''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Friday, May 18, 2012

Kisah bau KASTURI dan ZINA.

bismillahirrahmannirrahim.. apa khabar semua?? just nak share sebuah cerita yg aku terbaca td.. agak menarik... lalu aku copy n paste.. 



Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^

Assalamu'alaikum. Jika anda suka mana2 gambar ataupun ayat dalam page ni.. Silalah copy ,tag ataupun share..tidak perlu minta izin kerana ilmu ini semua datangnya dari Allah..




Antara amalan yang disuruh oleh Islam untuk menjauhi zina, bermula dengan asas seperti di bawah:

1) Bila mandi pada waktu petang atau malam, pastikan mandi dengan air sejuk. Kalau tak mandi, korang basuh jer kemaluan tu dengan air sejuk.
2) Amalkan bersukan atau melakukan aktiviti lasak pada siang hari supaya bila malam penat terus tidur tak fikir bukan-bukan dah.
3) Makanan - elakkan minuman seperti tongkat ali, kopi, teh dan kacip fatimah atau makan daging pada waktu malam.
4) Posisi ketika tidur mengawal nafsu seks - elakkan bantal peluk, tidur seperti sunnah rasullullah iaitu tidur di lambung kanan.
5) Akhir sekali berdoa supaya sentiasa dijauhkan zina. Doa adalah senjata mukmin.

Apa yang Islam gariskan memang ada sebab musababnya, yang kadang-kadang tak dapat diterima dek akal dan kita menafikannya. Terpulanglah jalan mana yang kita pilih. Aku pilih syurga..korang?

Tuesday, May 15, 2012

aku yang LEMAH

Bismillahirrahmannirrahim...
aku mulakan entry ku kali ini dgn Kalamullah sbg pembuka bicara...
aku tak tahu nak taip apa.. nk gmbarkn cmne sdhnye perasaan aku kali ini..

aku rasa bidang yg aku ceburi, bkn bidang aku..
org kata, klo amik bdg professional, kita kne think n act professionally..
the question si.... do i am professional or can i act professionally??
maybe i can...  but now... what am i supposed to do right now???
orang kata, success is not a destination, but its a journey...


yeah.. its right... tp.. ia bukn perjalann yg mudah...
bukan jalan yg dah di tar.. dan bkn juga lebuh raya yg lurus...
tp ia jalan yg penuh berliku.. penuh cabaran dan dugaan..
penuh rintangan, onak dan duri.. or mungkin tsunami juga..
adakah kita mampu melepasinya???? adakah kita mampu menghadapinya??

entahla.. aku sendiri tiada jawapnnya.. 
aku sendiri tak temui jalan nya..
aku sendiri tak mampu menghadapinya....
klo aku tak menjumpai jalan itu, 
andai aku tak mampu mengharungi nya sendirian.............
ADA KAH ORANG YANG SUDI
MENGHULURKAN TANGAN....MEMIMPIN AKU...
UNTUK SAMA2 MENGGAPAI IMPIAN???

sesungguhnya aku juga insan yg lemah..
i dont know what am i supposed to do..
should i just go on with what i have do now??
or maybe i need to turn back to start my new life???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...