''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Tuesday, January 18, 2011

ILMU lebih baik daripada HARTA

ilmu vs harta... yang mana anda pilih??


*      Ilmu diwariskan oleh para Nabi dan harta diwariskan oleh Qarun dan Firaun
*      Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta kekayaan akan makin berkurang apabila dibelanjakan , kecuali harta yang dimanfaatkan di jalan Allah
*      Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta perlukan perlindungan pemiliknya
*      Ilmu dan harta dimiliki oleh orang yang beriman dan orang yang tidak beriman, manakala ilmu yang membawa kepada kenal dan takut Allah hanya dimiliki oleh orang yang beriman
*      Ilmu dan amal akan membantu pemiliknya meniti sirat
*      Manusia sentiasa memerlukan alim ulama yang boleh menunjukkan jalan yang lurus, manakala oraang kaya tidak selalunya diperlukan oleh masyarakat
*      Ilmu yang dimanfaatkan (amal jariah) dapat menemani hingga ke liang lahad, harta pula akan segera berpisah daripada si empunya setelaah roh terpisah dari badan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...