''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........
Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

Syabab Musafir Kasih

LELAKI....

Dulu.....
Bila di sebut LELAKI,
Wanitanya mendongak megah,
LELAKI kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini.....
Bila di sebut LELAKI,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu....
Bila di sebut LELAKI,
Wanitanya tenang di hati,
LELAKI kami menjaga, melindungi,
Kini....
Bila disebut LELAKI,
Wanitanya mahu cabut lari,
LELAKI khianat, perogol bersiri.

Dulu...
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini....
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
LELAKI tunduk tak bertenaga.

Dulu....
Bila wanita di bawah jagaannya,
LELAKI memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini....
Bila wanita di bawah jagaannya,
LELAKI tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya di biar bebas binasa.

.................................
.................................
-dipetik dr sebuah buku karangan Fatimah Syarha berjudul SYABAB MUSAFIR KASIH-

Sebuah cerita meruntun jiwa.... sarat dgn pengajaran.... nak tahu kisahnya... boleh beli buku ni...

Monday, October 10, 2011

Rama-Rama vs Wanita

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya...

Tanyalah kepada sekalian lelaki. Sudah pasti mereka mengimpikan wanita yang solehah.. Wanita yang mampu menjadi suri dalam hidupnya suatu hari nanti. Wanita yang mampu mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang baik didunia mahupun akhirat.. Perumpamaan wanita yang suci bersih ibarat kita ke kedai jam untuk membeli jam.. Ada 2 jenis jam. Satu yang diletakkan diluar tanpa sebarang kaca pelindung, manakala yang satu lagi diletakkan didalam sebuah kotak berkaca kemudian dibaluti lagi kotak itu dengan kotak yang lain. Jam mana yang akan kita ambil?? Sudah pastilah jam yang masih elok dan belum terusik itu.. Begitulah ironnya.. Sudah pasti lelaki akan lebih tertarik pada akhlak dan penampilanmu.. Oleh itu peliharalah maruah dan agamamu.. Moga kalian semua menjadi isteri dan wanita yang taat pada perintah Allah dan suami suatu hari nanti...
Menjadi yang lebih baik lebih utama dari mencari.....

~Wallahualam~

Saturday, August 20, 2011

Betul Ke... Wahai Wanita??


Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini.

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stoking pun kena pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
konfem tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jerrr.
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit, nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki, selamber jerr
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jerr
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul, cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yang paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jerrr cari yang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki


hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adil… kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.
Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

kesian kan dekat perempuan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil


persoalannya sekarang?

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "
(hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan?

Wahai wanita, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahya. Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.


Ya Allah !!


Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami akan jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami.
Aminn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...