta apa-apa pon dari pesakit tapi ketahuilah kami farmasis ni bukan gadis atau jejaka kaunter sahaja.  Kami ni lah yang pastikan ubat yang diterima yang tepat dan betul untuk anda,  yang belajar bertahun ditambah dengan latihan sebelum mendapatkan secebis ilmu dan lesen untuk memberi ubat yg berkualiti. Banyak lagi kerja balik tabir sipenjaga kaunter ni buat selain duduk dikaunter melaungkan 'makcik,  ini ubat darah tinggi,  makan satu biji satu kali sehari'  umpama irama tanpa nada.

#budakkaunter #farmasis

Dipetik dr fb: Nurul Hidayah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...