''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Sunday, May 29, 2011

Impian, cita-cita atau hanya sekadar angan-angan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

                
               Aku mempunyai sebuah impian. Namun, kadang-kala, aku rasa impian ku ini terlalu tinggi untuk di kecapi. Aku terfikir juga, adakah ini di panggil impian, cita-cita atau ianya hanya sekadar angan-anganku semata-mata…
                Aku tetapkan hatiku untuk mencapai matlamat yang telah lama ku pendam… aku rasa impian ku ini merupakan usaha murni untuk memperjuangkan AD-DEEN NYA… namun, aku tahu, aku tidak mampu untuk merealisasikan impian ini seorang diri… aku memerlukan sahabat-sahabat yang sanggup berjuang bersama-sama dengan ku demi manjadikannya satu kenyataan… nak tahu apa impianku?? Teruskanlah pembacaan anda sehingga ke penghujungnya…
                Impianku ini telah wujud sejak aku belajar di sekolah menengah lagi… ianya tercetus apabila aku di kehendaki mengahadiri appointment dgn doctor  di salah sebuah hospital kerajaan.. banyak juga appointment yang perlu di hadiri bg mengetahui punca-punca penyakit yg aku hidapi.. setelah beberapa kali pemeriksaan di lakukan ke atas diriku termasuklah ‘ultrasound’, aku di sahkan tidak menghidapi sebarang penyakit yang serius… namun, aku tahu, pengesahan doctor di atas kertas tidak sama dgn apa yang aku dengar… melalui perbualan dua orang doctor yang merawatku, mereka mengatakan sebaliknya…dan perbualan yang aku dengar ini tidak pernah ku sampaikan kpd parents ku.. aku tak mahu mereka risau.. biarlah ia mnjd rahsia diriku… tapi sekarang ni, aku tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut tentang penyakit ku ini.. Aku tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya… di sana, aku dapat  memerhati keadaan dan suasana kerja yang dilalui para doctor dan nurse… bertapa buzy nye mereka.. kadang-kala aku terfikir, sempat ke mereka solat?? Kalau sempat, Alhamdulillah..  bagi mereka yang berada di bilik pembedahan, bedah orang sampai 8-9 jam, malah kadang-kadang lebih dari tu, tahu ke cmne perlu solat?? Perlu qada’ atau perlu jamak??
                Namun, semua persoalan ini akhirnye terjawab apabila aku membaca sebuah novel islamik yang berjudul ‘Denyut Kasih Medik’… kalau anda ngin mengetahui jawapan di sebalik persoalan di atas, cubalah baca novel tersebut… banyak info yang berguna yang boleh di praktikkan oleh kita semua especially untuk bakal-bakal doktor dan doktor-doktor sekalian…
                Sebagai insan biasa, aku tahu aku tidak sekuat mana… aku juga tahu aku adalah hamba ALLAH yang lemah… sebenarnya, impian yang aku maksudkan ini adalah……… aku ingin membina hospital… namun bukan sekadar hospital biasa… hospital yang mempunyai unique characteristics nye yang tersendiri.. ape yang uniknye hospital yang ingin ku didirikan?? Aku rasa, aku masih belum jumpa hospital yang mengamalkan dasar-dasar keislaman dalam pengurusannya… macam mana tu ye?? Ape maksudnye??

gambar hiasan...
                Begini, pada mulanya aku hanya ingin membina hospital yang mempunyai peralatan-peralatan yang canggih dan modern, tetapi dalam masa yang sama, hospital tersebut juga menyediakan perkhidmatan tradisional seperti berbekam dan akupuntur… pharmacy nya pula ada ubat-ubatan moden dan juga ubat-ubatan bersumberkan alamiah iaitu dari herba-herba yang terpilih…. dan yang paling UTAMA adalah hospital ku ini menggunakan ubat-ubatan dari sumber  yang HALAL… para doktor dan nurse nye pula memakai pakaian yang menutup aurat, tidak sempit atau fit seperti nurse-nurse yg ada skrg ni… etika-etika kedoktoran yang berlandaskan ISLAM dan hukum SYARA’… para doktor dan nurse yang semuanya terdiri daripada orang ISLAM dan pandai menjaga SOLAT… aka nada banyak surau yg didirikan didalam bangunan hospital untuk memudahkan staff-staff dan pesakit-pesakit menunaikan solat…
                Bukan itu sahaja… malah, pesakit-pesakit yang ada akan di ajar cara mengambil wuduk dan cara-cara solat ketika sakit atau lebih dikenali sebagai rukhsah solat oleh para ustaz dan ustazah yang terlatih... bila diperhatikan, zaman sekarang ini, sakit itu dijadikan alasan untuk meninggalkan solat… dengan adanya para alim ulama’ ini, pesakit dpt mempelajari sesuatu ilmu yg berguna dan tiada alasan lg bagi mereka untuk tidak menunaikan solat fardhu… Sesungguhnya SOLAT ITU TIANG AGAMA….
                Aku amat ingin sekali menjadikan impian ini satu kenyataan… namun, aku tahu ianya bukan satu benda yang mudah.. amat sukar jika di lakukan sendirian.. sebab itulah aku memerlukan lebih ramai sahabat-sahabatku yang menceburi bidang kedoktoran dan nursing untuk membantu… dan aku sebagai seorang pelajar, perlu juga mendalami profession seorang doctor untuk memudahkanku memahami dan mengetahui etika-etika kedoktoran yang ad di Malaysia sekarang ini… walaupun bikan cita-citaku untuk menjadi seorang doctor (mungkin sebab fobia dgn pembohongan doktor-doktor yang merawatku) namun, aku lebih prefer untuk mendekati profession kedoktoran melalui bidang pharmacy….    

oleh itu, bangkitlah wahai sahabatku... perjuangan kita baru bermula... cubalah jd yg terbaek.. cubalah cipta kegemilangan dgn cara yg betul untuk mgembalikan kegemilangan ISLAM...
sekian, jazakallahukhairan... semoga impian ini akn tercapai kelak, INSYAALLAH...

sebarang pertanyaan, komen atau cadangan, emelkan ke alamat:
uhibbuofallah_92@yahoo.com

Monday, May 16, 2011

JAUH DIMATA, DEKAT DIHATI





bismillahirrahmanirrahim...
    Sblm aku memulakan bicara, menyusun kata, izinkan aku untuk mendoakan sahabat2ku yg jauh di mata, namun masih tetap utuh di hati...

     Ya Allah, tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah hatiku ini bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. Tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, Peniup semangat juangku, saling membantu memikul beban dakwah agamaMu. Tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redhaMu, teguhnya cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh SAHABATKU dengan cinta kepadaMU..Amin~


     Hari ini, hidupku terasa kosong... mana tidaknye, sahabt yg slalu bsama ku, mendampingiku setiap masa, mengasihiku hanya kerana Allah telah tinggal jauh dr ku... bkn di Malaysia, bkn jua di Asia tetapi nun jauh di sana....

     Sepanjang perkenalan kami, beliau slalu menceriakan hati ini, dek kerenah dn gelagat beliau yg sering mencuit hati... aku amat bertuah kerana di pertemukan dengan beliau.. satu pertemuan oleh Allah yg tidak pernah terduga hati ini untuk mendekati beliau.. menyelami tinta kehidupan beliau... hidup beliau hanye untuk mperjuangkan agama ALLAH yg suci, iaitu ISLAM...

    Aku amat kagum dgn beliau...seorang wanita yg baik budi pekertinya, yg sopan tutur katanye, tinggi ilmu agamanye, dn seorang yg amat penyayang... dek krn itulah, aku terpikat dgnnye... dn dari dirinye lah, aku dpt merasa nikmatnye kasih syg seorg sahabat...sahabat yg boleh membimbing ku ke jalan menuju redha ILLAHI.. nikmat berkasih syg yg di sandarkan hanye kpd ALLAH...


    Namun bgku, aku bknlah sahabat yg terbaek buat beliau.. malah, aku sering merunsingkan hati beliau...menyesakkan fikiran beliau dek kerenah ku yg gile2... yg sememangnye amat berbeza dr peranagai beliau.. namun, sahabatku ini slalu berkata, beliau amat kagum dgn keindahan ciptaan TUHAN.. manusia diciptakan dgn keunikan mereka tersendiri.. malah, beliau sering berkata bhawa kami dipertemukan dgn kehendak ALLAH... ade hikmah di sebalik pertemuan ini... kita jgn tgok pd perbezaan yg ada, tp tgoklah pd persamaan.. perbezaan behaviour kami myebbkn kami serasi dn complement to each other...

Monday, April 25, 2011

KELEBIHAN WANITA SOLEHAH

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali. 

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh. 

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS 

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya. 

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga. 

10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya) 

15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya". 

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki. 

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun). 

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT 

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. 

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu 
pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya. 

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab. 

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi. 

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya. 

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat. 

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad. 

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak. 

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. 

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya). 

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki. 

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan. 

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya. 

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah. 

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." 

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat." 

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat." 

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya." 

50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut. 

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. 

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. 

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). 

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya. 

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".
Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.

Friday, April 22, 2011

Duhai Sang Hati....

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak sedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Tak sedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216 

  Nah, Tuhan sendiri telah mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak sedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Apa cara dan bagaimana hati menggunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40) 

Duhai hati, janganlah engkau terkorban dengan duniawi...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna... 




Wahai hati
Aku tahu di saat dan tika ini
Perasaanmu amat hiba

Wahai hati
Beristighfarlah
Yakinilah segalanya
Datang dari Allah



Wahai hati
Seringkali dirimu diuji
Diasak dengan pelbagai persoalan
Namun hati
bersabarlah..


Wednesday, April 20, 2011

AKAL DAN HATI BERBICARA TENTANG CINTA

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam…
Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam…
Akal bertanya sekali lagi. 
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku…
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi… Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi…

Hati : Jadi… Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk…

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala…

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis… Sepi… Kesal…

Artikel iluvislam.com
wahai sahabat, fikir dan renungkanlah... adakah hati kita benar-benar mencintaiNya atau hanya mendekatkn diri kita hanya ketika kita dlm keadaan sukar dan gusar??
wahai sahabat, mencintai manusia mmg satu fikrah dan fitrah manusia.. namun cintaNya adalah cinta hakiki.. cintaila manusia setelah mencintai ALLAH dan RASULNYA...

Seindah Mawar Berduri

Aromamu harum mewangi.. kelopakmu merah menawan.. namun berpagarkan duri.. demi mempertahan hakikat keindahan.. mekarlah dirimu di taman Islam..
best!!
Andai diri ini dapat mencontohi watak Khazinatul Asrar dalam novel karya Fatimah Syarha, Seindah Mawar Berduri, Subhanallah..Pasti indah akan ku rasa.. Setelah membaca dan menghayati isi kandungannya betul-betul, baru ku sedar, tanggungjawab seorang muslimah dalam konteks Islam amat susah untuk dipraktikkan. Islam terlalu asing dalam praktik hidup seorang muslim.
Sebagai seorang muslimah, memang amat banyak batas-batas yang perlu dijaganya. Setiap perlakuannya mestilah dimulai dengan wujudnya perasaan malu! Kerana malulah yang menjadi hiasan pakaian kita sebagai muslimah. Utamakan dahulu pandangan Allah. Jangan biarkan pandangan manusia saja yang kita ambil kira. Pandangan manusia tidak semua membawa kepada mulianya pandangan Allah. InsyaAllah, akan ku usahakan yang terbaik untuk diriku menjadi seindah mawar berduri. Akan ku tekadkan dalam hati!
Di kesempatan yang ada ini, ingin saya kongsikan kepada semua serba sedikit tentang topik CINTA yang terdapat dalam novel hebat tersebut yang memang sudah popular dalam kalangan remaja pada hari ini. Ramai remaja zaman sekarang ini yang sudah hanyut dibuai cinta nafsu semata-mata. Nauzubillah.. Fitrah sudah menjadi fitnah. Astaghfirullah..
Cinta memang melalaikan. Cinta kerana Allah itu hanyalah istilah hiasan untuk menafikan kelalaian cinta. Bagaimana seseorang boleh menganggap cintanya kerana Allah jika praktikalnya menjauhkan diri daripada Allah?? Selalu berjumpa, SMS, ‘calling’, asyik merindu pada yang ajnabi?? Inilah ragam hidup, praktikal sering tak seindah teori. Jatuh cinta memang tak salah kerana ianya fitrah. Asyik bercinta itu yang salah. Kikislah keaiban-keaiban cinta seperti hari-hari bergayut dengan ‘handphone’, bermujahadah untuk buang nama si ‘dia’ dalam solat dan sebagainya yang sewaktu dengannya. Perbuatan-perbuatan ini yang sebenarnya salah, bukan perasaan jatuh cinta itu! Mujahadahlah perlahan-lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Cinta itu buta apabila nafsu yang memandunya.
Dr.Abdullah Nasih Ulwan meletakkan 3 peringkat cinta iaitu yang agung, pertengahan dan cinta hina berdasarkan surah al-Tawbah, ayat 24 yang bermaksud :
Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
Cinta paling agung sudah tentulah cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad di jalanNya. Tiada cinta yang boleh menyamai kedudukan cinta ini. Seterusnya cinta pertengahan ialah cinta yang terhasil daripada ikatan seseorang dengan seseorang yang dikasihinya sama ada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan. Manakala cinta yang hina pula ialah cintakan thagut, syaitan, musuh-musuh Allah, hawa nafsu, syahwat dan mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, perniagaan dan kasihkan Negara melebihi kasih dan cintakan Allah, Rasul, dan Jihad di jalanNya.
INGATLAH!!
Cinta bukan saja tidak mengenal siapa tapi tidak mengenal batas halal dan haram juga! Dalam bercinta ni, liciknya syaitan menipu pemikiran sang kekasih. Syaitan ada strateginya yang tersendiri untuk menghasut kita apabila kita sudah membuka pintu permulaannya.
Orang yang ber‘sms’ dengan kekasihnya beralasan, alah, mesej je,tak dengar suara pun! Orang yang ‘call’ mendengar suara pula berkata, alah, tak berjumpa pun! Orang yang berjumpa dengan kekasihnya memberi alasan, alah, tak pegang-pegang pun! Orang yang berpegang-pegang pula berkata, alah, bukannya berzina pun! Orang yang berzina pula masih ada alasan, takdelah sampai mengandung! Begitulah liciknya syaitan! Nauzubillah..!!
Janganlah kita membuang masa dan duit untuk sesuatu yang belum pasti ketentuannya menjadi milik kita. Ingatlah, selagi kita masih belum bernikah, hubungan sebelum itu tidak pernah diiktiraf oleh Allah. Hanya hubungan selepas nikah saja yang mendapat pengiktirafan daripada Allah. Kata-kata sayang, cinta, rindu, suara merdu dan manja, bersentuhan dan berpelukan itu hanyalah untuk yang halal bagi kita saja. Sia-sia saja kita bazirkan semua itu untuk kekasih hati kita. Apa yang kita dapat?? Hanyalah dosa semata-mata. Janganlah dikongsikan semua itu dengan ajnabi sebelum kita bergelar suami kepada isteri atau sebelum kita bergelar isteri kepada suami kita. Ingatlah, semakin manis hubungan sebelum nikah, semakin tawar dan hambar hubungan selepas nikah.
 
“JADILAH SEKUNTUM BUNGA MAWAR YANG INDAH BERPAGARKAN DURI. JANGAN BIARKAN DIRIMU MENJADI SEBARANGAN BUNGA YANG TETAP JUGA INDAH TAPI SAYANG, TIDAK BERDURI. APABILA TIADA DURI, TIADA LAGI BENTENG YANG BOLEH MELINDUNGI KEINDAHAN SI BUNGA DARIPADA SEWENANG-WENANGNYA DIKHIANATI. LANTAS, TERCEMARLAH KEINDAHAN DAN MURAHLAH NILAINYA. DURI MAWAR ITULAH YANG DIIBARATKAN DENGAN PERBATASAN AURAT, AKHLAK DAN AL-HAYA’. JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI. KELAK, AKAN MENGUNDANG KEKAGUMAN DI HATI SANG KUMBANG HINGGAKAN SANG KUMBANG BERFIKIR BEBERAPA KALI UNTUK MENDEKATINYA”
Mawar berduri..
Harummu menarik si lebah terbang mendekati
Lenggokmu menggoda si kumbang datang menghampiri
Warnamu memikat si rerama menari 
Tetapi, duri berbisamu setia di sisi melindungi
Bukan sembarangan lebah yang berjaya mendekati
Bukan mudah si kumbang mahu mendekati
Perlu cukup mantap utuk terbang di sisi

Mawar berduri..
Harummu kerana tinggi ilmu agamamu
Pesonamu kerana luhur peribadi akhlakmu
Anggunmu kerana perhiasan indah malumu
Durimu yang tajam itu..
Tajam kerana teguh dirimu menjaga maruah
Tajam kerana manis bicara bermadah
Tajam kerana damai nyaman pada wajah
Tajam kerana keras iman di asah

Mawar berduri..
Cantik dilihat dan dipandang
Indahnya mampu membunuh sang lebah andai salah aturannya
Pesonanya mampu menjatuhkan sang kumbang tidak terbang semula
Cintanya mampu melemahkan sang rerama tidak berdaya
Tetapi bagi mawar berduri
Kasihnya hanya untuk Illahi
Cintanya hanya untuk dia yang mencintaiNYA
Durinya mampu menjadi penguat sayap bagi perjuangan sang kekasih yang teguh jiwanya berpasak atas nama ALLAH

Mawar berduri..
Awaslah dengan racun-racun yang bisa melenturkan durimu
Awaslah dengan bisikan-bisikan mesra tentang kecantikanmu
Awaslah dengan pujuk rayu yang akan menjatuhkan kelopakmu
Jangan biarkan tangan-tangan yang tidak berhak memetikmu
Jangan biarkan kelopakmu gugur di tangan manusia durjana
Jangan biarkan madumu dihisap mereka yang hina
Jadilah mawar berduri yang tajam
Yang hanya sekadar mampu dipandang
SEINDAH MAWAR BERDURI

Sunday, March 20, 2011

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM

Sewaktu Nabi Muhammad SAW wafat, agama Islam telah pun disempurnakan. Justeru itu, semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberikan.

Di sini disenaraikan beberapa soalan dari yang bukan muslim buat muslim mengenai agama Islam:


1) Nama Nabi Isa disebut 25 kali d dlm Al-Quran, tp hanya berapa kali sahaja nama Nabi Muhammad SAW disebut d dlm Al-Quran?

J: Nama Nabi Muhammad SAW. disebut hanya 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Dan memang benar, nama Nabi Isa AS disebut 25 kali. Sepertimana yg kita sedia maklum, Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, maka sebab itulah nama Nabi Muhammad SAW jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad SAW, tetapi sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad SAW di dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebat,kan?

J: Soalan sebaliknya, di dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak membezakan tentang kehebatan para nabi dan rasul-Nya. Walaubagaimanapun, Allah Maha Mengetahui.
3) Umat Islam percaya bahawa Nabi Isa AS diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad SAW wafat. Jadi, memandangkan Nabi Isa dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu merupakan Tuhan.
J: Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi (Nabi Isa) yg diutuskan kepada mereka dengan menganggapnya sebagai Tuhan. Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yg taat kepada Allah akan masuk Syurga, dan siapa yg menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk Neraka”.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi yg terakhir. Tetapi, di akhir zaman nanti, Nabi Isa AS akan turun. Justeru kenapa tidak dikatakan Nabi Isa yg terakhir?

J: Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Sama seperti perumpamaan jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikatnya tetap tidak akan berubah - bahawa anak sulong tetap sulong.
5) Nabi Isa disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
J: Antara ibu dan anak, mana yg lagi mulia? Tentu ibu, kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah juga tanpa ibu, dan merupakan manusia yg pertama diciptakan, lalu kenapa tidak disembah Adam sahaja?
6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'. Kenapa harus begitu? Bukankah 'Kami' melambangkan 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?

J: Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, dan penggunaan istilah 'Aku' yang kata jamaknya 'Kami' digunakan untuk menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau menyebut 'We', bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa orang Islam potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yg perlu disimpan?

J: Kuku juga anugerah tuhan, kenapa org Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam bunuh binatang untuk dimakan? Bukankah kejam namanya kerana membunuh hidupan bernyawa?
J: Sains telah buktikan, sayur dan pokok juga bernyawa. Malah, apabila kita basuh tangan sekalipun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak dikira kejam? Hakikatnya apabila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia.
9) Sami Buddha lantas mnjawab, "Bunuh sayur dosa kecil sbb sayur kurang deria, sedangkan bunuh binatang merupakan dosa besar".

J: Kalau begitu, kita cuma berdosa kecil sajalah jika bunuh orang yang pekak, buta, dan bisu, kerana mereka itu kurang deria?
10) Sami Buddha menjawab lagi, "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik".

J: Kalau begitu, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
11) Sami Buddha berkata lagi,"Mkn binatang akan dpt byk penyakit".
J: Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga, kan? Lagi besar penyakitnya, kan? Lembu yg ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi janganlah sampai cakap haram apa yg telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan **** itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan ****?

J: Bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala, tetapi Islam sendiri hari2 sembah Kaabah?

J: Islam bukan sembah Kaabah, tetapi Kaabah itu adalah Qiblat untuk satukan umat. Dalam Islam ada disebut, siapa yg menyembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, dan Kaabah itu cuma arah qiblat. Perlu tahu bezakan. Buktinya, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala, sedangkan orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletakkan di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu Qiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad SAW sedangkan Nabi dan Rasul sebelum baginda kan betul2 juga semuanya?

J: Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk semua kaum dan sepanjang zaman.


Soalan2 yg dinyatakan di atas seringkali ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan kepada orang Islam. Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tetapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikan pun tak perlulah panjang2, cukup sekadar ringkas dan padat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...