''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Friday, September 23, 2011

hakikat hidup ini


Terima kasih kerana ada yang mengingatkan saya untuk terus menulis. Sebenarnya baru-baru ini saya agak sibuk kerana baru memulakan kehidupan sbg pelajar di slh sebuah university di Malaysia.. bkn senang sbnrnye.. apatah lagi duduk di tempat yg agak asing bg diriku.. jauh dari parents.. dan akn mjd semakin buzy apabila semua kelas, kuliah, lab dan tutor bermula...

Tetapi itulah hakikat kehidupan; kesibukan sentiasa ada, ketenangan dan keluh kesah silih berganti, suka dan duka menghiasi setiap simpang dan liku-liku hidup. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari dari semua ini. Sedar ataupun tidak kita kadang-kadang tewas dengan ujian yang kecil sedangkan kita pernah gagah berdepan dengan ujian yang lebih berat sebelumnya. Kita pernah kecewa dengan bebanan yang ringan sedangkan kita begitu tabah berdepan dengan bebanan yang berkali ganda lebih hebat diwaktu silam.

Jadi apa yang menyebabkan kita kadang-kadsang kuat dan kadang-kadang lemah. Kita sebenarnya lemah apabila jiwa kita kecil dan kita kuat ketika jiwa kita besar. Inilah hakikat kehidupan kita; yang hidup dan mati itu adalah jiwa kita, yang kuat atau lemah itu adalah jiwa kita.

Manusia sering memenuhi keperluan fizikal atau jasadinya tetapi jiwanya sering dilupakan. Jiwa kita sebenarnya memerlukan makanan dan pengisian lebih tinggi berbanding keperluan jasadi kita. Kita mungkin pernah baca kisah-kisah kekuatan jiwa manusia; ada yang terperangkap dalam gua berminggu-minggu tetapi masih hidup, ada yang tersesat di hutan berbulan-bulan tanpa makanan yang cukup tetapi masih boleh meneruskan kehidupannya walau serba lemah tetapi disudut dunia yang lain ada yang mati tergantung di dalam biliknya sedang kemewahan menyelimuti kehidupannya.
Apakah yang membezakan manusia-manusia ini? Tentunya jiwa mereka. Bagi yang berjiwa besar mereka kan sanggup berdepan dengan apa saja cabaran tetapi bagi yang berjiwa kecil kadang terkurung dalam dunia yang sempit dan penuh kekecewaan. Ada yang masih terselamat ketika berdepan dengan musibah yang besar tetapi ada juga yang mengorbankan dirinya bagi sesuatu yang remeh dan murahan.


Ketika Islam berkembang sampai ke Andalusia, pernah suatu hari gabenor Islam memanggil ketua paderi di daerah tersebut. Gabenor Islam tadi bertanya kepada paderi tersebut kenapa mereka tidak bangkit menentang sedangkan tanhair mereka dijajah oleh tentera Islam. lalu balas Paderi tadi "Disebabkan kami telah diadili dengan sebaik-baiknya dan kami tidak pernah sekalipun dizalimi oleh tentera kamu maka kamu berhak mendapat jawapan yang betul" Paderi itu meneruskan lagi "Kami tidak bangkit menentang kerana kekuatan prinsip (keteguhan jiwa) yang ada pada tentera kamu. Dengan kekuatan yang kamu miliki ini, walaupun kami mempunyai tentera yang ramai, kami tetap akan kalah, walaupun kamu memiliki senjata yang lebih baik pun kami akan kalah. Oleh itu kami akan tunggu hingga tentera kamu dijangkiti cinta dunia, berebut pangkat dan kekuasaan, pada masa itulah kami akan bangkit menentang."

Jadi apa yang menjadikan kita kuat dan lemah, apa yang menjadikan kita tabah dan kecewa dan apa yang menjadikan kita tenang dan keluh kesah? Oleh itu binalah kekuatan jiwa kita agar kita memandang kecil dan ringan segala cabaran yang akan kita depani, isilah jiwa kita dengan keyakinan dan prinsip agar kita kan tetap berdiri teguh menghadapi ujian hidup.

InsyaAllah di kesempatan lain kita akan berbincang bagaimana membina kekuatan jiwa.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...