Pernah tak kita bayangkn kita cipta sebuah robot spt manusia,kemudian kita arahkan dia buat kerja-kerja..
kita masukkan cip didalamnya.. Bila terlalu banyak memori yang menjadikannya kelihatan hebat,dia berasa HEBAT bahkan lebih dari tuannya..Dia rasa berKUASA..Lepas tu,robot yg kita cipta tu lawan cakap kita,TAK ikut perintah & kehendak kita..Dia kata, AKULAH YANG PALING BERKUASA , lebih berkuasa daripada kau wahai penciptaku..
Sebagai org yg cipta robot tu, APA YANG KITA RASA???
Mesti kesal,marah,sedih,kecewa kan?? Ke tak de feeling?.. Rasa mcm nk hancurkan je robot tu...
Sekarang,cuba letakkan diri kita sbg robot,dan pencipta itu adalah ALLAH (Tuhan sbenar2 Pencipta)..
Kita rasa Allah buat apa bila kita lawan perintahNya? Langgar suruhanNya? Buat laranganNya?
Alhamdulillah..kita lahir dlm keadaan Islam..sedarlah bhw Allah xakan hukum,beri musibah& bala bencana,ujian,kesulitan kpd kita dgn saja2..
Sebab Dia Pencipta.. Dia Tahu apa yg terbaik utk hambaNya..Allah itu Maha Mengetahui..
Sedar x kita,sewaktu mengeluarkn perkataan yg boleh mensyirikkan Allah.. Allah msh belum ambil nyawa kita??
Sedar x kita,sewaktu kita kata kitalah yg berjaya buat itu buat ini, sdgkn Allah x prnh tarik balik nikmat yg Dia pinjamkn itu??
Sedar x kita,apabila kita melakukan sesuatu bkn keranaNya? Namun ,Allah msh mengingatkn kita dgn setiap perkara yg terjadi dsekeliling kita..
Sedar x kita,apabila kita melakukan dosa & jauh dariNya..tp Allah msh memberi peringatan melalui sahabat2 kita yg memberi nasihat pd kita???
Kalau kita sndiri TAK mahu menyedarkan diri sendiri,bila lg kita akan SEDAR??
Jadi,beringatlah sebelum terlambat..
Ya Allah.. ampunkan kami dikala kami berdosa, di kala kami leka dgn dunia..
Tegurlah & igtknlah kami disaat kami terupa akanMu..amiin
No comments:
Post a Comment