sebuah perjalanan yang hebat dan penuh hikmah..
untuk Kekasih yang hebat....
buat pedoman ummat tercinta..
Sebagai bukti Cinta dan Kebesaran dari-Nya...
Mari kita imbas serba sedikit tentang peristiwa Israk & Mikraj yang berlaku pd malam ke 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan nabi Muhammad s.a.w...
Israk bererti perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.
Mikraj pula bermaksud perjalanan baginda s.a.w dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh.
Peristiwa Israk & Mikraj ini berlaku di tahun dukacita Rasullullah kerana baginda telah kehilangan dua insan tersayang iaitu kewafatan Siti Khatijah (isteri baginda) dan kematian Abu Talib (bapa saudara baginda). Demikianlah Allah swt menghiburkan Nabi saw dengan peristiwa Israk dan Mikraj untuk membasuh kedukaan dan kenestapaan yang bersarang di hati Rasulullah. Nabi s.a.w menggunakan kenderaan Buraq dalam peristiwa Israk & Mikraj ini
Semasa dalam perjalanan israk dan mikraj ini Nabi saw telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa suka dan duka, menghibur dan menakutkan silih berganti. Nabi saw diiringi oleh Malaikat Jibril sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj ini kecuali ketika Rasullah saw ke SidratulMuntaha bertemu dengan Allah swt.
Nabi saw ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan ketika meninjau neraka. Misalnya Nabi saw diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, pecah dan kemudian bertaut kembali seperti sediakala. Ini adalah hukuman bagi mereka yang ingkar mengerjakan solat. Nabi juga melihat seksaan terhadap pemakan riba, penzina, pengumpat, pembuat fitnah dan lain-lain. Ini semua memberi peringatan agar kita menjauhinya semasa di dunia ini.
Nabi saw juga melihat keseronokan dan kesukaan mereka yang berada di dalam syurga. Nabi saw tercium bau yang semerbak daripada Mashitah, tukang sisir rambut anak Firaun. Nabi juga melihat sekumpulan orang yang tidak putus-putus menuai hasil tanaman menandakan bahawa balasan bagi mereka yang suka menderma dan bersedekah semasa hayat mereka. Peristiwa besar dalam Israk dan Mikraj ini ialah apabila Rasulullah saw menerima perintah mengerjakan solat. Berbeza dengan ibadat lain seperi puasa, haji, zakat, ibadat solat diterima secara langsung daripada Allah swt.
*Besar sungguh kekuasaan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment