''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Saturday, November 10, 2012

5 perkara yang Nabi ubah dlm diri org Yahudi

Bismillahirrahmannirrahim... Assalamualaikum w.b.t. shbt2 sume... nmpknye.. skng ni.. just smpt update blog sebuln sekali je dek tugasan lain yg memerlukn komitmen diri ini... 
Hari ni.. sy nk berkongsi sdkit ilmu yg sy kutip setelah menghadiri satu ceramah mlm td d DK500 UiTM Puncak Alam... program Awakening Synergy of Muslim (AWESOME) dr Persatuan Rakan Masjid (PRM) yg mnjemput ustaz Amin (ustaz yg popular d tv9)...


ustaz menyampaikn ceramah ttg 5 perkara yg Nabi Muhammad ubah dalam diri Yahudi....

1. Mengubah Sistem Kepercayaan
Tiada Tuhan Selain Allah...

Di sematkan ke dalam hati manusia.. bahawa tiada Tuhan Selain Allah... Tiada Yang Maha Penyayang selain Allah.. Tiada Pemberi Rezeki selain Allah... beriman dgn 99 nama2 Allah... bayangkan.. dengan lafadz Lailahaillallah... ia mampu melembutkan hati Saidina Umar yg dahulunya sgt lah keras... 
              Satu hari seorang lelaki yg frust dgn isterinya telah pergi kpd Amirul Mukminin Umar al Khattab utk mengadu, tiba di rumah Amirul Mukminin dia terkejut mendengar jeritan isteri pemimpin umat Islam itu sedang mmarahi Umar al Khattab ra. Dia pun merasakan kesamaan antara isterinya dgn isteri Amirul Mukminin, iaitu sikap cerewet & tak menghargainya, lantas dia pun pergi... Tiba2 Amirul Mukminin memanggilnya.. Dia pun datang kembali kepadanya lalu mengatakan dgn hampa.. Aku menyangkakan aku Saja yg Ada masalah dgn isteriku.. Rupa2nya Tuan pun menghadapi masalah yg sama ! Apa jwpn Amirul Mukminin ??? Jawapan yg menampakkan hikmah beliau spt yg Nabi sifatkan , katanya pd lelaki yg mengharapkan kesempurnaan pd seseorang isteri itu, Wahai sahabat! Ketahuilah olehmu bhw isteri adalah anugerah Allah utk kita, Mereka banyak berkorban utk kita, memasak utk kita, membasuh pakaian, melahirkan anak2 utk kita Dan mendidik anak2.. Adatnya memang kadang2 Ada kesilapan.. Tapi ketahuilah olehmu Wahai saudaraku, satu hari pasti tiba, Samada mereka wafat sebelum kita lalu kita berehat Dari kekurangan & kejahatan mulut mereka yg mungkin tak disengajakan, atau kita yg pergi sebelum mereka, lalu mereka tak dapat menyakiti kita lagi dgn sikap atau ucapan... Wahai saudara hadapilah hidup ini dgn kesabaran, kerana dunia tak pernah sempurna... Sekian Tamat.. Jom sama2 kita menghargai para isteri... Seeeru 'ala barakatilLah ( teruskan kehidupan dengan keberkatan yang Ada di sisi Allah) ...

2. Mengubah cara melihat DUNIA
DUNIA itu sementara.... DUNIA merupakan keindahan yang ditipu daya semata-mata.. DUNIA itu fana.. 
DUNIA menyenangkan tp tak beri ketenangan... lihatlah.. org yg kaya.. hidup mereka senang.. tp adakah mereka akn hidup dgn tenang??? selalunya tidak... oleh itu.. Nabi kita Muahammad S.A.W telah mengubah pndgn mereka terhadap DUNIA...

 “Wal aakhiratu khoiru wa abqaa”(Al-A’laa: 17), “Sedangkan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal”.

oleh itu.. Nabi dah pesan.. dahulukan akhirat.. kejar akhirat... sebab.. bila kita kejar akhirat.. dunia akan dapat bersama kita... tapi jika kita kejar dunia, hanyalah dunia semata-mata... mcm mana nk kejar akhirat??
         Dlm konteks sbg seorg pelajar mcm sy... Dengan keadaan kita yang serba kekurangan ini, ilmu lah yang perlu kita cari. Tapi bagi sy apa yang penting adalah kita mulakan dengan diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu. Tengok diri kita sendiri. Adakah kita ini sudah bersedia untuk mencari akhirat yang sepatutnya kita utamakan sejak kecil lagi. Tak perlu kita salahkan ibu ayah kita. Yang penting sekarang adakah kita telah sedar?

Rasulullah saw berpesan kepada umatnya:
مَنْ كَانَتِ الآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِى قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِىَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهَ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا قُدِّرَ لَهُ


"Sesiapa yang menjadikan AKHIRAT sebagai cita-citanya, Allah akan jadikan KEKAYAAN berada di dalam hatinya, dan mengumpulkan (menyusun) urusannya, dan dunia itu datang kepadanya dalam keadaan hina. Sesiapa yang menjadikan DUNIA sebagai cita-citanya, Allah akan jadikan kefakiran berada di antara kedua-dua matanya, memecahbelahkan urusannya, dan dunia hanya akan datang kepadanya seperti yang ditetapkan." (HR. Tirmidhi, Ibn Majah, Ahmad, dll, disahihkan oleh al-Albani)


KETAHUILAH... SESUNGGUHNYA KEREHATAN YANG SEBENAR-BENARNYA ADALAH SELEPAS MATI....


3. Cara melihat HIDUP


seperti yang kita ketahui.. kita telah, sedang dan akan lalui 5 alam KEHIDUPAN... yg pertama adalah ALAM ROH... dimana pd ketika itu kita telah dipaparkan seluruh jalan hidup kita oleh malaikat (tu yg kdg2 terasa mcm Dejavu--> kita rasa  mcm pernh lalui sesuatu keadaan tersebut).. jika kita bersetuju dgn jalan hidup kita, barulah roh itu akn ditiupkn ke dalam jasad.. dimana ia dipanggil ALAM RAHIM... skrg, kita sdg melalui ALAM DUNIA (alam Syahadah).. dn kemudian nya akn menyusul adalah ALAM BARZAKH dan juga ALAM AKHIRAT....


ingatlah.. kita datang dr Allah.. dan akn kembali kpd Allah...
matlamat hidup kita adalah MENCARI KEREDHAAN ALLAH... buat sesuatu adalah ikhlas kerana Allah..  contohnya... BELAJAR kerana ALLAH.. bkn sebab mak ayah suruh.. selalu kita baca doa iftitah.. tp adakah kita menghayati maksudnya...

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam.” (QS. Al-An’aam : 162)

HIDUP itu cuma sementara.. sesungguhnya MATI itu PASTI...
Mati,
Ia Pasti,
Ia menghampiri,
Ia mengakhiri.

Namun mengapa masih kau dustai
Mengapa masih kau remehi?

Apakah engkau tidak meyakini?
Lantas ayuh persiapkan diri!

4. Cara melihat DIRI


setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan diri masing2... pernah juga sahabtku berpesan kpdku... kalau dalam urusan dunia.. kita perlu bandingkn dri kita dgn org yg lbh rendah tarafnya dgn kita... supaya kita lebih mengenali erti bersyukur dgn nikmat kurnianNya.. tp.. dalam urusan akhirat.. kita perlu bandingkn diri kita dgn org yg lebih tinggi drjatnya.. supaya kita sedar siapa diri kita di mata Allah dan cuba utk memperbaiki diri kita...
     manusia secara nature nya adalah HEBAT.. tp boleh jd hina disbbkn oleh 3 bnda ni: 1. Nafsu... 2. Jahil... 3. MAzmumah (kelemahan diri)

5. Cara melihat manusia


Manusia ni ada mcm2 jenis.. mcm2 perangai.. mcm2 ragam... jd.. kita perlu kenali manusia dan cuba layan mereka dgn baik.. hubungan sesama manusia juga penting selain drpd hubungan antara manusia dgn Pencipta.. contohnya.. melawat irg sakit.. hang jgn duk kutuk depa naa.. hang p lah bg smgt cket.. contoh yg diberi oleh  ustaz adlh dlm kisah rumh tangga.. si isteri.. even bergaji besar dn berpangkat tinggi, perlu melayan suami, menghormati suaminya...
       bila kita faham karakter seseorg, kita akn jd lbh memahami, mudah memaafkn, akan lahir sifat kasih syg, tolong menolong.... dan yg paling penting.. wujud hubungan kasih syg  kerana Allah.. FILLAH ABADAN ABADA...

Ustaz Amin kata.. falsafah2 dan intipati2 di atas adalah drpd RUKUN ISLAM

Sistem kepercayaan = Mengucap dua kalimah SYAHADAH
Cara melihat hidup = SOLAT 5 waktu
Cara melihat diri = PUASA
Cara melihat dunia = ZAKAT
Cara melihat manusia = mengerjakan HAJI (boleh lihat masa di Padang ARAFAH)

Akhir sekali dr sy... Ingatlah mutiara-mutiara kata ini,

" Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Nafsu itu tampak indah, sedangkan neraka itu tidak terperi azabnya."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...