''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Friday, October 5, 2012

HUKUM MENJAWAB SALAM KEPADA ORANG BUKAN ISLAM



PENDAHULUAN
Berkata Hisyam bin Zaid bin Anas bin Malik: Saya pernah mendengar Anas bin Malik berkat:

مَرَّ يَهُودِىٌّ بِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: فَقَالَ السَّامُ عَلَيْكَ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم:  وَعَلَيْكَ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: أَتَدْرُونَ مَا يَقُولُ قَالَ السَّامُ عَلَيْكَ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلاَ نَقْتُلُهُ قَالَ: لاَ ، إِذَا سَلَّمَ عَلَيْكُمْ أَهْلُ الْكِتَابِ فَقُولُوا وَعَلَيْكُمْ 





Ada seorang Yahudi melewati Rasulullah s.a.w, lalu ia mengucapkan ‘as saamu ‘alaik’ (celaka engkau).” Rasulullah s.a.w lantas membalas ‘wa ‘alaik’ (engkau yang celaka). Rasulullah s.a.w lantas bersabda, “Apakah kalian mengetahui bahwa Yahudi tadi mengucapkan ‘assaamu ‘alaik’ (celaka engkau)?” Para sahabat lantas berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana jika kami membunuhnya saja?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Jangan. Jika mereka mengucapkan salam pada kalian, maka ucapkanlah ‘wa ‘alaikum’.” (HR. Bukhari no. 6926)

SEBAB WURUD HADIS (SEBAB TURUNNYA HADIS)

Hadis ini merujuk kepada suatu kejadian atau keadaan yang mana orang Yahudi memberikan ucapan salam secara mainan dan sendaan dengan diubah lafaz yang kedengarannya hampir sama, tetapi maksudnya amat berbeza.

Berdasarkan hadis di atas, yang menjadi penyebabnya adalah apabila mereka memberi salam kepada Nabi s.a.w dan para sahabat mereka mengucapkan AS SAAMU 'ALAIKA atau AS SAAMU 'ALAIKUM. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang Islam. Sedangkan erti dari AS SAAMU adalah MATI atau Kematian. Oleh karena itu Nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabat mencukupi menjawab salam mereka dengan ucapan yang SAMA dengan apa yang telah mereka ucapkan iaitu WA'ALAIKA atau WA'ALAIKUM saja iaitu  ATASMU atau ATAS KAMU JUGA KEMATIAN.

 1] WAJIB JAWAB:

Setelah kita mengetahui sebab turunnya hadis tersebut, dapatlah kita mengeluarkan hukumnya, kerana hukum itu beredar bersama 'illat (sebabnya), maka apabila telah hilang 'illatnya dengan sendirinya hukum tersebut kembali kepada asalnya iaitu kewajipan menjawab salam manusia sama ada muslim atau orang kafir atau musyrik, apabila mereka mengucapkan salam kepada kita dengan SALAM ISLAMI YANG FASIH iaitu AS SALAAMU 'ALAIKUM (  السلام عليكم ) atau  dan dengan maksud menghormati kita dan bukan dengan lafaz AS SAAMU seperti yang pernah diucapkan orang orang Yahudi kepada Nabi Muhammad s.a.w dan para shahabat. Kerana 'illat atau sebab yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w memerintahkan para shahabat untuk menjawab salamnya orang Yahudi dengan jawapan WA'ALAIKUM atau WA'ALAIKA saja telah HILANG atau tidak ada.

Sebagaimana perintah Allah di dalam al-Quran.

#sŒÎ)ur LäêŠÍhãm 7p¨ŠÅstFÎ/ (#qŠyssù z`|¡ômr'Î/ !$pk÷]ÏB ÷rr& !$ydrŠâ 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. 4n?tã Èe@ä. >äóÓx« $·7ŠÅ¡ym ÇÑÏÈ  

86. dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (huyyitum) (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
[Surah An-Nisaa’: ayat 86]

žw â/ä38yg÷Ytƒ ª!$# Ç`tã tûïÏ%©!$# öNs9 öNä.qè=ÏG»s)ムÎû ÈûïÏd9$# óOs9ur /ä.qã_̍øƒä `ÏiB öNä.̍»tƒÏŠ br& óOèdrŽy9s? (#þqäÜÅ¡ø)è?ur öNÍköŽs9Î) 4 ¨bÎ) ©!$# =Ïtä tûüÏÜÅ¡ø)ßJø9$# ÇÑÈ   $yJ¯RÎ) ãNä39pk÷]tƒ ª!$# Ç`tã tûïÏ%©!$# öNä.qè=tG»s% Îû ÈûïÏd9$# Oà2qã_t÷zr&ur `ÏiB öNä.̍»tƒÏŠ (#rãyg»sßur #n?tã öNä3Å_#t÷zÎ) br& öNèdöq©9uqs? 4 `tBur öNçl°;uqtFtƒ šÍ´¯»s9'ré'sù ãNèd tbqßJÎ=»©à9$# ÇÒÈ 
 
8. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

9. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang Yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.
[Surah Al-Mumtahanah: ayat 8-9]

Dalam menghuraikan ayat surah al-Mumtahanah ini Sheikh Al-Albani (rahimahullah) menyebutnya dalam bentuk qiyas; “Tidak syak lagi, jika seseorang di kalangan mereka memberi salam dengan menyebut secara jelas as-salamu’alaikum, lalu kita menjawabnya sekadar wa’alaika, adalah sesuatu yang tidak adil dan meninggalkan sikap baik. Ini kerana kita menyamakan antara dia dengan orang yang mengucapkan as-saamu ‘alaikum (kemusnahan ke atas kamu). Inilah kezaliman yang nyata”.

Daripada fakta-fakta di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa menjawab salam bukan Islam di zaman ini adalah satu kewajipan dari segi nas dan tanggungjawab dakwah.

Thursday, September 20, 2012

adakah ubat anda HALAL???

Bismillahirrahmanirrahim... 
setelah sekian lama tidak post entry terbaru.. kini aku terpanggil utk menulis sesuatu.. 
ya.. sesuatu yang melibatkan masa depan ku dan dunia Islam amnye,.. 

smlm.. sewaktu perkongsian ilmu.. tiba2 aku tersentap dgn suatu topik.. topik yg melibatkan isu halal haram.. isu yang sgt sensitif bg semua umat Islam... halal atau haram sesuatu jenis ubat itu.... 


kalau sblm ni... aku masih di buai mimpi.. terleka... tak pernah perasaan ttg kewujudan isu ini.. namun.. skrg aku bangkit.. bangkit dgn penuh smgt waja utk mggapai sebuah kejayaan agr aku mampu mengubah dunia farmasi zaman skrg.. agr manusia lbh peka ttg isu ini... walaupun penceramah tu kata, kami sbg student farmasi ni cumalah menjalankn tggjwb fardhu kifayah utk manusia kini... namun, di sebaliknya.. aku nmpak sstu tanggungjawab yang lbh besar.. tanggungjawab yg wajib dilaksanakn oleh setiap umat Islam iaitu mencari dan menggunakn sumber yg halalan toyibah... 


fungsi dan tanggungjawab ku kini terasa semakin memberat.. adakah aku mampu melaksanakan amanah ini??? hmm... insyaAllah.. moga Allah membantu ku jua...

untuk maklumat lanjut ttg buku HALALKAH UBAT ANDA?..... sila klik link di bawah ini...


Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku”.
Asy Syu’araa’: 80

Wednesday, August 29, 2012

Bolehkah Gabung Puasa Sunat 6 Syawal & Puasa Qadha ???



Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujah-hujah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajipannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :

Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian
_________

*Tambahan

  • (Mazhab Syafie)
Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.
Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

  •  Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.
  • MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:

"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."

  •   AKAN TETAPI, 
jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran.

[Sharh al-Mumthi' 6/448].

  • Berkenaan persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu BERTURUT-TURUT SELEPAS HARI RAYA ATAU TIDAK? 
Jawapan Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi dalam persoalan ini seperti berikut:
“Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).


 Wallahualam.


Oleh:
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/



kopipasta dari: http://lenggangkangkung-my.blogspot.sg/2012/08/bolehkah-gabung-puasa-sunat-6-syawal.html

Wednesday, July 18, 2012

aku nak mintak maaf

assalamualaikum... dari hati yang tulus ikhlas nie.. aku nk mintak maaf kt korang sume... andai ada salah silap aku yang sengaja mahupun yang tidak di sengajakan... i'm sorry ok...
aku bca blik entry aku sblm nie.. tp.. mmg nmpk aku tgh marah time tu.. aku tak berniat nak lukakan hati korg or nk sakit kan hati korg... aku cuma nk korg beri ruang utk aku mengerti setiap diri korg.. mungkin sbb aku belum ckup mengenal hati budi korg... tp i'wll try to do it...
aku tahu korg dah baca entry aku tu.. agak kaget jugak bila keesokan harinya.. aku nmpk perubahan yang amat ketara di situ... thanx korg... sebb sudi bg kerjasama kt aku... maybe i'm just being selfish before this.. but.. i'm really doesnt mean to hurt you all...
di kesmpatn ni gak.. aku nk ucapkan kt korg sume selamat bercuti... dn selamat berpuasa.... jangan ponteng puasa tau... ^__^

Friday, July 13, 2012

bila diri dilukai... T.T

assalamualaikum kawan2.. lama x berkongsi dari hati ke hati
namun.. hari nie.. aku rasa cm nk luahkan apa yang terbuku kat hati..
dah byk sgt aku buku kan.. smpai satu ketika.. aku rasa ia akan burst jugak..

macam2 aku rasa skrg nie.. aku rasa sedih.. kecewa.. hampa...
mcm nk marah.. tp aku bukan jenis yg suka luahkan kemarahan..
tp bila dipendam.. makin sakit jdnya...
dah penat makan hati.. smpai aku rasa cm dah tak de hati...

dugaan diberi adalah untuk mematangkan kita... tp... bila terasa dugaan semakin memberat... kita sememangnya memerlukan seseorang utk berbicara.. untuk meluahkan.. untuk menenangkan.. tapi.. ketahuilah... segala isi hati mu... yang benar2 memahami segala-galanye tentang kamu adalah pencipta kamu.. ye... Allah Yang Maha Esa... maka... luahkanlah segalanya kpdNya...


ok... sebenarnye aku bukan nk luahkan perasaan.. tp aku nk kongsi cerita... ye ke?? ke aku nk luahkan perasaan duka aku.. hmm.. tak kesah lah.. aku tak maksudkan sape2 pun kat cini.. tp.. klo korg baca n terasa.. aku mintak maaf.. tp ini lah yang aku rasa.. aku memg tak pandai nak cakap depan2.. klo aku tetiba senyap je tu.. maksudnye aku mmg ada masalah.. or aku tgh pendam kemarahan dgn korg.. tu je...

cuma nak sampaikan pesan.. tolong lah jaga hati org lain jugak.. jgn pentingkan diri.. memglah as a student, kita kene blajar, blajar, blajar, dan terus blajar... tp... tak kan ah korg nk blajar dlm keadaan sekitar yg kurg bersih... at least, kemas lah cket.. biar sedap mata memandang.. dah mkn, dah minum.. terus basuh... sush sgt ke nk basuh pnggn mangkuk.. cawan tu sume... ok.. sorri.. aku tak patut expect korg paham cmne mak ayah aku didik aku... cuma.. aku tahu.. mak ayah aku sibuk keje.. memg tak de masa nak layan kerenah aku yang mengada2.. tp.. entahla.. paham sendiri lah kot.. dah besar kan.. kene lah jalankan tggungjwb sbg anak..

apa perasaan korg.. bila dah penat2 di tmpt keje or sekolah.. tp.. bila balik rumah.. rumah mcm tongkang pecah??? thats what my mum felt if aku x kemas rumah.. so.. aku expect korg paham lah.. tp.. nmpknye.. korg cume melihat.. aku tak de lah nk mintak korang tolong aku.. cuma tolong diri sendiri.. paham2 sendirilah.. entahlah.. kadang2 aku rasa terguris jugak... tp..... biarlah... its just hurt my feeling.. aku pon dah biasa di lukakan.. alah bisa tegal biasa kn... ape2 je la.. aku harap pas ni aku leh duduk dgn tenang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...