''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Tuesday, March 26, 2013

Apa itu Suntikan Vitamin K?


Apa itu Suntikan Vitamin K?


Kenapa perlu diberikan kepada Bayi Yang Baru Lahir?

Sebenarnya, vitamin K sangat penting dalam proses pembekuan darah. Bila badan kekurangan Vitamin K, badan kita mudah mengalami pendarahan.

Sebahagian kecil bayi,lebih kurang 1 daripada 10000 kelahiran akan mengalami Masalah Pendarahan Akibat Kekurangan Vitamin K semasa lahir. 1 bayi daripada 10 000 kelahiran ini dianggap 'Berisiko Tinggi'.

Secara normalnya, kandungan Vitamin K di dalam badan bayi memang sedikit rendah, dan bayi hanya mendapat sedikit Vitamin K daripada tali pusat dan juga sedikit daripada Susu Ibu.

Vitamin K boleh dihasilkan secara semulajadi di dalam badan dan juga dihasilkan oleh bakteria di dalam usus kita. Tetapi bagi bayi yang baru lahir, saluran pencernaannya masih bersih (belum ada bakteria semulajadi) jadi Vitamin K tidak dapat dihasilkan.

Organ Hati pula sebagai tempat memproses Vitamin masih belum berfungsi sepenuhnya untuk terutama bagi bayi pramatang, ataupun bayi belum cukup bulan.

Bayi yang mengalami masalah Kekurangan Vitamin K yang teruk berisiko mengalami pendarahan. Pendarahan boleh berlaku pada kulit, hidung, mata dan saluran pencernaan. Tandanya kita boleh lihat melalui muntah dan najis yang hitam, bayi kelihatan pucat, pendarahan yang berterusan di tempat suntikan. Ada pendarahan juga berlaku secara spontan tanpa sebab.

Yang paling serius adalah pendarahan di dalam otak yang boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda seperti sakit kepala, muntah tiba-tiba, menangis terus menerus, ubub-ubun membesar menonjol, kejang sehingga separuh sedar.

Pendarahan otak ini boleh menyebabkan kecatatan dan juga membawa kematian.

Oleh itu, untuk mengurangkan risiko kematian akibat kekurangan Vitamin K ini. Suntikan Vitamin K terus diberikan semasa bayi dilahirkan.


Apa yang menyebabkan Kekurangan Vitamin K ? Bayi yang berisiko tinggi megalamai masalah pendarahan ini adalah bayi pramatang, lahir tidak cukup bulan, bayi yang lahir dari ibu yang mengambil ubat anti-vitamin K seperti ubat anti kekejangan dan juga ubat penyakit TB.

Bayi yang diberikan antibiotik berpanjangan (kerana antibiotik turut membunuh bakteria normal di dalam usus), bayi yang mengalami cirit-birit berterusan dan juga bayi yang mengalami masalah penyerapan.

Bayi yang hanya bergantung dengan susu ibu juga mempunyai risiko kekurangan vitamin K.Tetapi, manfaat Susu Ibu jauh lebih besar dan tetap menjadi pilihan terbaik untuk bayi.

Akhir kata, adalah normal bayi anda diberikan suntikan Vitamin K. Hasil kajian dan carian maklumat saya, Di Malaysia, suntikan Vitamin K yang digunakan dihasilkan oleh Syarikat Tempatan yang banyak mengeluarkan ubat-ubatan halal.

Tiada keraguan untuk benarkan bayi anda diberikan suntikan Vitamin K semasa lahir.

 
*SHARE FROM WHAT I GET FROM MY EMAIL..

subscribe from: 

Abd Rahman Baco
Admin
Halal Science


P/S: Jika anda belum memiliki buku "Halalkah Ubat Anda?".
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai buku "Halalkah Ubat Anda?" di laman web www.halalscience.com

maklumat lanjut. anda boleh layari laman web: suntikan vit K meningkatkan risiko leukaemia??  http://drzubaidi.com/blog/?p=1545

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...