''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Wednesday, April 20, 2011

Seindah Mawar Berduri

Aromamu harum mewangi.. kelopakmu merah menawan.. namun berpagarkan duri.. demi mempertahan hakikat keindahan.. mekarlah dirimu di taman Islam..
best!!
Andai diri ini dapat mencontohi watak Khazinatul Asrar dalam novel karya Fatimah Syarha, Seindah Mawar Berduri, Subhanallah..Pasti indah akan ku rasa.. Setelah membaca dan menghayati isi kandungannya betul-betul, baru ku sedar, tanggungjawab seorang muslimah dalam konteks Islam amat susah untuk dipraktikkan. Islam terlalu asing dalam praktik hidup seorang muslim.
Sebagai seorang muslimah, memang amat banyak batas-batas yang perlu dijaganya. Setiap perlakuannya mestilah dimulai dengan wujudnya perasaan malu! Kerana malulah yang menjadi hiasan pakaian kita sebagai muslimah. Utamakan dahulu pandangan Allah. Jangan biarkan pandangan manusia saja yang kita ambil kira. Pandangan manusia tidak semua membawa kepada mulianya pandangan Allah. InsyaAllah, akan ku usahakan yang terbaik untuk diriku menjadi seindah mawar berduri. Akan ku tekadkan dalam hati!
Di kesempatan yang ada ini, ingin saya kongsikan kepada semua serba sedikit tentang topik CINTA yang terdapat dalam novel hebat tersebut yang memang sudah popular dalam kalangan remaja pada hari ini. Ramai remaja zaman sekarang ini yang sudah hanyut dibuai cinta nafsu semata-mata. Nauzubillah.. Fitrah sudah menjadi fitnah. Astaghfirullah..
Cinta memang melalaikan. Cinta kerana Allah itu hanyalah istilah hiasan untuk menafikan kelalaian cinta. Bagaimana seseorang boleh menganggap cintanya kerana Allah jika praktikalnya menjauhkan diri daripada Allah?? Selalu berjumpa, SMS, ‘calling’, asyik merindu pada yang ajnabi?? Inilah ragam hidup, praktikal sering tak seindah teori. Jatuh cinta memang tak salah kerana ianya fitrah. Asyik bercinta itu yang salah. Kikislah keaiban-keaiban cinta seperti hari-hari bergayut dengan ‘handphone’, bermujahadah untuk buang nama si ‘dia’ dalam solat dan sebagainya yang sewaktu dengannya. Perbuatan-perbuatan ini yang sebenarnya salah, bukan perasaan jatuh cinta itu! Mujahadahlah perlahan-lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Cinta itu buta apabila nafsu yang memandunya.
Dr.Abdullah Nasih Ulwan meletakkan 3 peringkat cinta iaitu yang agung, pertengahan dan cinta hina berdasarkan surah al-Tawbah, ayat 24 yang bermaksud :
Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
Cinta paling agung sudah tentulah cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad di jalanNya. Tiada cinta yang boleh menyamai kedudukan cinta ini. Seterusnya cinta pertengahan ialah cinta yang terhasil daripada ikatan seseorang dengan seseorang yang dikasihinya sama ada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan. Manakala cinta yang hina pula ialah cintakan thagut, syaitan, musuh-musuh Allah, hawa nafsu, syahwat dan mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, perniagaan dan kasihkan Negara melebihi kasih dan cintakan Allah, Rasul, dan Jihad di jalanNya.
INGATLAH!!
Cinta bukan saja tidak mengenal siapa tapi tidak mengenal batas halal dan haram juga! Dalam bercinta ni, liciknya syaitan menipu pemikiran sang kekasih. Syaitan ada strateginya yang tersendiri untuk menghasut kita apabila kita sudah membuka pintu permulaannya.
Orang yang ber‘sms’ dengan kekasihnya beralasan, alah, mesej je,tak dengar suara pun! Orang yang ‘call’ mendengar suara pula berkata, alah, tak berjumpa pun! Orang yang berjumpa dengan kekasihnya memberi alasan, alah, tak pegang-pegang pun! Orang yang berpegang-pegang pula berkata, alah, bukannya berzina pun! Orang yang berzina pula masih ada alasan, takdelah sampai mengandung! Begitulah liciknya syaitan! Nauzubillah..!!
Janganlah kita membuang masa dan duit untuk sesuatu yang belum pasti ketentuannya menjadi milik kita. Ingatlah, selagi kita masih belum bernikah, hubungan sebelum itu tidak pernah diiktiraf oleh Allah. Hanya hubungan selepas nikah saja yang mendapat pengiktirafan daripada Allah. Kata-kata sayang, cinta, rindu, suara merdu dan manja, bersentuhan dan berpelukan itu hanyalah untuk yang halal bagi kita saja. Sia-sia saja kita bazirkan semua itu untuk kekasih hati kita. Apa yang kita dapat?? Hanyalah dosa semata-mata. Janganlah dikongsikan semua itu dengan ajnabi sebelum kita bergelar suami kepada isteri atau sebelum kita bergelar isteri kepada suami kita. Ingatlah, semakin manis hubungan sebelum nikah, semakin tawar dan hambar hubungan selepas nikah.
 
“JADILAH SEKUNTUM BUNGA MAWAR YANG INDAH BERPAGARKAN DURI. JANGAN BIARKAN DIRIMU MENJADI SEBARANGAN BUNGA YANG TETAP JUGA INDAH TAPI SAYANG, TIDAK BERDURI. APABILA TIADA DURI, TIADA LAGI BENTENG YANG BOLEH MELINDUNGI KEINDAHAN SI BUNGA DARIPADA SEWENANG-WENANGNYA DIKHIANATI. LANTAS, TERCEMARLAH KEINDAHAN DAN MURAHLAH NILAINYA. DURI MAWAR ITULAH YANG DIIBARATKAN DENGAN PERBATASAN AURAT, AKHLAK DAN AL-HAYA’. JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI. KELAK, AKAN MENGUNDANG KEKAGUMAN DI HATI SANG KUMBANG HINGGAKAN SANG KUMBANG BERFIKIR BEBERAPA KALI UNTUK MENDEKATINYA”
Mawar berduri..
Harummu menarik si lebah terbang mendekati
Lenggokmu menggoda si kumbang datang menghampiri
Warnamu memikat si rerama menari 
Tetapi, duri berbisamu setia di sisi melindungi
Bukan sembarangan lebah yang berjaya mendekati
Bukan mudah si kumbang mahu mendekati
Perlu cukup mantap utuk terbang di sisi

Mawar berduri..
Harummu kerana tinggi ilmu agamamu
Pesonamu kerana luhur peribadi akhlakmu
Anggunmu kerana perhiasan indah malumu
Durimu yang tajam itu..
Tajam kerana teguh dirimu menjaga maruah
Tajam kerana manis bicara bermadah
Tajam kerana damai nyaman pada wajah
Tajam kerana keras iman di asah

Mawar berduri..
Cantik dilihat dan dipandang
Indahnya mampu membunuh sang lebah andai salah aturannya
Pesonanya mampu menjatuhkan sang kumbang tidak terbang semula
Cintanya mampu melemahkan sang rerama tidak berdaya
Tetapi bagi mawar berduri
Kasihnya hanya untuk Illahi
Cintanya hanya untuk dia yang mencintaiNYA
Durinya mampu menjadi penguat sayap bagi perjuangan sang kekasih yang teguh jiwanya berpasak atas nama ALLAH

Mawar berduri..
Awaslah dengan racun-racun yang bisa melenturkan durimu
Awaslah dengan bisikan-bisikan mesra tentang kecantikanmu
Awaslah dengan pujuk rayu yang akan menjatuhkan kelopakmu
Jangan biarkan tangan-tangan yang tidak berhak memetikmu
Jangan biarkan kelopakmu gugur di tangan manusia durjana
Jangan biarkan madumu dihisap mereka yang hina
Jadilah mawar berduri yang tajam
Yang hanya sekadar mampu dipandang
SEINDAH MAWAR BERDURI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...