''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Monday, November 28, 2011

CIRI-CIRI TAMADUN YANG PERLU ADA DALAM DIRI SETIAP PELAJAR

Hari nie, aku nk kongsi sikit ttg tajuk assgment TITAS yg aku kene buat.. nie adalah isi pertama dr 4 isi yg aku ada.. cukuplah sbg perkongsian bsama.. insyaAllah, ada masa, aku update lg... tp try la baca dulu...


Tamadun merupakan satu peningkatan pembangunan dan kemajuan kepada seorang pelajar. Dalam pembangunan, generasi muda atau mahasiswa tidak pernah luput atau tidak boleh dipisahkan kerana mereka saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Mahasiswa harus berperanan aktif dalam pembangunan dan kemajuan tersebut. Namun begitu, jika dilihat dengan keadaan semasa, adakah pelajar atau mahasiswa sekarang mampu untuk membangunkan masyarakat dan negara pada masa akan datang jika mereka masih leka dek kemajuan yang ada?
Dalam perkembangan dunia sekeliling, ilmu pengetahuan kini menjadi modal kehidupan yang amat berharga. Nilai ilmu itu sendiri adalah merupakan asas dalam mewujudkan suasana kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa yang maju adalah bangsa yang berilmu. Kemajuan tidak mungkin akan dicapai tanpa pencapaian ilmu yang tinggi. Justeru generasi muda terutamanya pelajar tidak boleh tertinggal dan terpengaruh dengan gejala yang hanya menyekat kemaraan bagi meneruskan pencarian ilmu. Ilmu itu perlu dicari dan difahami dengan sebaiknya. Ilmu itu tidak akan bermakna jika ia tidak disertakan dengan pemahaman yang mendalam mengenainya.
Mengapakah kita memerlukan generasi yang berilmu, kerana dalam melaksanakan setiap perubahan dan menangani perkembangan semasa, ilmu berperanan sebagai pengimbang dalam memberikan panduan kehidupan. Tanpa ilmu pengetahuan yang disertai dengan pemahaman tidak mungkin kita dapat perolehi sesuatu perubahan dan pembaharuan yang lebih baik dan sempurna. Kepentingan memiliki ilmu amat dituntut dalam Islam dan telah disampaikan melalui wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad S.A.W iaitu:

Dalam era pembangunan yang semakin pesat membangun, amat mendukacitakan apabila terdapat pelajar atau lebih tepat lagi digelar remaja, semakin hanyut. Mereka lebih mengagung-agungkan budaya luar yang jelas telah menyalahi agama. Mengapa ini terjadi? Sebab yang paling utama adalah iman yang rapuh. Iman yang sepatutnya menjadi benteng daripada melakukan kemaksiatan telah dipinggirkan. Remaja kini lebih gemarkan hiburan, lebih berbangga membuat kemaksiatan daripada melakukan kebaikan. Bayangkanlah, jika gejala ini berterusan, apa yang akan berlaku pada masyarakat dan negara kita pada masa akan datang, sedangkan mereka ini merupakan pewaris yang diharapkan dapat memimpin generasi akan datang. Gejala sosial yang semakin meruncing ini boleh memusnahkan sesebuah tamadun.
Ketahuilah, walau sehebat mana sekalipun sesuatu tamadun itu mampu terbina, ianya boleh musnah dalam sekelip mata di masa hadapan, jika pewaris kepada ketamadunan tersebut merupakan golongan yang bermasalah. Realiti menunjukkan bahawa golongan remaja merupakan aset yang amat penting dalam meneruskan kesinambungan sesuatu tamadun manusia untuk terus berkembang dan terus megah berdiri. Namun, dari sudut realiti yang lain, khususnya di zaman ini, rata-rata tamadun manusia mengalami suatu krisis pewaris ketamadunan yang cukup membimbangkan. Dari timur hinggalah ke barat, tamadun manusia seolah-olah mengemis simpati agar golongan pewarisnya dapat memperbaiki keadaan diri mereka demi kebaikan yang lebih besar.
Jika sebahagian besar golongan remaja terjerumus ke dalam kancah kemusnahan, bagaimanakah kita mampu untuk mengimpikan sebuah tamadun yang lebih gemilang di masa hadapan. Hal ini bukan sahaja perlu disedari oleh golongan dewasa dan golongan tua, tetapi golongan remaja dan pemuda juga perlu menyedari hakikat ini. Ini adalah kerana golongan muda dan remajalah yang akan menjadi penghuni kepada tamadun masa hadapan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...