''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Saturday, August 13, 2011

Asal-usul Solat

hari nie, aku nk kongsi sedikit ilmu dgn kalian semua ttg asal-usul solat... semoga ilmu ini mendatangkan manfaat kpd kalian sume...insyaAllah... sesungguhnya sedikit ilmu yg bermanfaat lbh baik drpd byk yg melalaikan...


Subuh : org yang pertama mngerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu tatkala Baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.Pertama kali yang dilihatnya ialah kegelapan & Baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam a.s pun bersolat 2 rakaat.

Rakaat pertama : Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:Baginda bersyukur kerana siang telah mnjelma.

Zuhur : Orang yang pertama mngerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan  padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah Nabi Ibrahim 4 rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua: Bersyukur kerana dibukakan dukacitanyadan juga anaknya
Rakaat ketiga: Bersyukur & memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Asar : Orang yang pertama mngerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s iaitu tatkala baginda dikeluarkn oleh Allah SWT dari  perut ikan Nun.Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersolat 4 rakaat  kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: kelam dengan kesalahan 
Rakaat kedua : kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : kelam dengan malam
Rakaat keempat: kelam dengan perut ikan nun.

 
Maghrib : Orang yang pertama mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu tatkala baginda dikeluarkn oleh Allah  dari kejahilan & kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Barsyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang  Maha Esa.
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan & juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan   perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan tu hanyalah satu iaitu Allah jua,tiada dua atau tiga.


Isyak : Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s iaitu pada ketika itu Nabi Musa tersesat  mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.Allah SWT   menghilangkn semua perasaan dukacitanya itu pada  waktu Isyak yang akhir.Lalu solatlah Nabi Musa 4 rakaat  sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Dukacitanya terhadap isterinya
Rakaat kedua    : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun a.s
Rakaat ketiga    : Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak Firaun..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...