''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Monday, August 15, 2011

khasiat KURMA...


Assalamualaikum…
Pada Bulan Ramadhan ini, kita disunatkan memakan kurma oleh Rasulullah SAW, ternyata kurma itu sangat berkhasiat. kalau dulu, aku memg tak suka mkn kurma sbb bg aku, kurma yg dijual kt pasar2 nie manis2 belaka... sgt manis... tp tahun nie, alhamdulillah, berkat seorg sahabat yg menasihati aku supaya mkn kurma dn berkat abg aku yg pi beli kurma mahal semata-mata untuk aku mkn, akhirnya, jatuh hati plak kt kurma nie...

spt yg sedia maklum, kurma merupakan buah yg paling laris di bulan ramadhan kerana kandungan  khasiatnya yg tinggi...tp yg anehnya, knapa kurma hanya di cari di bulan ramadhan je?? yg tu kalian carilah jwpnnya sendiri ye... entry kali nie aku nk share serba sedikit ttg khasiat kurma...
sebelum tu, aku nk tnya, kalian tahu ke apa itu KURMA?






Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar (Dikenali dengan nama saintifik, Phoenix danctylifera)  adalah dari jenis tumbuhan palma seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Ibnu Qayyim dalam bukunya Zaad al-ma'ad berkata, "Kurma adalah buah yang paling mulia dan paling bermanfaat. Ia adalah raja buah-buahan, penguat lever, pelembut tabiat".

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.

Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya

“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam.Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.
Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat.

“Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perobatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga batin. Jus buah kurma mungkin baru dinegara ini. Dinegara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran

nie la pokok kurma...
semoga perkongsian kali nie memberi sedikit manfaat untuk aku dn kalian sume...

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...