''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Friday, August 8, 2014

Puasa sunat syawal vs puasa ganti???

Setiap kali Syawal.. pastimada persoalan ttg boleh kah kita mnggabungkan puasa sunat Syawal dgn puasa gnti (qadha')...

Setakat apa yg sy fhm melalui pembancaan sy drpd blog2 ustaz sperti blog ustaz Zaharuddin ngn ustaz Izhar.... sbnrnya tak boleh menggabungkan puasa enam ngn qadha'... sbb nya.. klo di fikirkn.. mana mungkin boleh di gabunggkan sesuatu yg wajib dgn sesuatu yg sunat... contohnya solat... mana boleh gabunggkn solat wajib ngn solat sunat... ada x apa2 perkara wajib yg di gabunggkan dgn perkara sunat dn di benarkn dlm Islam?? Setahu sy, tak de (setakat yg sy pelajari.... ilmu sy juga masih cetek)...

Nk lebih faham dn jelas lg apa yg sy perkatakn, leh pergi ke link di bawah.. ustaz Zaharuddin menerangkan lebih perinci ttg isu ini..

http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/182-puasa-ganti-syawal-a-ziarah-raya.html

Wallahu'alam...

Wednesday, August 6, 2014

Syabab Musafir Kasih

LELAKI....

Dulu.....
Bila di sebut LELAKI,
Wanitanya mendongak megah,
LELAKI kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini.....
Bila di sebut LELAKI,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu....
Bila di sebut LELAKI,
Wanitanya tenang di hati,
LELAKI kami menjaga, melindungi,
Kini....
Bila disebut LELAKI,
Wanitanya mahu cabut lari,
LELAKI khianat, perogol bersiri.

Dulu...
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini....
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
LELAKI tunduk tak bertenaga.

Dulu....
Bila wanita di bawah jagaannya,
LELAKI memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini....
Bila wanita di bawah jagaannya,
LELAKI tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya di biar bebas binasa.

.................................
.................................
-dipetik dr sebuah buku karangan Fatimah Syarha berjudul SYABAB MUSAFIR KASIH-

Sebuah cerita meruntun jiwa.... sarat dgn pengajaran.... nak tahu kisahnya... boleh beli buku ni...

Friday, March 28, 2014

al-Kahfi... mudah je....

cara mudah nk baca Surah al-Kahfi.....

split masa jadi tiga,waktu bila?
1. lpas Mghrib (hr Khamis malam Jumaat): baca ayat 1 smpai ayat 31... Sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain,nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung. sempat kot nak baca before di panggil utk makan mlm...
2. lpas Isya'... sambung la ayat 32 smpai 59... Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu... kalau mampu and ada masa free... x tahu nk buat apa... sambunglah lg dr ayat 60 smpai 82... Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir...
3. lpas Subuh hari Jumaat tu.. leh la habiskan ayat 83 sampai 110... tak de la byk sgt... Ayat 83 tu start dengan kisah Zulkarnain...

Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat

( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”
(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”
(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda:
“ sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”
dan
Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”
Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.
Wallahua’alam

more info on AL-KAHFI... click here.....---> http://fuh.my/kelebihan-membaca-surah-al-khafi-pada-hari-jumaat/ 

Thursday, March 20, 2014

rational pemberian Harta.... lelaki vs perempuan...

Assalamualaikum.... stelah lama x meng'update'... hri ni rasa terpanggil nk berceloteh sesuatu...

Recently... sy ada dgr lgu Gadis Jelebu by W.A.R.I.S ft. Hattan... try lah search some meaning of the language yg x brapo nk paham... almaklumla.. lgunya bhasa org nogori... negeri sy berjiran dgn negeri 9.. xde le paham sgt loghat org nogori ni...

Tp kn... bila di amati lgu ni... ada lirik dia yg mngtakn cmni...

"Lepas cerai... sume harta jd milik dia..jgn salah anggap.. mngapa lebihkn perempuan... sbb lelaki boleh hidup klo cmpk dlm hutan..."... ikut logiknya mmg begitu lah kn... itu just ikut logik manusia je...

Tp tahu x... Allah punya perancgn Maha Hebat... terfikir tak knapa.. dlm Islam... harta lbh byk d berikn kt lelaki drpd prempuan?... knapa??

Sbb.. lelaki ni ada byk tanggungan.. nk kne tanggung ibu ayah.. nk kne tanggung anak bini... nafkah lg... yg tu wajib... cuba bygkn kalau sume harta jd milik perempuan.... habis sume harta dia joli.. g shopping... (mmg nature perempuan suka shopping).. isteri xde tanggungan... sbb sumenye suami yg tanggung... so... mna better? Mana lbh logik? Klo bg lelaki... ia d gunakn utk kperluan.. klo bg perempuan... ia ikut kehendak...  kn membazir je namanya tuh...

Ok... tu je nk kongsi.. x nk ckp byk2... t korg mlas nk bca... ehh.. ada ke org yg bca... entahla.. apa pun... ini ilmu.. d sebarkn ilmu... dpt pahala insyaAllah...

-wassalam-adioss-

Sunday, January 12, 2014

Allah Maha Adil...

PEREMPUAN di uji di DUNIA,, 
Kena pakai TUDUNG ... 
Kena pakai STOKIN ... 
Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA
Kena banyak FITNAH ... 
Kena TAAT perintah SUAMI ...
Kena menjaga MARUAH DIRI ...
Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS... Di AKHIRAT,,
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ...

LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia,, Tidak payah pakai TUDUNG...
Tidak payah pakai STOKIN...
AURAT senang di jaga ..
Tidak risau dengan FITNAH...
MUDAH nak buat apa sahaja ..
Tapi di AKHIRAT,,
Tanggung dosa DIRI SENDIRI ..
Dosa ISTERI ...
Dosa ANAK-ANAK ..
Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat ..
Dosa tidak beri NAFKAH ...
Dosa tidak menjaga PANDANGAN ...
Dosa ADIK-ADIK...
Dosa sesama MANUSIA .
Dosa tidak SOLAT...
SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan di tanya TANGGUNGJAWAB mereka di BUAT atau TIDAK di DUNIA...

Perempuan & Lelaki diuji didunia

LELAKI dan PEREMPUAN masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL .. Janganlah kita MERUNGUT dan TIDAK REDHA atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ...
Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH CIPTAKAN ... AMIN .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...