''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Sunday, July 31, 2011

apa sebenarnya ukhwah fillah?

Bismillahirrahmannirrahim...


pernah seorang sahabatku bertanya kpdku, apa yg aku faham tentang ukhwah fillah... secara jujurnya, soalan beliau amat sukar untuk aku jwb... namun selepas pembacaan aku ke blog2 org, maka ada sedikit ilmu yg ingin aku kongsikan bg menjawab soalan ttg ukhwah fillah...


renungan sejenak....
adakah kita menghayati makna ukhawah fillah saat kita menyebutnya?.
adakah maksudnya menyerap masuk dalam hati..
atau hanya sekadar kata pengulangan ayat yang terbiasa dgn suasana islam dan budaya mesir sendiri..

atau kalau kita menghayatinya,
adakah penghayatan kita sama darjatnya dgn ukhwah fillah disisi Allah..
darjat ukhwah yang Allah inginkan..
adakah sehebat Rasulullah dan para sahabat..
ukhwah yg dijanji dan disebut atas nama zat yang Maha Agung...
adakah tertunai hak2 kita seperti yang Allah inginkan?..




kita faham bahawa ukhwah fillah itu adalah dengan menjalinkan hubungan persaudaraan kerana Allah supaya Allah redha. persoalannya, bagaimana kita mahu Allah redha dengan perhubungan itu?

di sinilah erti sebenar ukhwah fillah. ukhwah yang terjalin kerana mahukan keredhaan Allah. bukan untuk diri kita sendiri. tapi untuk kita bersama :)

ukhwah yang terjalin bukan sekadar melepaskan diri kita saja dari api neraka, tapi ukhwah ini adalah untuk turut sama menyelamatkan saudara kita. siapa saudara kita? mereka itulah orang2 yang berukhwah dengan kita semata2 kerana Allah.

kita berukhwah dengan orang. kita tahu sekarang tujuan nya semata2 mencapat keredhaan Allah. tapi kita perlu tahu, keredhaan Allah itu adalah apabila Allah redha dengan kita. 

jadi cuba kita fikir, 
adakah Allah redha sekiranya kita biar sahaja kawan2 kita terus menjadi orang yang jahil agama?
adakah Allah akan redha jika kita biarkan saudara kita terus bergelumang dengan dosa? adakah Allah akan redha jika kita biarkan saja saudara2 islam kita ditipu dan ditindas oleh orang2 kafir?

inilah makna sebenar ukhwah fillah. ukhwah semata2 mahu keredhaan Allah. ukhwah semata2 mahu Allah redha melihat kita dan saudara kita sama2 berjaya di akhirat kelak. ukhwah semata2 mahu Allah redha kerana hamba2Nya bersaudara semata2 untuk bersama2 berdakwah menegakkan agama islam.

perluaskan makna ukhwah fillah. pasti apabila kita berada dalam sesuatu hubungan, ibu bapa, adik beradik, kawan2, suami isteri, dan jiran tetangga, akan lahir walau sekelumit rasa untuk kita bersama2 mereka mejauhi neraka Allah! dan bersama2 menuju syurga Allah yang indah itu!



Memetik kata – kata Imam Hasan Al-Banna,

Ukhwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)สน



jadi renungkanlah,
apakah perasaan aku..kau..dan mereka..
saat kita bersama-sama menyebut ukhwah fillah?
renungkan betapa beratnya perkataan ukhwah fillah..
ukhwah yg seolah2 tiada penghujungnya..
subhanallah~

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". 



Ya rabb,
maafkan kami ,
andai kami hanya menggunakan namamu...
untuk kepentingan diri kami..
andai kami menggunakan namamu hanya sebagai adat..
andai kami menggunakan namamu untuk kelihatan lebih thiqah(org yg dipercayai)..
kurniakanlah kami ukhwah fillah
ukhwah antara 2 saudara yang dijanji mendapat kemanisan iman..
Ya Allah,
sepanjang hayat kami hidup didunia kami..
berilah kami merasai kemanisan iman..
meski walau sesaat..
jika rasulmu yang mengatakan manis Ya Allah..
mesti manisnya teeerrraaaammaaaattt MANIS~...
kami amat mendambakannya.....

sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar..





jadi mari kita sama2 berukhwah kerana Allah. buktikan kita adalah saudara islam! ^_^


p/s: maafkan daku duhai sahabatku andai aku tidak mampu menjalankan amanah dn tanggungjawabku sebagai sahabatmu kerna aku juga manusia biasa yg tidak terlepas dr lupa dan alpa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...