''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Friday, March 23, 2012

e-book untuk student pharmacy.. leyh download je...

BIOCHEMISTRY



Campbell - Biochemistry, 6th Ed.pdf download
File type: File     File size: 32,098 KB     Uploaded: 2012-02-06

Read more at http://www.2shared.com/document/lwcY3cKT/Campbell_-_Biochemistry_6th_Ed.html#adIjbu3RdaJMb05L.99



http://www.2shared.com/document/lwcY3cKT/Campbell_-_Biochemistry_6th_Ed.html


Lippincott Biochemistry Ed 3.pdf download

File type: File     File size: 130,729 KB     Uploaded: 2011-10-16

Read more at http://www.2shared.com/document/ndBEfsbH/Lippincott_Biochemistry_Ed_3.html#eEtY11Go5fM232kQ.99



http://www.2shared.com/document/ndBEfsbH/Lippincott_Biochemistry_Ed_3.html

ORGANIC CHEMISTRY


Organic Chemistry ( 10E 2009 ISBN 9780470401415 ) T. W. Graham Solomons.pdf download

File type: File     File size: 82,263 KB     Uploaded: 2011-07-22

Read more at http://www.2shared.com/document/2Artsuqe/Organic_Chemistry___10E_2009_I.html#vm4umo74RMaMXPLK.99



http://www.2shared.com/document/2Artsuqe/Organic_Chemistry___10E_2009_I.html


organic Chemistry (Bruice).pdf download

File type: File     File size: 26,284 KB     Uploaded: 2011-10-30

Read more at http://www.2shared.com/document/0M3cDpk3/Organic_Chemistry__Bruice_.html#pXyup2xHmUbJAvw3.99



http://www.2shared.com/document/0M3cDpk3/Organic_Chemistry__Bruice_.html


Organic Chemistry 6th Edition L. G. Wade.pdf download

File type: File     File size: 165,081 KB     Uploaded: 2012-01-22

Read more at http://www.2shared.com/document/kH2p31RD/Organic_Chemistry_6th_Edition_.html#9WXIKopA7lBteBi4.99



http://www.2shared.com/document/kH2p31RD/Organic_Chemistry_6th_Edition_.html


McMurry - Organic Chemistry 7e.pdf download

File type: File     File size: 81,786 KB     Uploaded: 2012-02-22

Read more at http://www.2shared.com/document/M0nZM6tP/McMurry_-_Organic_Chemistry_7e.html#hbM3jI10wkaCF1tM.99



http://www.2shared.com/document/M0nZM6tP/McMurry_-_Organic_Chemistry_7e.html

PHARMACOLOGY


Lippincott's Pharmacology_4th Ed_2009.pdf download

File type: File     File size: 54,253 KB     Uploaded: 2011-12-25

Read more at http://www.2shared.com/document/8uIIM-qP/Lippincotts_Pharmacology_4th_E.html#JS3I8BdRPdp4GGeo.99



http://www.2shared.com/document/8uIIM-qP/Lippincotts_Pharmacology_4th_E.html


Katzung - Basic & Clinical Pharmacology - 11th Ed.pdf download

File type: File     File size: 29,531 KB     Uploaded: 2011-11-30

Read more at http://www.2shared.com/document/_sGx9Oop/Katzung_-_Basic__Clinical_Phar.html#oXXbYwtm6BQZJuTj.99



http://www.2shared.com/document/_sGx9Oop/Katzung_-_Basic__Clinical_Phar.html


Whole Book_LIPPINCOTT'S INTRODUCTORY CLINICAL PHARMACOLOGY 7th ed.pdf download

File type: File     File size: 8,790 KB     Uploaded: 2012-02-14

Read more at http://www.2shared.com/document/ozrKTAaR/Whole_Book_LIPPINCOTTS_INTRODU.html#hDPO1Pgap3tbK5Ie.99



http://www.2shared.com/document/ozrKTAaR/Whole_Book_LIPPINCOTTS_INTRODU.html

klo nk cari lg e-book.. search ktcini...
http://www.2shared.com/search.jsp

Sunday, February 12, 2012

kajian mengenai solat berjemaah

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


lama betul rasanye tak update blog.. sedikit perkongsian melalui blog walking.. lalu aku post kt blog untuk share ngan kalian sume.. InsyaAllah, moga bermanfaat dan dpt di amalkan..

Di sini saya paste satu artikel tentang kajian mengenai bilangan rakaat dan waktu solat dr segi sains...





'Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. 

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. 

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. 






Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. 

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. 



Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. 


Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. 

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail) .

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.

Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.......'



Wallahu'alam....


Tuesday, January 10, 2012

Ab0uT PhArMaCy..

Assalamualaikum w.b.t  kawan2.. lama dah aku tak update blog nie.. maklumlah,buzy cket dek skang nie mggu exam (tgh bzy2 pon, sempat lg update blog kn?? huhu).. 2 hari sblm study week pulak, aku kene MC 9 hari atas sebb kesihatan yg tak mengizinkan.. so, nak tak nak, study week, mmg kene pulun habis arr..
Disebabkan khamis nie aku exam pharmacy practice, so aku nak share lah cket ttg apa yang aku bljr sblm2 nie..

Tp sblm tu, aku nak tanye, korang tahu ke apa tu FARMASI? Slalunye, klo di tanye ape tu pharmacy, org akn jwb cmni: Ala, farmasi tu tmpat org beli ubatlah... bg  je surat doktor, t dia bg arr ubat... tak pon, beli je kt kedai2  farmasi tu haa....

Act, pharmacy tu adalah:
Pharmacy is a place, a profession and sometimes a business. A pharmacy is a place where licensed pharmacists dispense medicine on receiving a valid prescription written by a legal prescriber.

(sorri arr.. tak tahu nak translate cmne)

Ok.. aku nak bgtahu cket, prescription tu adalah surat dari doktor.. manjadi satu KESALAHAN klo korg beli ubt yg contains drug or poison WITHOUT prescription from the doctor or registered medical practitioner...

Ni logo untik prescription dr doctor tu...
digunakan sbg 'trademark' bdk2 pharmacy...

Sape pulak AHLI FARMASI (A PHARMACIST)???

Pharmacists are registered by a board of pharmacy and therefore are designated registered pharmacists, or R.Ph.

Aku tak nak terangkan pasal Pharmacy Board.. t korg pening plak.. yg tu korg search lah sendiri ye..

Nak tnye lagi... apa pulak function PHARMACIST ni ye??

Quite a few people, even some pharmacists answer the above question by saying “ to supply medication”. However if this is the primary purpose, why have pharmacists do this?

Pharmacy’s role are :
  • to oversee the drug-use process,
  •  to make it safe and to make it efficient.
  •  It also exists to help patients make the best use of their medications.


The Role of the Pharmacist
“The Seven-Star Pharmacist”
1. Care-giver
2. Decision-maker
3. Communicator
4.Leader
5.Manager
6.Life-long learner
7.Teacher

  •     As a communicator
  • the pharmacist should initiate dialogue with the patient to obtain a sufficiently detailed medication history; the pharmacist must be prepared and adequately equipped to perform a proper screening for specific conditions and diseases, without interfering with the prescriber's authority;


  • the pharmacist must provide objective information about medicines;


  •     the pharmacist must be able to use and interpret additional sources of information to satisfy the needs of the patient;


  •     the pharmacist should be able to help the patient undertake appropriate and responsible self-medication or, when necessary, refer the patient for medical advice;


  •     The pharmacist must ensure confidentiality concerning details of the patient’s condition.


  •     As a quality drug supplier (Pengedar Dadah Bertauliah namanye :)

the pharmacist must ensure that the products he/she purchases are from reputable sources and of good quality; the pharmacist must ensure the proper storage of these products.

  •    As a trainer and supervisor
  •  To ensure up-to-date quality service, the pharmacist must be encouraged to participate in continuing professional development activities such as continuing education.
  •   The pharmacist is often assisted by non-pharmacist staff and must ensure that the services rendered by these auxiliaries correspond to established standards of practice.


Bukan senang sebenarnye nk jadi seorg ahli farmasi... yang org tahu, dtg je kt kedai or kt klinik, amek ubat.. act, nak dispense ubt pon susah tau.. kene kira dose sulu betul ke tak.. kene bezakan internally or externally.. kene guna container yang betul.. prescribed ubt yg betul supaya tak de side effect... kene tahu stability of drugs.. eh, pokoknye, mcm2lah kene tahu... seriusly, mmg susah.. nmpk cm senang je kn..

Apa2 pon, nasihat aku esp yg maseh berfikir nk amik course apa kt U nanti, pikirlah elok2.. jgn amik mudah je bende nie.. bahaye kot.. boleh effect masa depan...

p/s: doa kn lah aku... aku masih takut2 nk dispense ubat... klo salah wt ubt, boleh mati ank org weyh...

btw, bg kwn2 yg masih exam, gud luck untuk paper2 terakhir korg nie.. yg dah abis tu, doa2 lah agar result yg kuar t gempak2... Ma’a Taufiq Wan Najjah... Fil imtihan, fid dunya wal akhirah... J

Monday, December 26, 2011

Ketika di AWAL & AKHIR usia kita.

1- Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.
 

2- Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.
 

3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.
 

4- Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.
 

5- Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah,
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam setelah mati

6-Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.
 

7-Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.
 

8-Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, 
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran 
(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Friday, December 23, 2011

sedikit perkongsian

4 Ciri membuktikan kebodohan seseorang

http://cards.wahty.com/a/data/media/10/tawakol.jpg

1- Marah tanpa alasan.

2- Menurut hawa nafsu dengan bathil.

3- Memboros harta tanpa kepentingan.

4- Tidak dapat membezakan diantara kawan dan lawan.


4 Ciri membuktikan kecerdikan seseorang

1- Sabar menghadapi kebodohan.

2- Menahan hawa nafsu yang bathil.

3- Mengeluar atau membelanjakan harta pada tempatnya.

4- Dapat membezakan diantara kawan dan lawan.


3 Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT

http://www.awda-dawa.com/App/Upload/articles/6855.jpg

1- Jika cuai atau meringankan perintah Allah SWT.

2- Tidak redha dengan hukum pembahagian dari Allah SWT.

3- Marah kepada Allah SWT apabila permohonannya tidak diterima.





Wednesday, November 30, 2011

Duit oh Duit



Sebab duit, orang boleh bahagia. Sebab duit jugak orang boleh merana. Macam-macam lagi la benda boleh jadi bila membabitkan duit ni. Duit yang saya maksudkan kat sini 'duit besar' ye. 'Duit kecik' (sen) dikecualikan dari topik kali ni.hehehe


Banyak sangat perkara yang membabitkan duit berlaku di persekitaran saya yang membuatkan saya tertanya-tanya..kenapa hanya disebabkan duit, manusia boleh berubah dengan sekelip mata? Perasaan simpati boleh bertukar kurang senang. Lama-kelamaan jika tidak dibendung boleh bertukar benci.. Pasangan kekasih atau suami isteri yang dulunya romantik bukan main, kini berubah menjadi dingin. Semuanya sebab duit. Duit, duit, duit.


 "sebab DUIT boleh hilang adik beradik, sebab DUIT boleh hilang kawan, sebab DUIT boleh beli segalanya, sebab DUIT boleh beli orang, sebab DUIT hidup senang, sebab DUIT hidup penuh hutang, sebab DUIT kita kerja, sebab DUIT kita boleh hidup, sebab DUIT kita boleh makan..KUASA itu DUIT, DUIT itu KUASA."

Haaa..Ni status one of my friends kat FB...Zaman skrg mmg sume org tertekan psl DUIT..tp sbnrnye,kite lupe..masalah tu dtg sbb kesalahan diri sendri gak...kite x well prepared utk mslh2 duit nih...

btol ke sbb DUIT boleh hilang adik beradik/kawan???
sbnrnye,jgn slhkn DUIT..DUIT tu cume jadi mangsa keadaan jer..tp sbb prasaan dengki,iri hati dan sikap kite yg wat kite bergaduh kan???





btol ke DUIT leh beli segalanya??beli org??yg beli org pkai DUIT tu dh xgune akal fikiran..nipis sgt iman dan amalan nyer..sampai kan dh xnk bezakan halal haram..tolak hukum agama dan hidup berlandaskan DUIT...

sebab DUIT hidup senang,sbb DUIT hidup penuh hutang????btol ke kite hidup senang sebab DUIT???bkn sbb kebahagian dan amaln ker??klaw DUIT byk tp idup xbahgia,jiwa xtenteram camner??still lagi kategori 'hidup senang' ker??





sebab DUIT kite boleh makan??zaman dulu xde DUIT pon..cume gunakan sistem barter jer..boleh jer makan kan..

KUASA dan DUIT,mmg 2 benda yg mengaburi mata manusia..

Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah SAW, sejak kecil hingga saat wafatnya, Baginda tak pernah hidup mewah. Padahal, Baginda mampu untuk hidup bermewah.

Kita disarankan utk BERSEDERHANA dalam hidup utk mengelakkan DUIT menguasai kite.
So,jgn la terlalu taksub dgn DUIT..jagn hidup bertuhankan DUIT..
Sentiasa lah bersyukur dgn ape yg kite ada dan bersederhana dalam hidup.



P/s : Pernah dengar ungkapan ni, "Duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit." Yup, betul. Saya sokong 100%.

Monday, November 28, 2011

CIRI-CIRI TAMADUN YANG PERLU ADA DALAM DIRI SETIAP PELAJAR

Hari nie, aku nk kongsi sikit ttg tajuk assgment TITAS yg aku kene buat.. nie adalah isi pertama dr 4 isi yg aku ada.. cukuplah sbg perkongsian bsama.. insyaAllah, ada masa, aku update lg... tp try la baca dulu...


Tamadun merupakan satu peningkatan pembangunan dan kemajuan kepada seorang pelajar. Dalam pembangunan, generasi muda atau mahasiswa tidak pernah luput atau tidak boleh dipisahkan kerana mereka saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Mahasiswa harus berperanan aktif dalam pembangunan dan kemajuan tersebut. Namun begitu, jika dilihat dengan keadaan semasa, adakah pelajar atau mahasiswa sekarang mampu untuk membangunkan masyarakat dan negara pada masa akan datang jika mereka masih leka dek kemajuan yang ada?
Dalam perkembangan dunia sekeliling, ilmu pengetahuan kini menjadi modal kehidupan yang amat berharga. Nilai ilmu itu sendiri adalah merupakan asas dalam mewujudkan suasana kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa yang maju adalah bangsa yang berilmu. Kemajuan tidak mungkin akan dicapai tanpa pencapaian ilmu yang tinggi. Justeru generasi muda terutamanya pelajar tidak boleh tertinggal dan terpengaruh dengan gejala yang hanya menyekat kemaraan bagi meneruskan pencarian ilmu. Ilmu itu perlu dicari dan difahami dengan sebaiknya. Ilmu itu tidak akan bermakna jika ia tidak disertakan dengan pemahaman yang mendalam mengenainya.
Mengapakah kita memerlukan generasi yang berilmu, kerana dalam melaksanakan setiap perubahan dan menangani perkembangan semasa, ilmu berperanan sebagai pengimbang dalam memberikan panduan kehidupan. Tanpa ilmu pengetahuan yang disertai dengan pemahaman tidak mungkin kita dapat perolehi sesuatu perubahan dan pembaharuan yang lebih baik dan sempurna. Kepentingan memiliki ilmu amat dituntut dalam Islam dan telah disampaikan melalui wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad S.A.W iaitu:

Dalam era pembangunan yang semakin pesat membangun, amat mendukacitakan apabila terdapat pelajar atau lebih tepat lagi digelar remaja, semakin hanyut. Mereka lebih mengagung-agungkan budaya luar yang jelas telah menyalahi agama. Mengapa ini terjadi? Sebab yang paling utama adalah iman yang rapuh. Iman yang sepatutnya menjadi benteng daripada melakukan kemaksiatan telah dipinggirkan. Remaja kini lebih gemarkan hiburan, lebih berbangga membuat kemaksiatan daripada melakukan kebaikan. Bayangkanlah, jika gejala ini berterusan, apa yang akan berlaku pada masyarakat dan negara kita pada masa akan datang, sedangkan mereka ini merupakan pewaris yang diharapkan dapat memimpin generasi akan datang. Gejala sosial yang semakin meruncing ini boleh memusnahkan sesebuah tamadun.
Ketahuilah, walau sehebat mana sekalipun sesuatu tamadun itu mampu terbina, ianya boleh musnah dalam sekelip mata di masa hadapan, jika pewaris kepada ketamadunan tersebut merupakan golongan yang bermasalah. Realiti menunjukkan bahawa golongan remaja merupakan aset yang amat penting dalam meneruskan kesinambungan sesuatu tamadun manusia untuk terus berkembang dan terus megah berdiri. Namun, dari sudut realiti yang lain, khususnya di zaman ini, rata-rata tamadun manusia mengalami suatu krisis pewaris ketamadunan yang cukup membimbangkan. Dari timur hinggalah ke barat, tamadun manusia seolah-olah mengemis simpati agar golongan pewarisnya dapat memperbaiki keadaan diri mereka demi kebaikan yang lebih besar.
Jika sebahagian besar golongan remaja terjerumus ke dalam kancah kemusnahan, bagaimanakah kita mampu untuk mengimpikan sebuah tamadun yang lebih gemilang di masa hadapan. Hal ini bukan sahaja perlu disedari oleh golongan dewasa dan golongan tua, tetapi golongan remaja dan pemuda juga perlu menyedari hakikat ini. Ini adalah kerana golongan muda dan remajalah yang akan menjadi penghuni kepada tamadun masa hadapan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...