PENDAHULUAN
Berkata Hisyam bin Zaid
bin Anas bin Malik: Saya pernah mendengar Anas bin Malik berkat:
مَرَّ
يَهُودِىٌّ بِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: فَقَالَ السَّامُ عَلَيْكَ.
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه
وسلم: وَعَلَيْكَ. فَقَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: أَتَدْرُونَ مَا يَقُولُ قَالَ السَّامُ عَلَيْكَ.
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلاَ نَقْتُلُهُ قَالَ: لاَ ، إِذَا سَلَّمَ
عَلَيْكُمْ أَهْلُ الْكِتَابِ فَقُولُوا وَعَلَيْكُمْ
“Ada seorang Yahudi melewati Rasulullah s.a.w, lalu ia mengucapkan
‘as saamu ‘alaik’ (celaka engkau).” Rasulullah s.a.w lantas membalas ‘wa
‘alaik’ (engkau yang celaka). Rasulullah s.a.w lantas bersabda, “Apakah kalian
mengetahui bahwa Yahudi tadi mengucapkan ‘assaamu ‘alaik’ (celaka engkau)?”
Para sahabat lantas berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana jika kami membunuhnya saja?” Rasulullah
s.a.w bersabda, “Jangan. Jika mereka mengucapkan salam pada
kalian, maka ucapkanlah ‘wa ‘alaikum’.” (HR. Bukhari no. 6926)
SEBAB
WURUD HADIS (SEBAB TURUNNYA HADIS)
Hadis ini merujuk kepada suatu kejadian atau keadaan yang mana
orang Yahudi memberikan ucapan salam secara mainan dan sendaan dengan diubah
lafaz yang kedengarannya hampir sama, tetapi maksudnya amat berbeza.
Berdasarkan hadis di atas, yang menjadi penyebabnya adalah apabila
mereka memberi salam kepada Nabi s.a.w dan para sahabat mereka mengucapkan AS
SAAMU 'ALAIKA atau AS SAAMU 'ALAIKUM. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang
Islam. Sedangkan erti dari AS SAAMU adalah MATI atau Kematian. Oleh
karena itu Nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabat mencukupi menjawab salam
mereka dengan ucapan yang SAMA dengan apa yang telah mereka ucapkan iaitu WA'ALAIKA
atau WA'ALAIKUM saja iaitu ATASMU atau
ATAS KAMU JUGA KEMATIAN.
1] WAJIB JAWAB:
Setelah kita mengetahui sebab turunnya hadis tersebut, dapatlah
kita mengeluarkan hukumnya, kerana hukum itu beredar bersama 'illat (sebabnya),
maka apabila telah hilang 'illatnya dengan sendirinya hukum tersebut kembali
kepada asalnya iaitu kewajipan menjawab salam manusia sama ada muslim atau orang
kafir atau musyrik, apabila mereka mengucapkan salam kepada kita dengan SALAM
ISLAMI YANG FASIH iaitu AS SALAAMU 'ALAIKUM ( السلام عليكم ) atau dan dengan maksud menghormati kita dan bukan
dengan lafaz AS SAAMU seperti yang pernah diucapkan orang orang Yahudi kepada
Nabi Muhammad s.a.w dan para shahabat. Kerana 'illat atau sebab yang
menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w memerintahkan para shahabat untuk menjawab
salamnya orang Yahudi dengan jawapan WA'ALAIKUM atau WA'ALAIKA saja telah
HILANG atau tidak ada.
Sebagaimana perintah Allah di dalam al-Quran.
#sÎ)ur LäêÍhãm 7p¨ÅstFÎ/ (#qyssù z`|¡ômr'Î/ !$pk÷]ÏB ÷rr& !$ydrâ 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. 4n?tã Èe@ä. >äóÓx« $·7Å¡ym ÇÑÏÈ
86. dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu
ucapan hormat (huyyitum) (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan
itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang
sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
[Surah An-Nisaa’: ayat 86]
w â/ä38yg÷Yt ª!$# Ç`tã tûïÏ%©!$# öNs9 öNä.qè=ÏG»s)ã Îû ÈûïÏd9$# óOs9ur /ä.qã_Ìøä `ÏiB öNä.Ì»tÏ br& óOèdry9s? (#þqäÜÅ¡ø)è?ur öNÍkös9Î) 4 ¨bÎ) ©!$# =Ïtä tûüÏÜÅ¡ø)ßJø9$# ÇÑÈ $yJ¯RÎ) ãNä39pk÷]t ª!$# Ç`tã tûïÏ%©!$# öNä.qè=tG»s% Îû ÈûïÏd9$# Oà2qã_t÷zr&ur `ÏiB öNä.Ì»tÏ (#rãyg»sßur #n?tã öNä3Å_#t÷zÎ) br& öNèdöq©9uqs? 4 `tBur öNçl°;uqtFt Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbqßJÎ=»©à9$# ÇÒÈ
8. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku
adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan
tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang Yang berlaku adil.
9. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang
kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang Yang memerangi kamu kerana agama
(kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang
lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjadikan mereka teman
rapat, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.
[Surah Al-Mumtahanah: ayat 8-9]
Dalam menghuraikan ayat surah
al-Mumtahanah ini Sheikh Al-Albani (rahimahullah) menyebutnya dalam bentuk
qiyas; “Tidak syak lagi, jika seseorang di kalangan mereka memberi salam dengan
menyebut secara jelas as-salamu’alaikum, lalu kita menjawabnya sekadar
wa’alaika, adalah sesuatu yang tidak adil dan meninggalkan sikap baik. Ini
kerana kita menyamakan antara dia dengan orang yang mengucapkan as-saamu
‘alaikum (kemusnahan ke atas kamu). Inilah kezaliman yang nyata”.
Daripada fakta-fakta di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa menjawab
salam bukan Islam di zaman ini adalah satu kewajipan dari segi nas dan
tanggungjawab dakwah.
No comments:
Post a Comment