''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Saturday, March 30, 2013

Nota Hati

Assalamualaikum.. lama dah tak berkongsi cerita sendiri kt lmn blog ni.. hari ni terasa mcm nk kongsi pengalamn sdkit kt cni... cume sdkit pglmn tika kecil2 dlu.. smoga ia mmpu memberi sdkit pengajarn.. 

cuti sem yang lalu.. mcm biasa lah kn.. bila cuti, konfem lah blik kampung.. aku balik la ke kmpung hlmn.. x de lah kampung mana pun.. tp kat situ lah tempat tumpah darahku.. dulu masa aku kecik2, aku sgt nakal... jd bila balik kampung, teringat lah zaman2 kenakalan aku.. bila blik cuti, aku g padang a.k.a tmn permainan.. perhatikn anak2 kecil bermain... *aku ni mmg jenis yg suka memerhatikn org..

then, dlm duk perhatikn anak2 tu, ada yg mlutnya sgt lancang.. pggil org dgn gelaran bab!... terimbau kisah lama.. sbb dlu aku kecik2 pun.. mlut aku sgt2 lancang.. klo setakat perkataan s!al tu.. mmg biasa meniti d bibir.. cel@ka la.. b0do# la.. mcm2 lg la.. mmg kasar... then aku terpikir, sejak zmn aku smpai laaa ni..keadaan x berubah... ia ttp wujud.. nk slhkn siapa? didikn ibu ayah? faktor sekeliling? tepuk dada tanya iman.. then terpikir lg, bgaimana pula keadaan generasi akn dtg? adkh ia akn tetap sama, makin baik atau makin teruk? kita yg akn mencorakkan generasi akn dtg... 

namun percaya lah.. anak2 kecil ini mampu berubah mnjd baik jika di didik dgn betul.. dgn penuh kasih syg.. ksh syg sbnrnya mempunyai kuasa... kuasa yg luar biasa.. jika anak2 d beri kasih syg secukupnya oleh ahli keluarga, mereka x kn mencari kasih syg dr org luar.. org luar yg mungkin akn mengambil kesempatan ke atas mereka.. anak2 jika di didik, d belai, dn di sayangi, mereka akn rasa lbh di hargai... kalau perasan, ank2 yg sebegini akn slalu kongsi mslh dgn kluarga sbb mereka tahu mereka slmt bila bersama kluarga.. 

tp, reality skrang jauh berbeza.. ibu ayah sibuk bekerja.. tinggalkn ank dgn penjaga.. kdg2, biarkn ank terkontang-kanting.. mereka akn belajar hidup dr persepsi yg slh.. mereka akn melihat sekeliling dn ikut je apa yg berlaku d sekeliling mereka.. jika x d bimbing, mereka akn hanyut.. hanyut dek tipu daya dunia... 



jadi, aku nk nasihatkn, bantulah mereka.. anak2 bangsa yg akn mnjadi peneraju negara... mereka mampu berubah... aku yakin itu... sbb aku sdri pernh begitu suatu masa dahulu.. mmg perit.. mmg sukar utk berubah.. tp alhamdulillah.. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utkku.. Dia hadirkn dlm hidupku insan2 yg mampu mngajak aku ke jalnNya... pengaruh kwn mmg sgt2 mempengaruhi hidup seseorg.. tu sbb kita d sarankn utk berkwn dgn org2 yg baik.. tp tak bermaksud, kita biarkn org2 yg tak baik.. pulaukn mereka.. tidaak sama sekali.. bkn itu yg Nabi kita sarankn.. tp.. bantulah mereka... bantu mereka agar mereka juga mmpu jd lbh baik.. biar kita sama2 dpt masuk ke SyurgaNya.. (bkn stkt menunggu d pintu Syurga)..

k.. thats all coretan kali ni.. nk kene smbung study... moga perkongsian kali ini dpt beri sdkit manfaat... 

nk bg ucpn istimewa utk achik Yana.. slmt Hari Lahir.. hr ni hr lahir achik.. Pak Mat pun masih d Msia.. moga bhgia hingga ke syurganya... *bhagia bila melihat org yg kita syg tersenyum gembira ^__^

Tuesday, March 26, 2013

Apa itu Suntikan Vitamin K?


Apa itu Suntikan Vitamin K?


Kenapa perlu diberikan kepada Bayi Yang Baru Lahir?

Sebenarnya, vitamin K sangat penting dalam proses pembekuan darah. Bila badan kekurangan Vitamin K, badan kita mudah mengalami pendarahan.

Sebahagian kecil bayi,lebih kurang 1 daripada 10000 kelahiran akan mengalami Masalah Pendarahan Akibat Kekurangan Vitamin K semasa lahir. 1 bayi daripada 10 000 kelahiran ini dianggap 'Berisiko Tinggi'.

Secara normalnya, kandungan Vitamin K di dalam badan bayi memang sedikit rendah, dan bayi hanya mendapat sedikit Vitamin K daripada tali pusat dan juga sedikit daripada Susu Ibu.

Vitamin K boleh dihasilkan secara semulajadi di dalam badan dan juga dihasilkan oleh bakteria di dalam usus kita. Tetapi bagi bayi yang baru lahir, saluran pencernaannya masih bersih (belum ada bakteria semulajadi) jadi Vitamin K tidak dapat dihasilkan.

Organ Hati pula sebagai tempat memproses Vitamin masih belum berfungsi sepenuhnya untuk terutama bagi bayi pramatang, ataupun bayi belum cukup bulan.

Bayi yang mengalami masalah Kekurangan Vitamin K yang teruk berisiko mengalami pendarahan. Pendarahan boleh berlaku pada kulit, hidung, mata dan saluran pencernaan. Tandanya kita boleh lihat melalui muntah dan najis yang hitam, bayi kelihatan pucat, pendarahan yang berterusan di tempat suntikan. Ada pendarahan juga berlaku secara spontan tanpa sebab.

Yang paling serius adalah pendarahan di dalam otak yang boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda seperti sakit kepala, muntah tiba-tiba, menangis terus menerus, ubub-ubun membesar menonjol, kejang sehingga separuh sedar.

Pendarahan otak ini boleh menyebabkan kecatatan dan juga membawa kematian.

Oleh itu, untuk mengurangkan risiko kematian akibat kekurangan Vitamin K ini. Suntikan Vitamin K terus diberikan semasa bayi dilahirkan.


Apa yang menyebabkan Kekurangan Vitamin K ? Bayi yang berisiko tinggi megalamai masalah pendarahan ini adalah bayi pramatang, lahir tidak cukup bulan, bayi yang lahir dari ibu yang mengambil ubat anti-vitamin K seperti ubat anti kekejangan dan juga ubat penyakit TB.

Bayi yang diberikan antibiotik berpanjangan (kerana antibiotik turut membunuh bakteria normal di dalam usus), bayi yang mengalami cirit-birit berterusan dan juga bayi yang mengalami masalah penyerapan.

Bayi yang hanya bergantung dengan susu ibu juga mempunyai risiko kekurangan vitamin K.Tetapi, manfaat Susu Ibu jauh lebih besar dan tetap menjadi pilihan terbaik untuk bayi.

Akhir kata, adalah normal bayi anda diberikan suntikan Vitamin K. Hasil kajian dan carian maklumat saya, Di Malaysia, suntikan Vitamin K yang digunakan dihasilkan oleh Syarikat Tempatan yang banyak mengeluarkan ubat-ubatan halal.

Tiada keraguan untuk benarkan bayi anda diberikan suntikan Vitamin K semasa lahir.

 
*SHARE FROM WHAT I GET FROM MY EMAIL..

subscribe from: 

Abd Rahman Baco
Admin
Halal Science


P/S: Jika anda belum memiliki buku "Halalkah Ubat Anda?".
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai buku "Halalkah Ubat Anda?" di laman web www.halalscience.com

maklumat lanjut. anda boleh layari laman web: suntikan vit K meningkatkan risiko leukaemia??  http://drzubaidi.com/blog/?p=1545

Wednesday, March 6, 2013

sedekahkn pahala kpd arwah.. APA HUKUMNYA??

assalamualaikum.. salam ku hulur tanda ingatan... eh.. menyanyi pulak.. ok2.. straight to the main point... tgh2 blogwalking mncari sstu.. tp.. aku terjumpa sstu kenyataan... kenyataan di bwh ni aku copy paste dr blog tersebut... cumanya.. aku nk kn kepastian yg benar2 pasti.. mungkin aku perlu cari dn dalami lg ilmu2 agama agar aku lebih mdh nk amalkn tnpa ragu2.. sdg mencari buku2 yg menerangkn hukum2 dr permasalahan2 yg timbul d zmn moden... 

sygnye.. skrg org lbh tumpukn pd PRU13.. yg smakin hangat... (ini bkn fokus utamaku hr ni).. apa pun.. baca lah apa yg aku nk share ni.. skadar share.. ilmu ku juga agak cetek.. cuma.. siapa2 yg mampu rujuk ulama'.. dn dptkn kebenarannya.. meh kongsi d cini.. wallahu'alam...

pesanan::: tolong baca smpai habis dn fahamkn apa yg cuba sy sampaikn..


Jika dipertimbangkan mengikut logika akal, amalan membaca fatihah atau membaca ayat-ayat al-Quran kemudian menghadiahkan pahala bacaannya kepada si Mati (arwah), tentulah tidak ada salahnya, malah ia menggambarkan suatu perbuatan yang baik, bagus dan mulia. Begitu juga dengan membaca al-Quran dengan mengadakan kenduri arwah, tahlilan atau yasinan beramai-ramai atau berseorangan, sama ada yang dikhususkan di malam-malam tertentu, di hari-hari tertentu, di bulan-bulan tertentu atau di tempat-tempat tertentu seperti di atas kubur dan sebagainya, pastinya sekali pandang perbuatan ini adalah baik, malah menggambarkan pekerjaan terpuji kerana antara tujuannya ialah untuk menghapuskan dosa seseorang (roh orang mati) di samping mengirim pahala yang dibaca oleh orang yang ramai kepada si mati untuk mengurangkan penderitaannya. Namun, apabila dikembalikan kepada syara ia adalah perbuatan bid’ah yang mungkar.
Ada antara mereka (terutama pengemar kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan) berhujjahkan hadis berikut untuk membolehkan membaca surah Yasin sama ada untuk menghapuskan dosa si Mati atau mengirim pahala bacaan tersebut kepada si Mati:

مَنْ زَارَ قَبْرَ وَالِدَيْهِ اَوْ اَحَدِهِمَا يَوْمَ الْجُمْعَةِ فَقَرَاَ يَس ، غُفِرَ لَهُ

“Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya atau salah seorang dari keduanya pada hari Jumaat, kemudian membacakan surah Yasin, maka akan diampunkan dosanya”.
Hadis di atas ini adalah hadis batil, palsu atau tidak ada asal usulnya. Terdapat di dalam sanadnya seorang yang bernama ‘Amar yang dikenali sebagai pemalsu hadis dan banyak meriwayatkan hadis-hadis yang batil. Imam Daraqutni rahimahullah berkata tentang ‘Amar: “Amar adalah seorang pemalsu hadis”.[1]
Terdapat beberapa ulama yang sezaman dengan Imam Syafie yang telah mengharamkan kenduri arwah, salah seorang dari mereka ialah sahabat Imam Syafie bernama Imam Muzani rahimahullah, beliau menolak pendapat mereka yang membolehkan kenduri arwah, malah beliau telah menfatwakan tentang pengharaman mengirim (menghadiahkan) pahala dari bacaan al-Quran untuk menyelamatkan orang mati sebagaimana yang diamalkan dalam majlis kenduri arwah, beliau berkata:

فَاَعْلَمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَ مَا اَعْلَمَ اللهُ مِنْ اَنَّ جِنَايَةَ كُلِّ امْرِئٍ عَلَيْهِ كَمَا اَنَّ عَمَلُهُ لَهُ لاَ لِغَيْرِهِ وَلاَ عَلَيْهِ

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memberi tahu sebagaimana Allah memberi tahu: Bahawa dosa tiap-tiap orang adalah buat kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya itu buat kebaikan dirinya sendiri bukan untuk kecelakaan orang lain”.[1]
Terdapat juga segolongan mereka yang berhujjahkan fatwa Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyah rahimahullah yang pernah membolehkan perbuatan mereka yang menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada orang yang telah mati, tetapi pada kenyataannya Syeikhul Islam Ibn Taimiyah telah ruju’ (menarik balik dan membatalkan fatwa beliau), yang mana beliau telah menegaskan:
“Bahawa bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para Salaf as-Soleh apabila mereka mengerjakan solat-solat sunnah, berpuasa, haji dan membaca al-Quran lalu pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah mati”
Penarikan semula Syeikhul Islam Ibn Taimiyah terhadap fatwa beliau yang pada asalnya membolehkan (menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada si Mati) kemudian mengharamkannya, ianya boleh ditemui di dalam kitab Ali Abdul al-Kafi as-Subki “Takmilatul Majmu” – شرح مهذب تكملة المجموع jld. 10 hlm. 417.
Di dalam kitab (الخازن الجمل) juz. 4 hlm. 236 dan di dalam kitab “Syarah Muslim” juz 1 hlm. 90. Imam an-Nawawi rahimahullah telah menjelaskan pendapat Imam as-Syafie tentang perbuatan yang diamalkan dalam majlis kenduri arwah iaitu pengiriman pahala kepada orang mati. Beliau berkata:

وَاَمَّا قِرَاءَ ةُ الْقُرْآنِ فَالْمَشْهُوْرُ مِنْ مَذْهَبِ الشَّافِعِى اَنَّهُ لاَ تَصِلُ ثَوَابُهَا اِلَى الْمَيِّتِ.

“Adapun bacaan al-Quran maka yang masyhur dikalangan mazhab Syafie bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati”.
Sekali lagi Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan dalam kitab السبكي – تكملة المجموع ، شرح مهذب juz 10 hlm. 426 bahawa:

وَاَمَّا قِرَاءَ ةُ الْقُرْآنِ وَجَعَلَ ثَوَابَهَا لِلْمَيِّتِ وَالصَّلاَةُ عَنْهُ وَنَحْوَهَا فَذَهَبَ الشَّافِعِي وَالجُمْهُوْرُ اَنَّهَا لاَ تَلْحَقُ الْمَيِّتَ ، وَكَرَّرَ ذَلِكَ فِى عِدَّةِ مَوَاضِعِ فِى شَرْحِ مُسْلِمِ

“Adapun pembacaan al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada orang mati, membayar solatnya dan sebagainya, maka menurut Imam Syafie dan jumhur ulama Syafie adalah tidak sampai kepada si Mati. Penjelasan seperti ini telah diulang-ulang (oleh Imam Muslim) dalam kitab syarah Muslim”.
Di dalam kitab الفتاوى الكبرى الفقهية Syeikh al-Haitami rahimahullah juga telah menjelaskan:

اَلْمَيِّتُ لاَيُقْرَاُ عَلَى مَااَطْلَقَهُ الْمُتَقَدِّمُوْنَ مِنْ اَنَّ الْقِرَاءَ ةَ لاَ تصِلُهُ اَي الْمَيِّتَ لاَنَّ ثَوَابَهَا لِلْقَارِئ وَالثَّوَابُ عَلَى عَمَلِ لاَيُنْقَلُ عَنْ عَامِلِ ذَلِكَ الْعَمَلِ ، قَالَ تَعَالَى {وَاَنْ لَيْسَ للاِنْسَانِ {اِلاَّ مَاسَعَى

“Mayat tidak boleh dibacakan al-Quran sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bahawa bacaan al-Quran pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala amalan pula tidak boleh dipindah-pindahkan dari si Pembuat berdasarkan firman Allah Ta’ala: Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan yang dikerjakannya sendiri”.
Ada yang berpendapat bahawa ayat 39 di surah an-Najm ini telah dan dimansuhkan oleh ayat 21 di surah ath-Thur. Imam Syaukani rahimahullah menolak pendapat ini dan beliau berkata:
Adapun makna dari ayat: (Seseorang tidak akan mendapat melainkan atas usahanya sendiri). Lafaz dalam ayat ini termasuk umum yang mukhasas, oleh itu tidak tepat kalau ada yang berkata bahawa ayat ini telah dimansuhkan dalam urusan ini, kerana yang khas tidak boleh memansuhkan lafaz umum, tetapi hanya sebagai takhsisnya sahaja. Maka apabila ada dalil lain yang boleh menentukan bahawa seseorang memperolehi manfaat dari amal orang lain, maka dalil itu sebagai takhsisnya bukan sebagai nasikh serperti ayat yang terdapat di surah ath-Thur: (Kami akan hubungkan dengan mereka itu anak cucu mereka)”.

Namun apabila dibuka secara ilmiyah ruang agama untuk membincangkan, mengkaji dan meneliti semula amalan yang diperkatakan di atas, terbukti ia terlalu bertentangan dengan syara, malah termasuk dalam amalan atau perbuatan yang ditegah, diharamkan dan bid’ah. Benarnya kenyataan ini dapat dibuktikan apabila kita memahami kesemua hujjah-hujjah dan dalil-dalil syara yang dikemukakan oleh para ulama dari kalangan mazhab Syafie.
Walaupun ada pendapat yang menyangka bahawa persoalan kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan ini tidak perlu diungkit dan dibangkitkan lagi kerana (kononnya) ia telah lama diselesaikan oleh para ulama, namun perlu diketahui bahawa yang telah diselesaikan oleh para ulama terutamanya Imam Syafie dan para ulama yang bermazhab Syafie ialah tentang pengharaman dan bid’ahnya amalan tersebut bukan sebaliknya. Pembuktian kenyataan ini dapat difahami dan dibuktikan melalui beberapa fatwa Imam Syafie dan para ulama as-Syafieyah sebagaimana yang telah di nukil di dalam tulisan ini.

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له

Ertinya: “Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya”
[1]Lihat: كتاب الموضوعات Juz 3. hlm. 239. Dan Lihat: اعانة الطالبين Juz. 2. Hlm. 146.[2]Lihat: هامش الام للشافعي Juz. 7. Hlm. 269.

namun.. aku ade juga cari serba sedikit ttg maklumat ni.. nk kn kepastian... dan.. aku dpt yg ni.. 

sebahagian ulama menharuskan dan berpendapat sampai sedekah pahala kepada orang yang telah mati dan masih hidup. Ini berdasarkan hadith antaranya yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Ibu orang-orang yang beriman A’isyah R.’anha:

أن رجلاً قال للنبي -صلى الله عليه وسلم- إن أمي افتلتت نفسها، وأراها لو تكلمت تصدقت، أفأتصدق عنها، قال النبي – صلى الله عليه وسلم-: “نعم تصدق عنها

Maksudnya: “Seorang lelaki bertanya kepada Nabi S.A.W. bahawasanya ibu-ku meninggal dunia secara mengejut, aku melihat ibu-ku jika dia mengatakan hendak sedekah pasti dia akan bersedekah, maka apakah aku boleh bersedekah untuknya? Jawab Nabi S.A.W.: Ya, bersedekahlah untuknya.”

Cuma pernah ditanya kepada Dr. Khalid bin Aliy al-Musyaiqih (Anggota lembaga Tadris, Uni. Al-Qasim) tentang sedekah pahala amalan kepada orang yang masih hidup, jawapan beliau adalah seperti berikut: 

Maksudnya: “Menghadiahkan pahala kepada orang yang hidup atau yang telah mati sampai pahalanya kepada mereka insyaallah, ia dibuktikan berdasarkan hadith ‘Aisyah r.a.: Seorang lelaki yang betanya kepada Nabi S.A.W.: ‘Sesungguhnya Ibu-ku telah meninggal dunia secara mengejut, dan saya melihat jika dia mengatakan hendak bersedekah, dia pasti akan bersedekah, maka apakah boleh aku bersedekah untuknya? Jawab Nabi S.A.W. : “Ya, bersedekahlah untuknya.” (al-Bukhari 1388 dan Muslim 1004). Dan hadith dalam perkara ini banyak, maka insyaallah sampai pahala sedekah kepada mereka.


Akan tetapi ini dari sudut keharusan (yakni apakah harus mensedekahkan pahala kepada orang yang masih hidup atau yang telah mati), sedangkan sunnahnya adalah berdoa untuk mereka berdasarkan hadith Abu Hurairah R.A. sabda Nabi S.A.W.:“Apabila mati seseorang insan, maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara, dan salah satunya yang baginda sebut ialah doa anak soleh yang mendoakannya untuknya, (Muslim 1631), dan Nabi S.A.W. tidak menyebut pula (anak soleh) yang melakukan amalan untuknya atau bersedekah pahala untuknya atau melakukan puasa dan mendirikan solat untuknya. Maka kesimpulannya, menghadiahkan pahala amalan qurbah insyaallah sampai (kepada orang yang dihadiahkan pahalanya), akan tetapi ia hanya dari sudut keharusan. Sebaliknya berdasarkan sunnah dan yang disyariatkan adalah doa (untuk mereka). (sumber fatwa:http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1243825049401&pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar%2FFatwaA%2FFatwaAAskTheScholar)
Wallahu a’lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...