''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Saturday, February 3, 2018

Sublingual GTN

"APO BONDO EH NI UBAT BAWAH LIDAH TU?"

Selalu tak dengar pasal ubat bawah lidah ni?

Apa ke benda tu ubat bawah lidah ni sebenarnya?

Memang ubat ni letak bawah lidah je ya?

Kenapa tak ditelan je ubat ni? Kan senang?

Dan bermacam-macam lagi persoalan di minda kita kan.

Meh abam farmasis terangkan ya pasal ubat ni.

Nama ubat: Tablet Glyceryl Trinitrate
Nama pendek atau nama glamour: GTN
Kekuatan sebiji ubat: 0.5mg
Tujuan ubat: Melegakan sakit atau serangan jantung

Kenapa kena letak bawah lidah?
- Meletakkan ubat ini di bawah lidah akan membolehkan bahan aktif ubat ini diserap ke dalam darah dengan lebih cepat dan melegakan dalam masa 5 minit.

Bila kena ambil ubat bawah lidah ini?
- Sebaik sahaja mengalami serangan pertama sakit dada, terus letakkan satu biji di bawah lidah.
- Tunggu 5 minit.
- Jika masih tidak lega, letak lagi satu biji di bawah lidah.
- Tunggu 5 minit.
- Jika masih tidak lega, letak lagi satu biji di bawah lidah.
- Tunggu 5 minit.
- Jika masih lagi tidak lega, terus pergi ke kecemasan.
- Maksimum 3 biji ubat sahaja (3 kali percubaan).

Boleh tak simpan di peti sejuk?
- Hanya simpan di suhu bilik sahaja.
- Jauhkan dari sumber cahaya dan haba, kerana ubat ini sangat sensitif pada cahaya dan haba.
- Contohnya, boleh simpan di laci meja atau di dalam bilik tidur.

Boleh simpan di dalam poket?
- Semestinya kena bawa ubat ini selalu ke mana saja kita pergi.
- Disebabkan badan kita juga mengeluarkan haba, maka boleh letakkan kad di dalam poket seluar kita sebagai alas antara botol ubat ini dengan badan kita.

Berapa lama ubat ini boleh tahan?
- Selagi tak mengalami sakit dada, tak payah lah bukak botol ubat ini ya.
- Selagi botol ini tidak dibuka, selagi itulah ia bertahan sampai tarikh luput yang tercetak.
- Apabila botol dah dibuka, ia hanya tahan selama 8 minggu sahaja selepas dibuka.
- Pastikan catat tarikh bila kita buka botol ubat ini okay, supaya senang nak kira 8 minggu itu.

Itu sahaja lah perkongsian dari abam farmasis untuk hari ini.



Dipetik dr fb: Faiz Akmal Mfa

Friday, February 2, 2018

Budak kaunter

Ceritera farmasi pesakit luar:
1. Patient tak sabar.
"kenapa nombor saya tak kena panggil lagi ni?  Saya dah tunggu dari pagi nombor ni! "
Tengok nombor tu rupanya baru 15minit menunggu.  Tanya ambil nombor pagi punya tu di mana?  Rupanya ambil nombor yang di klinik bukan nombor farmasi. Yang dah tunggu dari pagi tu tunggu untuk dapat rawatan bukan tunggu untuk dapatkan ubat.  Klinik dan farmasi adalah dua jabatan yang berbeza.  Kami faham farmasi mungkin jabatan terakhir yang pesakit pergi untuk mendapatkan rawatan hari itu dan masa yang diambil sudah hampir satu hari tapi manakan adil nak marah kami yang sebaik mungkin berusaha mengejar masa dan bersilat dibelakang kaunter,  berlari mengisi bakul ubat pesakit.

2. Baik hati nak ambilkan ubat mak/ abah/ maklong/ makngah/ jiran/ bos/ orang tak kenal tapi nama tak tahu.  Ya nama anak pon kekadang tak ingat.  Bukan kami kedekut taknak bagi ubat.  Ya,  bukan duit kami pon beli ubat2 tu tapi kena faham tugas farmasis nak bagi ubat yang betul pada pesakit yang tepat. Mmg betul dah berbulan ambil ubat yang sama tapi mana tahu masa tu dan2 lah ada kecuaian berlaku pada preskripsi dan nombor tertukar dan pelbagai lagi kecuaian yang luar alam berlaku,  kami cuma minima kan kesilapan dan kemudaratan bg pihak kami sebelum diviralkan secara percuma.

3.  Tak tahu berat anak. Untuk kanak2 bawah 12 tahun adalah sangat2 penting untuk ibu bapa/ penjaga tahu berat anak.  Sekurang2nya estimated weight yang hampir tepat pon boleh sebab untuk kanak2 bawah 12 tahun kami ada rujukan dose ubat mengikut berat kanak2. Bukan main taram je nak separuhkan tablet,  nak suruh makan 5ml / 7ml dan sebagainya.  Kami dah kira semuanya untuk manfaat terbaik buat pesakit. Kadang2 doktor pon estimate je berat dan dose ubat pesakit kanak2, jadi kami kalau rasa curiga dengan dose tu kami akan tanya balik pesakit atau doktor.  Untuk jimat masa mohon penjaga tahu berat anak anda.

4. "apa yang susah sangat nak bagi ubat?  Bagi jelah kan doktor dah tulis tu" well,  memang doktor dah tulis semuanya dalam preskripsi tetapi apabila ubat yang tertulis ada masalah seperti dose yang salah,  ubat pakar yang ditulis oleh doktor yang bukan pakar,  tulisan doktor yang tidak diketahui rupa bentuk bacaannya,  tiada jangka masa preskripsi dan pelbagai masalah lagi,  adalah hak pegawai farmasis untuk menelefon kembali doktor dan membetulkan atau berbincang kembali dengan doktor tentang preskripsi tersebut.  Ya,  doktor lebih arif tentang penyakit pesakit, tentang rawatan pesakit tetapi farmasis dilahirkan untuk belajar tentang ubat dan lebih fokus tentang ubat-ubatan pesakit. Ya,  bukan 100% doktor buat salah cuma kami perlu berbincang.  We are dependent on each other.  Itu yang pesakit perlu tahu agar kesihatan dan keselamatan pesakit lebih terjamin.

5. Pesakit malas membaca.  Kadang2 dah terang tulis di depan kaunter masa peekhidmatan farmasi,  cara nak tahu nombor depan giliran tu membawa maksud apa dan sebagainya(mengikut hospital masing2) tapi masih ada juga yang malas nak membaca.  Paling geram bila kami dah tampal cantik2 di plastik dan kotak ubat cara makan dan indikasi ubat tapi ada lagi yg masih suruh tulis manually depan pesakit cara makan. 

6. Pesakit yang demand tapi tak makan dan pakai ubat.  Tanya itu ini,  bising lambat menunggu tapi akhirnya dia kata ubat yang ini banyak lagi,  ubat itu tak bukak lagi, ada dua kotak lagi di rumah.  Konklusi kami adalah pesakit tak makan ubat.  Mana kami tahu?  Sebab kami kira jumlah yang tepat utk pesakit perlu makan hingga tarikh temujanji ambil ubat yang akan datang. Satu lagi teknik kami adalah kami tanya balik ubat2 anda makan bagaimana,  berapa banyak sehari. Itu sahaja sudah tahu tahap compliant pesakit.

Tak minta apa-apa pon dari pesakit tapi ketahuilah kami farmasis ni bukan gadis atau jejaka kaunter sahaja.  Kami ni lah yang pastikan ubat yang diterima yang tepat dan betul untuk anda,  yang belajar bertahun ditambah dengan latihan sebelum mendapatkan secebis ilmu dan lesen untuk memberi ubat yg berkualiti. Banyak lagi kerja balik tabir sipenjaga kaunter ni buat selain duduk dikaunter melaungkan 'makcik,  ini ubat darah tinggi,  makan satu biji satu kali sehari'  umpama irama tanpa nada.

#budakkaunter #farmasis

Dipetik dr fb: Nurul Hidayah

Friday, August 8, 2014

Puasa sunat syawal vs puasa ganti???

Setiap kali Syawal.. pastimada persoalan ttg boleh kah kita mnggabungkan puasa sunat Syawal dgn puasa gnti (qadha')...

Setakat apa yg sy fhm melalui pembancaan sy drpd blog2 ustaz sperti blog ustaz Zaharuddin ngn ustaz Izhar.... sbnrnya tak boleh menggabungkan puasa enam ngn qadha'... sbb nya.. klo di fikirkn.. mana mungkin boleh di gabunggkan sesuatu yg wajib dgn sesuatu yg sunat... contohnya solat... mana boleh gabunggkn solat wajib ngn solat sunat... ada x apa2 perkara wajib yg di gabunggkan dgn perkara sunat dn di benarkn dlm Islam?? Setahu sy, tak de (setakat yg sy pelajari.... ilmu sy juga masih cetek)...

Nk lebih faham dn jelas lg apa yg sy perkatakn, leh pergi ke link di bawah.. ustaz Zaharuddin menerangkan lebih perinci ttg isu ini..

http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/182-puasa-ganti-syawal-a-ziarah-raya.html

Wallahu'alam...

Wednesday, August 6, 2014

Syabab Musafir Kasih

LELAKI....

Dulu.....
Bila di sebut LELAKI,
Wanitanya mendongak megah,
LELAKI kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini.....
Bila di sebut LELAKI,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu....
Bila di sebut LELAKI,
Wanitanya tenang di hati,
LELAKI kami menjaga, melindungi,
Kini....
Bila disebut LELAKI,
Wanitanya mahu cabut lari,
LELAKI khianat, perogol bersiri.

Dulu...
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini....
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
LELAKI tunduk tak bertenaga.

Dulu....
Bila wanita di bawah jagaannya,
LELAKI memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini....
Bila wanita di bawah jagaannya,
LELAKI tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya di biar bebas binasa.

.................................
.................................
-dipetik dr sebuah buku karangan Fatimah Syarha berjudul SYABAB MUSAFIR KASIH-

Sebuah cerita meruntun jiwa.... sarat dgn pengajaran.... nak tahu kisahnya... boleh beli buku ni...

Friday, March 28, 2014

al-Kahfi... mudah je....

cara mudah nk baca Surah al-Kahfi.....

split masa jadi tiga,waktu bila?
1. lpas Mghrib (hr Khamis malam Jumaat): baca ayat 1 smpai ayat 31... Sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain,nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung. sempat kot nak baca before di panggil utk makan mlm...
2. lpas Isya'... sambung la ayat 32 smpai 59... Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu... kalau mampu and ada masa free... x tahu nk buat apa... sambunglah lg dr ayat 60 smpai 82... Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir...
3. lpas Subuh hari Jumaat tu.. leh la habiskan ayat 83 sampai 110... tak de la byk sgt... Ayat 83 tu start dengan kisah Zulkarnain...

Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat

( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”
(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”
(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda:
“ sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”
dan
Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”
Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.
Wallahua’alam

more info on AL-KAHFI... click here.....---> http://fuh.my/kelebihan-membaca-surah-al-khafi-pada-hari-jumaat/ 

Thursday, March 20, 2014

rational pemberian Harta.... lelaki vs perempuan...

Assalamualaikum.... stelah lama x meng'update'... hri ni rasa terpanggil nk berceloteh sesuatu...

Recently... sy ada dgr lgu Gadis Jelebu by W.A.R.I.S ft. Hattan... try lah search some meaning of the language yg x brapo nk paham... almaklumla.. lgunya bhasa org nogori... negeri sy berjiran dgn negeri 9.. xde le paham sgt loghat org nogori ni...

Tp kn... bila di amati lgu ni... ada lirik dia yg mngtakn cmni...

"Lepas cerai... sume harta jd milik dia..jgn salah anggap.. mngapa lebihkn perempuan... sbb lelaki boleh hidup klo cmpk dlm hutan..."... ikut logiknya mmg begitu lah kn... itu just ikut logik manusia je...

Tp tahu x... Allah punya perancgn Maha Hebat... terfikir tak knapa.. dlm Islam... harta lbh byk d berikn kt lelaki drpd prempuan?... knapa??

Sbb.. lelaki ni ada byk tanggungan.. nk kne tanggung ibu ayah.. nk kne tanggung anak bini... nafkah lg... yg tu wajib... cuba bygkn kalau sume harta jd milik perempuan.... habis sume harta dia joli.. g shopping... (mmg nature perempuan suka shopping).. isteri xde tanggungan... sbb sumenye suami yg tanggung... so... mna better? Mana lbh logik? Klo bg lelaki... ia d gunakn utk kperluan.. klo bg perempuan... ia ikut kehendak...  kn membazir je namanya tuh...

Ok... tu je nk kongsi.. x nk ckp byk2... t korg mlas nk bca... ehh.. ada ke org yg bca... entahla.. apa pun... ini ilmu.. d sebarkn ilmu... dpt pahala insyaAllah...

-wassalam-adioss-

Sunday, January 12, 2014

Allah Maha Adil...

PEREMPUAN di uji di DUNIA,, 
Kena pakai TUDUNG ... 
Kena pakai STOKIN ... 
Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA
Kena banyak FITNAH ... 
Kena TAAT perintah SUAMI ...
Kena menjaga MARUAH DIRI ...
Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS... Di AKHIRAT,,
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ...

LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia,, Tidak payah pakai TUDUNG...
Tidak payah pakai STOKIN...
AURAT senang di jaga ..
Tidak risau dengan FITNAH...
MUDAH nak buat apa sahaja ..
Tapi di AKHIRAT,,
Tanggung dosa DIRI SENDIRI ..
Dosa ISTERI ...
Dosa ANAK-ANAK ..
Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat ..
Dosa tidak beri NAFKAH ...
Dosa tidak menjaga PANDANGAN ...
Dosa ADIK-ADIK...
Dosa sesama MANUSIA .
Dosa tidak SOLAT...
SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan di tanya TANGGUNGJAWAB mereka di BUAT atau TIDAK di DUNIA...

Perempuan & Lelaki diuji didunia

LELAKI dan PEREMPUAN masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL .. Janganlah kita MERUNGUT dan TIDAK REDHA atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ...
Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH CIPTAKAN ... AMIN .

Friday, November 15, 2013

Kisah seorang ummi

Assalamualaikum... hr ni sy nk berkongsi sebuah kisah benar yg telah d kongsi melalui WhatsApp sy... cerita ini berkisar kn seorg ibu yg mnghargai usaha seorg anak wlaupun anknya tak mndpt straight A.. shbt sy pnh mngingtkn sy saat sy tertekan... "ingatlah bahawa sesungguhnya.. Allah menilai seseorg itu melalui usahanya... bukan result yg kita dpt"... adik ini telah berusaha bersungguh2... cuma Allah blom izin kn dia utk dpt straight A... sbb Allah ada perncgn yg lbh baik utk adik ni pd masa akn dtg...
(copy paste dr FB Page seorg ustazah)
__________________________________________________________________________
(Sebagai perkongsian)

Salam sahabat Fb semua,

Hari ini result UPSR diumumkan. Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yg telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu. Anak ustazah tidak terkecuali...pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya..ustazah lihat pemergiannya untuk mengambil keputusan upsr dengan wajah yang sangat ceria. " Ummi...takutnya...", tapi bibirnya mengukir senyum. 

Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran...selepas hampir satu jam masa berlalu, anakanda ustazah pulang dengan deraian airmata. Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku. Perlahan abinya kata, " 3A 2B". Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamdulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal. Anakanda ustazah terus menangis..dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama. 

Ustazah biarkan dia menangis puas-puas...biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya. Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup. Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini. Ustazah hubungi si kakak, " kak long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sbb umi nak bagi kat adik". Jawab si kakak.," bukan 5A kan ummi..naper nak berkad2". Respon ustazah " kak long, walupun adik tak dapat 5A...tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi..ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika kak long..8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi2an bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama..malam mengaji, macam2 pahit manis yang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar..andai ummi tak menyanjungnya..adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahannya menuntut ilmu. Belikan kad yang cantiiiik sangat untuk adik ya kak long, umi nak tulis begini atas kad tersebut...

" anakanda ummi...setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil. Jangan menangis lagi...belajar menyenangi keputusan Allah. Senyumlah sayang...melihat masa depanmu. ADA AL-QURAN MENANTIMU.. MENGUBAT KESEDIHANMU.. MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU.. MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG.. ALLAH TELAH ATUR TAQDIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI. Dengan keputusan tersebut, anakanda ummi mungkin tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping kak long...namun Subhanallah..ada yang lebih indah dari itu...barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa..dan ummi berharap anakanda ummi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini..akan Allah berikan kesempurnaan kebahagian saat anakanda ummi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak..Anakanda ummi al-hafizoh...bangunlah sayang..sujud syukur kepada Allah, ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatur Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana."

Sahabat semua...doa ustazah untuk anak-anak kalian....dan ustazah berharapppp sangat..doa kalian untuk kesemua cahayamata ustazah. Semoga kita jadi ibu ayah yang tabah dan setia di sisi anak2..berdiri di samping mereka saat mereka berjaya atau sebaliknya..kita sudah melalui asam garam kehidupan. Tenanglah memperbaiki anak-anak kita. Rahmat Allah Maha luas...dengan rahmatNya kita semua melangkah di dunia hingga ke syurga..aameen.....
----------------------------------------------------------------------------------------------
Ucapan utk adik ini.. dik.. sabarlah dgn ujian ini... ujian dtg utk mematangkn kita... ujian dtg utk mnguji keimanan kita...

Dik.. Allah tahu apa yg terbaik utk adik.. moga adik sentiasa dlm Redha dn Rahmat Illahi... adik bhgiakn lh ibu ayah adik.. krna mereka tiada gantinya... mereka satu2 nya ayh dn ibu adik... tunaikan hasrat ummi adik... hadiahkn lah mereka mahkota idaman mereka d akhirat.. sesungguhnya hadiah itu lbh bernilai bg mereka... nilainya lbh tggi dr emas d dunia.. moga adik jd ank yg soleh/ah...

Kpd yg berkongsi kisah ini.. terima kasih daku ucapkn... moga kita juga bisa mnjadi seorg ibu yg solehah... yg mmpu mmbhgiakn anak2... "kerana dirimu begitu berharga"....

Akhirul kalam... renung2 kn lah tagline ini:

Tiada nikmat lain yg lbh indah drpd nikmat Islam dn Iman.. Wallahu'alam...

Tuesday, November 5, 2013

Herbatus Saudah vs selsema

Assalamualaikum... setelah lama x update blog ni... hari ni terpanggil nk share sstu... from my email that I hv been subscript... jd... sila la bca.. ok...
Ok, Kali ini saya nak kongsikan mengenai Habbatus Sauda dan Selsema.

========SELSEMA========

Selsema sebenarnya terjadi akibat radang disebabkan jangkitan virus yang menyerang saluran pernafasan bahagian atas. Radang ini berbeza dengan lain-lain radang yang menjangkiti saluran pernafsan yang mana biasanya ia tidak disertai dengan demam dan serangannya agak ringan.

Kajian terbaru mendapati ada lebih 100 jenis virus yang boleh menyebabkan selsema. Selsema jarang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jadi, tiada gunanya jika kita mengambil antibiotik semasa selsema.Penyakit Selsema ini merupakan antara penyebab yang paling utama ramai orang datang ke Klinik berjumpa doktor. Dan banyak bil perubatan yang tinggi terpaksa dikeluarkan walaupun sebenarnya penyakit selsema ini boleh dicegah ataupun dirawat sendiri.

Para Sahabat Rasulullah radiallahu anhum telah menggunakan Habbatus Sauda dalam merawat selsema semasa zaman para sahabat dahulu. Mereka mengambil biji-biji Habbatus Sauda dan meletakkanna ke dalam kain, dimasukkan ke dalam air dan dibiarkan hingga pagi. Kemudian air itu dititiskan ke hidung pada keesokkan paginya.Ibnu Qayyim pula menulis dalam bukunya "Habbatus Sauda menyembuhkan selsema apabila ia ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam sehelai kain lalu diikat dan dicium secara berterusan"

Ini pula antara testimoni dari pengamal Habbatus Sauda, En Shahrizal:"Sejak amalkan makanan sunnah ini, tiba-tiba saya sendiri tak sedar sejak bila saya tak bersin yang keterlaluan dan selsema yang berpanjangan. Cuma sesekali itu biasa, itulah kebaikan makanan sunnah yang Allah ajarkan kepada nabi kita Rasulullah SAW

Alhamdulillah, banyak manfaat yang ada dari ubat yang disarankan oleh Rasulullah ini.Mudahnya hari ini, Selain dari amalkan Kapsul Habbatus Sauda dengan cara makan. Kita juga boleh keluarkan minyaknya dari kapsul dan gunakan Minyak Habbatus Sauda ini untuk merawat selsema seperti yang diamalkan oleh para Sahabat.

Saya doakan mudah-mudahan, kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dipelihara dari jangkitan Selsema.

p/s: Promosi Set Supplemen Kesihatan Terbaik mengandungi Kapsul Habbatus Sauda + Kapsul Minyak Zaitun Syria dan Air Zamzam kini dibuka di http://www.supplementerbaik.com .

Stok agak terhad.
Salam hormat
Abd Rahman
Penulis & Ahli Farmasi

Thursday, October 31, 2013

Tukar Profession kejap

Assalamualaikum.. saje nk share.. terasa mcm nk amik short course on computer programming la.. ada x? mesti mahal kn?? dlm keadaan masa yg smakin mencemburui..now.. just got letter to apply to do retail pharmacy in sem break for training and need to apply for industrial trainig for next sem.. perhaps kne hantar resume first kt kilang tu.. but for now... do not decide to do retail pharmacy kt ne lg.. sbb nye.. mungkin masa cuti tu nk kne wt lab for final year project here.. 

apa-apa pon kene tggu kata putus dr supervisor bila nk buat lab work... klo sv kata cuti sem.. knela cr farmasi yg berdekatan.. tp mslhnya sume dh booking kot.. dr saujana utama hingga ke meru.. fully occupied.. for the industrial training next sem... kne discuss dgn org yg lbh berpengalamn dlu kot.. 

hmmm.. tp bukn tu yg nk d share.. just nk share ttg apa aku buat hr ni.. just try and error to fix up external hard disk yg tak boleh di detect oleh laptop sendiri.. search punye search segala bagai.. mcm2 cara yg kluar.. try la satu2.. akhirnya.. ada satu cara je yg berhasil.. tu yg tetibe mcm nk bljr programming je..uishh... jauh betul bidang yg aku nk lompat ni... hehe...



Friday, October 18, 2013

berhemah dlm menasihati

Sharing from someone #copyPaste.... slmt beramal...

Semasa di UNIMAS, ada musykilah daripada akhwat,

"Bagaimana kita nak nasihatkan kawan kita yang tak pakai tudung? Dia kata, 'Aku walaupun tak pakai tudung, tapi aku tak buat dosa-dosa besar dan masih jaga batas-batas..'.. Macam mana?"

--

Hmm.. Bismillah..

"Tak menutup aurat tu sahaja dah melampui batas cakap kat dia.."

Gelak beberapa orang..

"Tapi, jangan cakap depan dia.. Cakap dalam hati je.. Kang tak bertegur 4 bulan.. Biasalah, pempuan.. Sebelum tu, ana nak tanya, dia asal mana?"

"Sarawak.."

"Ok.. Dia solat?"

"Ya.. Solat.."

"Rajin baca al-Quran?"

"Err.. Tak pernah nampak pulak.."

"Dia reti membaca al-Quran?"

"Tak tahu.."

"Kalau gitu.. Satu, jangan menjauhi dia.. Teruskan mendekati dia dengan akhlak yang cantik.. Jangan fokus pada 'tudung' tu.. Tapi cuba fokus pada bagaimana nak buat dia suka datang ke majlis ilmu atau Usrah..

Daripada situ kita ajak dia membaca al-Quran, ajar dia membaca kalau tak reti, ajak tadabbur, sampailah dia jatuh cinta dengan al-Quran.. Sampaikan juga tazkirah-tazkirah mengenai cinta, tujuan hidup dan sesuatu yang dapat membersihkan hati dia.. Pantau solat wajib, bacaan al-Fatihah, mandi wajib dan lain-lain yang asas.. Buat sampai dia cinta pada Allah.. Cinta pada rasul.. Cinta pada Islam..

Sebab bila Islam dah mula mencorak kehidupan seseorang, maka Jahiliah akan automatik 'sayonara'..

Bila dia dah mula Ikhlas.. Dah mula terbiasa dengan nilai-nilai kebaikan dan nilai-nilai Islam.. Barulah nanti kita dapat lihat, tak perlu kita kata apa-apa pun, dia tahu sudah tanggungjawab dia sebagai muslimah kepada Tuhan-nya..

Terus mendekati dia.. Dan kena banyak bersabaq lah.

Friday, August 16, 2013

Hukum solat Jumaat bg yg musafir

Assalamualaikum kwn2 sume... dh berhabuk dah blog ni.. lama bebenau tak update... setelah sekian lama... hr ni akhirnya... aku nk update sstu... nak share la kiranya... org kata sharing is caring.... byk la bnde nk d ceritakn... tp.. ada satu kisah yg mmg menarik minat aku...

Alkisahnya berlaku masa raya.. raya ke 2 iaitu raya yg jatuhnpd hr Jumaat... tersebut lah alkisah... di mana ada lah tetamu yg dtg ke rumah nenda ku... tetamu nya terdiri drpd beberapa org perempuan dn lelaki... Tetamunya hadir d saat org sedang mengerjakan solat Jumaat.... lalu... terdetik d hati ini.. yg lelaki2 ni sume x solat Jumaat ke?

Kemudian.. aku biarkn persoalan itu bermain d minda.. berkirankira utk bertanya tp x tahu pd siapa... rupa2nya.. bkn aku shja yg bermonolog... makcik ku juga begitu... setelah tetamu pulang... pakcik2 ku juga pulang dr solat Jumaat.... kebiasaan utk keluarga kami.. raya ke 2 pastinya kami akn berkumpul ramai2 dn berkonvoi lbh kurg 5 buah kereta yg besar2 dn penuh utk ke Muar...

Sedang asyik yg lain bersiap2... aku terdengar suatu perbualan...

Makcik: abg... boleh ke org lelaki yg bermusafir x solat Jumaat?

Pakcik: begini... kalau org itu bermusafir sblm Subuh lg.. maka dia x d wajibkn solat Jumaat... (kiranya boleh jama' mcm biasa lah).... akn tetapi... jika org yg musafir itu bermusafir slps solat Subuh (maksudnya.. bertolak keluar dr rumah after Subuh) maka dia perlu lah berhenti d mana2 masjid utk mngerjakan solat Jumaat... berdosa jika di tingglkn solat Jumaat itu...

* pnjg lebar pakcik ku menerangkn pd isterinya... aku yg trut sama pasang telinga mengangguk tnda memahami...

Ok.. tu je yg aku nk share... happy holidays... *cuti sem masih berbaki lg seminggu sblm mneruskn tugasan dn sblm start new sem...

#sem baru yg pnuh cbrn dn memerlukn commitment yg tggi... adiosss...

Friday, May 10, 2013

3 golongan manusia di dunia

assalamualaikum... dh sebulan lbh rupanye x update blog... buzy dgn dunia.. kdg2 perlu juga ambil sedikit masa utk tmbh ilmu akhirat... sedikit perkongsian utk kali ini adalah ttg 3 golongan manusia yg wujud kt dunia ni... nk tahu siapa dia?? jom kita selogkarrrrrr..... 

1. golongan yang hidup hanya utk dunia semata-mata... mereka hidup mjd hamba dunia.. mgejar kekayaan, duit, harta dgn tipu helah mereka.. mereka x percaya akan kehidupan di akhirat.. bg mereka dunia adalah segala-galanya...


#þqä9$s%ur ÷bÎ) }‘Ïd žwÎ) $oYè?$uŠym $u‹÷R‘‰9$# $tBur ß`øtwU tûüÏOqãèö7yJÎ/ ÇËÒÈ


29. dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup Yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati".    (surah al-An'am 6:29)

(#qä9$s%ur $tB }‘Ïd žwÎ) $uZè?$uŠym $u‹÷R‘‰9$# ßNqßJtR $u‹øtwUur $tBur !$uZä3Î=ökç‰ žwÎ) ã÷d¤$!$# 4 $tBur Mçlm; y7Ï9ºx‹Î/ ô`ÏB AOù=Ïæ ( ÷bÎ) öLèe žwÎ) tbq‘ZÝàtƒ ÇËÍÈ

24. dan mereka berkata: "Tiadalah hidup Yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah Yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.      (Al-Jaatsiyah 45:24)

2. golongan yang telah hilang pedoman... mereka yang hidup dlm keadaan terumbang ambing, berada dlm kesesatan... biasanya, golongan ini percaya akan kewujudan Allah, mereka buat juga amal kebaikan tp x ikhlas... mereka buat sbb nk sedapkn hati mereka.. mereka x pernah nmpk hubungan antara amal kebaikan di dunia dgn kehidupan di akhirat. golongan ni kira baik cket la dr golongan sebelum ni..


3. golongan yang menganggap dunia sbg ladang tanaman, dn akhirat adalah tmpt menuainya.... golongan ini sedar dn faham ttg hakikat hidup yang cuma sementara dan akhirat adalah tmpt yg kekal selamanya... mereka tahu nilai akhirat berbanding dunia... golongan ini adalah golongan yg benar2 beriman pd Allah dn hari akhirat... dunia di jadikan sbg tmpt cucuk tanam utk dituai di akhirat kelak... semua yg dilakukan adalah ikhlas LILLAHI TA'ALA...

$tBur äo4qu‹ysø9$# !$uŠ÷R‘$!$# žwÎ) Ò=Ïès9 ×qôgs9ur ( â‘#¤$#s9ur äotÅzFy$# ׎öyz tûïÏ%©#Ïj9 tbqà)­Gtƒ 3 Ÿxsùr& tbqè=É)÷ès? ÇÌËÈ

32. dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?        (surah Al-An'am 6:32)

kita dlm golongan yang mana?? tepuk dada tanya iman.. #muhasabah diri

Saturday, March 30, 2013

Nota Hati

Assalamualaikum.. lama dah tak berkongsi cerita sendiri kt lmn blog ni.. hari ni terasa mcm nk kongsi pengalamn sdkit kt cni... cume sdkit pglmn tika kecil2 dlu.. smoga ia mmpu memberi sdkit pengajarn.. 

cuti sem yang lalu.. mcm biasa lah kn.. bila cuti, konfem lah blik kampung.. aku balik la ke kmpung hlmn.. x de lah kampung mana pun.. tp kat situ lah tempat tumpah darahku.. dulu masa aku kecik2, aku sgt nakal... jd bila balik kampung, teringat lah zaman2 kenakalan aku.. bila blik cuti, aku g padang a.k.a tmn permainan.. perhatikn anak2 kecil bermain... *aku ni mmg jenis yg suka memerhatikn org..

then, dlm duk perhatikn anak2 tu, ada yg mlutnya sgt lancang.. pggil org dgn gelaran bab!... terimbau kisah lama.. sbb dlu aku kecik2 pun.. mlut aku sgt2 lancang.. klo setakat perkataan s!al tu.. mmg biasa meniti d bibir.. cel@ka la.. b0do# la.. mcm2 lg la.. mmg kasar... then aku terpikir, sejak zmn aku smpai laaa ni..keadaan x berubah... ia ttp wujud.. nk slhkn siapa? didikn ibu ayah? faktor sekeliling? tepuk dada tanya iman.. then terpikir lg, bgaimana pula keadaan generasi akn dtg? adkh ia akn tetap sama, makin baik atau makin teruk? kita yg akn mencorakkan generasi akn dtg... 

namun percaya lah.. anak2 kecil ini mampu berubah mnjd baik jika di didik dgn betul.. dgn penuh kasih syg.. ksh syg sbnrnya mempunyai kuasa... kuasa yg luar biasa.. jika anak2 d beri kasih syg secukupnya oleh ahli keluarga, mereka x kn mencari kasih syg dr org luar.. org luar yg mungkin akn mengambil kesempatan ke atas mereka.. anak2 jika di didik, d belai, dn di sayangi, mereka akn rasa lbh di hargai... kalau perasan, ank2 yg sebegini akn slalu kongsi mslh dgn kluarga sbb mereka tahu mereka slmt bila bersama kluarga.. 

tp, reality skrang jauh berbeza.. ibu ayah sibuk bekerja.. tinggalkn ank dgn penjaga.. kdg2, biarkn ank terkontang-kanting.. mereka akn belajar hidup dr persepsi yg slh.. mereka akn melihat sekeliling dn ikut je apa yg berlaku d sekeliling mereka.. jika x d bimbing, mereka akn hanyut.. hanyut dek tipu daya dunia... 



jadi, aku nk nasihatkn, bantulah mereka.. anak2 bangsa yg akn mnjadi peneraju negara... mereka mampu berubah... aku yakin itu... sbb aku sdri pernh begitu suatu masa dahulu.. mmg perit.. mmg sukar utk berubah.. tp alhamdulillah.. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utkku.. Dia hadirkn dlm hidupku insan2 yg mampu mngajak aku ke jalnNya... pengaruh kwn mmg sgt2 mempengaruhi hidup seseorg.. tu sbb kita d sarankn utk berkwn dgn org2 yg baik.. tp tak bermaksud, kita biarkn org2 yg tak baik.. pulaukn mereka.. tidaak sama sekali.. bkn itu yg Nabi kita sarankn.. tp.. bantulah mereka... bantu mereka agar mereka juga mmpu jd lbh baik.. biar kita sama2 dpt masuk ke SyurgaNya.. (bkn stkt menunggu d pintu Syurga)..

k.. thats all coretan kali ni.. nk kene smbung study... moga perkongsian kali ini dpt beri sdkit manfaat... 

nk bg ucpn istimewa utk achik Yana.. slmt Hari Lahir.. hr ni hr lahir achik.. Pak Mat pun masih d Msia.. moga bhgia hingga ke syurganya... *bhagia bila melihat org yg kita syg tersenyum gembira ^__^

Tuesday, March 26, 2013

Apa itu Suntikan Vitamin K?


Apa itu Suntikan Vitamin K?


Kenapa perlu diberikan kepada Bayi Yang Baru Lahir?

Sebenarnya, vitamin K sangat penting dalam proses pembekuan darah. Bila badan kekurangan Vitamin K, badan kita mudah mengalami pendarahan.

Sebahagian kecil bayi,lebih kurang 1 daripada 10000 kelahiran akan mengalami Masalah Pendarahan Akibat Kekurangan Vitamin K semasa lahir. 1 bayi daripada 10 000 kelahiran ini dianggap 'Berisiko Tinggi'.

Secara normalnya, kandungan Vitamin K di dalam badan bayi memang sedikit rendah, dan bayi hanya mendapat sedikit Vitamin K daripada tali pusat dan juga sedikit daripada Susu Ibu.

Vitamin K boleh dihasilkan secara semulajadi di dalam badan dan juga dihasilkan oleh bakteria di dalam usus kita. Tetapi bagi bayi yang baru lahir, saluran pencernaannya masih bersih (belum ada bakteria semulajadi) jadi Vitamin K tidak dapat dihasilkan.

Organ Hati pula sebagai tempat memproses Vitamin masih belum berfungsi sepenuhnya untuk terutama bagi bayi pramatang, ataupun bayi belum cukup bulan.

Bayi yang mengalami masalah Kekurangan Vitamin K yang teruk berisiko mengalami pendarahan. Pendarahan boleh berlaku pada kulit, hidung, mata dan saluran pencernaan. Tandanya kita boleh lihat melalui muntah dan najis yang hitam, bayi kelihatan pucat, pendarahan yang berterusan di tempat suntikan. Ada pendarahan juga berlaku secara spontan tanpa sebab.

Yang paling serius adalah pendarahan di dalam otak yang boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda seperti sakit kepala, muntah tiba-tiba, menangis terus menerus, ubub-ubun membesar menonjol, kejang sehingga separuh sedar.

Pendarahan otak ini boleh menyebabkan kecatatan dan juga membawa kematian.

Oleh itu, untuk mengurangkan risiko kematian akibat kekurangan Vitamin K ini. Suntikan Vitamin K terus diberikan semasa bayi dilahirkan.


Apa yang menyebabkan Kekurangan Vitamin K ? Bayi yang berisiko tinggi megalamai masalah pendarahan ini adalah bayi pramatang, lahir tidak cukup bulan, bayi yang lahir dari ibu yang mengambil ubat anti-vitamin K seperti ubat anti kekejangan dan juga ubat penyakit TB.

Bayi yang diberikan antibiotik berpanjangan (kerana antibiotik turut membunuh bakteria normal di dalam usus), bayi yang mengalami cirit-birit berterusan dan juga bayi yang mengalami masalah penyerapan.

Bayi yang hanya bergantung dengan susu ibu juga mempunyai risiko kekurangan vitamin K.Tetapi, manfaat Susu Ibu jauh lebih besar dan tetap menjadi pilihan terbaik untuk bayi.

Akhir kata, adalah normal bayi anda diberikan suntikan Vitamin K. Hasil kajian dan carian maklumat saya, Di Malaysia, suntikan Vitamin K yang digunakan dihasilkan oleh Syarikat Tempatan yang banyak mengeluarkan ubat-ubatan halal.

Tiada keraguan untuk benarkan bayi anda diberikan suntikan Vitamin K semasa lahir.

 
*SHARE FROM WHAT I GET FROM MY EMAIL..

subscribe from: 

Abd Rahman Baco
Admin
Halal Science


P/S: Jika anda belum memiliki buku "Halalkah Ubat Anda?".
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai buku "Halalkah Ubat Anda?" di laman web www.halalscience.com

maklumat lanjut. anda boleh layari laman web: suntikan vit K meningkatkan risiko leukaemia??  http://drzubaidi.com/blog/?p=1545
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...