''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Friday, June 3, 2011

JeNis-JeNiS NaFsU




Adakah anda mengenali NAFSU??
Apakah anda faham hasrat NAFSU itu??
Bagaimanakah untuk mengendalikannya??
NAFSU...NAFSU...NAFSU....terus diperkatakan selamanya...
Oleh itu, kita akan cuba kenal tingkatan dan sifat-sifatnya dengan lebih baik iaitu..


7 PERINGKAT NAFSU


1.Nafsu amarah

Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburukan). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit. 



Firman Allah: 
·         "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya" 
·         "Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji(mungkar)" 
·         "Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus)" 

Dalam kehidupan seharian segala hukum hakam, halal-haram, perintah dan larangan tidak pernah di ambil peduli. Malah buat kejahatan itu sudah sebati. Tidak ada penyesalan, malah kadang-kadang bangga buat jahat. Bagi mereka pada peringkat nafsu ini, konsep hidupnya adalah sekali, jadi masa mudalah untuk seronok sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas. Baik jahat adalah sama sahaja di sisinya tanpa ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang bila boleh buat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas. Itulah sebabnya kadang-kadang ada yang dapat nak mengawalnya dari melakukan sesuatu yang jahat. Dah jadi hobi. Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana firmanNya: 

"Tidaklah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya (amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya (telinga batin) dan hatinya dan penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup." 

Manusia pada peringakat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan. nafsu inilah jika dikuasai oleh kita, wajiblah kita melawan dan mengalahkannya... kerana ia musuh kita yg amat nyata, yang sentiasa merosakkan iman dan amalan kita...




2.Nafsu lawwamah

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus. Rasulullah s.a.w bersabda: 


·         "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya sendiri" 
·         "Barangsiapa yang hatinya menjadi penasihat baginya, maka Allah akan menjadi pelinding ke atasnya." 

Tapi bila seseorang itu meningkat ke martabat nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi isyarat lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-kelamaan isyarat ini akan padam dan malap. Hingga jatuhlah kembali pada tahap nafsu amarah kembali. Sebab itu kadang-kadang kita tengok sekejap orang tu baik, sekejap berubah jahat kembali. Kemudian berubah balik. Inilah bolakan hati yang di sebabkan oleh keadaan nafsunya yang berubah-ubah. 



Pada tahap lawwamah ini masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah tapi jumlahnya mulai berkurang sedikit. Keinsafan memancar. Sekiranya dia terus mematuhi isyarat lawwamah yang ada, sedikit demi sedikit sifat-sifat keji dapat dihapuskan. Pada peringkat ini dia banyak meneliti diri sendiri dan merenung segala kesilapan yang lampau. Bila perasaan menyesal datang, orang-orang pada peringkat sangat mudah mengeluarkan air mata penyesalan. Kerap menangis dalam solat, atau bila sendirian, sewaktu berzikir, bersolawat. Air matanya bukanlah disengajakan tetapi berlaku secara spontan. Inilah dikatakan sebagai tangisan diri. Pada peringkat ini mula banyak mengkaji dan meneliti alam dan kejadian. Malah sentiasa membandingkan sesuatu dengan dirinya. Mereka juga menjadi gila untuk beribadat dan cenderung kepada perbincangan berkaitan soal mengenal diri dan mula jemu dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama. Perubahan ini boleh jadi mendadak sekiranya kita terjun ke alam tasauf. 
Rasulullah s.a.w bersabda: 


·         "Bahawasanya orang-orang mukmin itu perhatiannya pada solat, puasa dan ibadat dan orang munafik itu perhatiannya lebih kepada makanan dan minuman seperti halnya binatang" 
·         "Sedikit taufik adalah lebih baik dari banyak berfikir dan berfikir perkara duniawi itu mendaruratkan dan sebaliknya berfikir perkara agama pasti mendatangkan kegembiraan" 

Pada tahap ini sudah mementingkan akhirat dari dunia. Namun begitu walau nak dibandingkan dengan amarah ia lebih tinggi sedikit, namun sekali-sekala ia tidak terlepas juga dari jatuh kedalam jurang dosa dan kejahatan.Imannya masih belum kuat.Namun ia cepat sedar dan cepat beristigfar minta ampun kepada Allah. 

3.Nafsu mulhamah

Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.
 
Firman Allah: 
"Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya(nafsu) 


Makam nafsu ini juga dikenali dengan nafsu samiah. Pada pringkat ini amalan baiknya sudah mengatasi amalan kejahatannya. Sifat mazmumah telah diganti dengan mahmudah. Sikap beibadat telah tebal dan amalan guru terus diamalkan dengan lebih tekun lagi. 


Pada penyesalan pada peringakat lawwamah tadi terus bersebati di dalam jiwa. Isyarat lawwamah sentiasa subur. Sesungguhnya taubat orang peringkat mulhamah ini adalah "taubatan nasuha". Bukan shaj di mulut tetapi hakiki. 
Dalam kehidupan sudah terbina satu skap yang baik,tabah menghadapi dugaan, bila terlintas sesuatu yang ke arah maksiat cuba-cuba memohon kepada perlindungan dari Allah. 




Firman Allah: 
"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa , bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan."


Sabda Rasulullah S.a.w: 
"Barangsiapa yang merasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah (gelisah) dengan kejahatan yang dilakukan, maka itu orang-orang mukmin"


Zikir pada tahap ini telah menyerap kedalam lubuk hatinya bukan sekadar berlewa-lewa dibir sahaja lagi. Malah sudah menerima hakikat nikmat zikir dan zauk. Bila disebur nama Allah rindunya sangat besar, berderau darahnya dan gementar tubuhnya tanpa disengajakan. 


Firman Allah: 
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, bagi mereka apabila sahaja disebut nama Allah, nescaya gementarlah seluruh hati mereka" 


Perasaan ini terus menjalar sehingga bertemu kekasihnya. 
Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah: 

1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa. 
2. Tak sayangkan harta 
3. Qanaah. 
4. Berilmu laduni 
5. Merendah diri/ tawwadu' 
6. Taubat hakiki 
7. Sabar hakiki 
8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan 




Mereka pada tahap ini mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni kerapkali mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat (syuhud) tetapi belum teguh dan kemungkinan untuk kembali kepada sifat yang tidak baik masih ada. Kebanyakan orang cepat terhijab pada masa ini kerana terlalu asyik dengan anugerah Allah padahal itu hanyalah ujian semata-mata. 

4.Nafsu Mutmainnah

nafsu ini adalah martabat nafsu pertama yang diredhai ALLAH SWT yang layak memasuki Syurga. Tingkat ini hanya dapat dicapai setelah seseorang itu melalui latihan yang berterusan. Hasil latihan itu barulah nafsu mulhamah akan meningkat pula kepada nafsu mutmainnah, iaitu hati yang sudah sampai ke peringkat suci dan tenang.
......Tingkatan nafsu inilah yang ALLAH alu-alukan masuk ke dalam syurganya.

Firman ALLAH SWT;
 Maksudnya; "Wahai orang yang bernafsu Mutmainah, pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dalam keadaan redha-meredhai dan masuklah ke dalam Syurga-Ku"
(Surah Al-Fajr, ayat 27-30)

.....Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah, dikatakan seorang mukmin yang telah mencapai taraf bertaqwa. Hati dan jiwanya tetap tenang walau ditimpa musibah yang berat. Demikian juga apabila iiberi amanah yang tidak patut sekali dibolot, sebaliknya patut diberikan kepada yang berhak dengan kadar yang segera.

Sifat-sifat orang yang bernafsu Mutmainnah
  • Murah hati dan tidak lekat wang ditangan kerana bersedekah.
  • Bertawakal yang sebenar.
  • Arif dan bijaksana.
  • Kuat beribadah.
  • Syukur yang sebenar.
  • Redha pada segala hukuman ALLAH.
  • Taqwa yang sebenar dan lain-lain sifat terpuji.

5.Nafsu Radhiah

ialah tingkatan nafsu yang dapat dicapai setelah seseorang itu dengan kegigihan melatih diri memakrifatkan diri kepada ALLAH. Setelah dapat benar-benar makrifat(kenal) ALLAH, maka orang yang bernafsu Mutmainnah akan meningkat kepada nafsu Radhiah...Orang yang dapat mencapai tingkatan nafsu ini memiliki keseluruhan sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dengan ALLAH, dapat pimpinan ilmu laduni dan mempunyai pandangan mata hati yang tajam, yang dikenali sebagai firasat.

.......Sabda Rasulullah SAW;
"Takutilah akan firasat orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan nur ALLAH (petunjuk ALLAH SWT)" -[ Riwayat Tarmizi ]

......Selain itu, sifat orang yang berada pada maqam nafsu Radhiah lagi aialah amat luar biasa dan berbeza dengan orang lain, ia tidak takut pada ujian ALLAH dan tidak tahu gembira pada nikmat ALLAH, yang ia tahu hanya keredhaan ALLAH dan hukumanNYA.
.....Sifat mereka itu seperti yang digambarkan dalam Al-Quran sepertimana dalam firman ALLAH SWT;
            
 Maksudnya;
"Sesungguhnya wali-wali ALLAH itu tidak pernah merasa takut dan bimbang"
(Surah Yunus, ayat 62)

......Nafsu(jahat) orang yang mempunyai nafsu radhiah sudah terkikis dari akr umbinya sekali dan hati mereka hanya disinari oleh nur syuhud kepada makrifat, bertalu-talu masuk ke dalam hati nuraninya, sehingga alam sekeliling mereka laksana cermin yang 'nampak' ALLAH setiap ketika sebagaimana maqam musyahadah terdapat dalam "al ihsan"

.......Sifat-sifat mahmudah yang timbul dari nafsu radhiah ini ialah;
  • zuhud
  • ikhlas
  • warak
  • meninggalkan perkara-perkara yang tidak ada keperluannya
  • memelihara hukum-hakam ALLAH dan lain-lain sifat kerohanian yang tinggi.
........Wali-wali ALLAH di maqam ini dapat mengecap nikmat budi yang luhur atau sifat-sifat kerohanian yang tinggi setiap ketika. Zikir wiridnya hebat, bukan sekadar dilidah tetapi dapat dirasai oleh hatinya yang sentiasa penuh khusyuk dan tawadhuk mengingati ALLAH.
.......Maqam hati beginilah yang dikehendaki oleh tujuan berzikir dan mengingati ALLAH seperti difirmankan oleh ALLAH:
  
 Maksudnya;
"Berzikirlah pada Tuhanmu didalam hatimu dalam keadaan merendah diri dan takut"
 [Surah Al-A'raf, ayat 205]

6.Nafsu Mardhiah
ialah nafsu tertinggi selepas nafsu Radhaiah dan sebelum nafsu Kamilah. Mereka yang telah sampai peringkat nafsu ini kelihatan lebih tenang dan tenteram. Hati dan jiwanya telah benar-benar bersebati dengan ALLAH SWT.
.....Hati orang yang bermaqam nafsu Mardhiah ini seperti digambarkan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis. 

Sabda Nabi SAW,
"Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang, maka dekatilah dia.Sesungguhnya dia akan mengajar kamu 'hikmat' "
[ Riwayat Ibnu Majah ]

....Segala gerak-geri orang yang berada di peringkat nafsu ini diredhai ALLAH..

Sabda Rasulullah SAW dalam Hadis Qudsi, maksudnya..
"Sentiasalah hamba-Ku yang berdampingan kepada-Ku dengan mengerjakan ibadat sunat hingga Aku kasihkan dia. Apabila Aku telah kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya yang ia mendengar dengannya,penglihatannya yang ia melihat dengannya, pertuturan lidahnya yang ia bertutur dengannya, berjalan kakinya yang ia berjalan dengannya dan berfikir hatinya yang ia berfikir dengannya"
[ Riwayat Bukhari ]

.....Orang yang mencapai martabat nafsu Mardhiah ini digelar wali ALLAH SWT yang berada dalam martabat yang istimewa. 

Sifat-sifat kerohanian orang yang bertuah ini antaranya:
  • Indah dan tinggi budi dan kesusilaannya.
  • Lemah-lembut dalam pergaulan dengan masyarakat.
  • Sentiasa rasa ghairah untuk berdamping dan beribadah dengan ALLAH.
  • Sentiasa berfikir pada kebesaran ALLAH SWT.
  • Redha dan rela dengan setiap pemberian ALLAH dan lain-lain sifat terpuji.

7.Nafsu Kamilah 
Orang yang mencapai peringkat nafsu Kamilah ini, berada di tingkat kesucian yang tertinggi. Setiap perlakunya benar-benar mengikut garis keredhaan ALLAH dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan. Cintanya hanya tertumpu pada ALLAH, ingatannya kepada ALLAH tidak akan terputus.

.....ALLAH SWT membayangkan dalam Hadis Qudsi,maksudnya...
" Sesungguhnya telah lama orang-orang yang baik-baik itu rindu untuk bertemu dengan Aku, dan (sebaliknya) Aku lebih rindu bertemu mereka"

.....Hanya para rasul, para wali dan wali ALLAH sahaja yang boleh sampai ke taraf nafsu Kamilah ini. Orang soleh, pejuang kebenaran boleh menuju ke tingkat nafsu yang tinggi ini dengan syarat setelah berjaya menempuh proses mujahadatunnafsi yang bersungguh-sungguh.

.....Demikianlah tingkatan-tingkatan nafsu manusia. Apabila kita telah mengenal kedudukan tahap nafsu-nafsu tersebut dan mengenali sifat-sifatnya, maka cubalah masing-masing mengoreksi diri sendiri akan tahap manakah nafsu kita sekarang. Setelah itu hendaklah kita berusaha meningkatkannya ke peringkat yang lebih tinggi dan kendalikannya kepada kebaikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...