''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Saturday, August 20, 2011

Betul Ke... Wahai Wanita??


Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini.

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stoking pun kena pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
konfem tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jerrr.
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit, nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki, selamber jerr
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jerr
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul, cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yang paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jerrr cari yang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki


hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adil… kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.
Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

kesian kan dekat perempuan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil


persoalannya sekarang?

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "
(hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan?

Wahai wanita, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahya. Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.


Ya Allah !!


Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami akan jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami.
Aminn..

Friday, August 19, 2011

lebih baik dr 1000 bulan

Alhamdulillah Allah telah memberi peluang kepada kita menikmati Ramadhan tahun ini, bulan keampunan, bulan rahmat dan bulan pelepasan dari neraka. Peluang hanya datang setahun sekali; tahun depan kita belum pasti bertemu Ramadhan lagi. oleh itu, kita perlu mengambil kesempatan dan peluang yang terbuka luas ini bagi merebut tawaran maha hebat yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana agensi dan syarikat pasaraya di dunia ini..


sedar atau tidak, sudah 19 hari kita meunaikan ibadah puasa.. kita telah menghampiri 10 Ramadhan terakhir... 10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini, satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah golongan yang paling beruntung.




“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” [QS Al Qadar: 1 - 5]

BilaKah ia BerLaku??


Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.

TanDa-TanDa & AlaMatnya


Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah: · Malam yang sepi, tenang dan bercahaya, tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang, Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh, Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku.”
Pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.



HikMatnyA


Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar 

doa-lailatu-qadr


Sumber : iLuvislam.com
#hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka .    semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikan dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!


Monday, August 15, 2011

khasiat KURMA...


Assalamualaikum…
Pada Bulan Ramadhan ini, kita disunatkan memakan kurma oleh Rasulullah SAW, ternyata kurma itu sangat berkhasiat. kalau dulu, aku memg tak suka mkn kurma sbb bg aku, kurma yg dijual kt pasar2 nie manis2 belaka... sgt manis... tp tahun nie, alhamdulillah, berkat seorg sahabat yg menasihati aku supaya mkn kurma dn berkat abg aku yg pi beli kurma mahal semata-mata untuk aku mkn, akhirnya, jatuh hati plak kt kurma nie...

spt yg sedia maklum, kurma merupakan buah yg paling laris di bulan ramadhan kerana kandungan  khasiatnya yg tinggi...tp yg anehnya, knapa kurma hanya di cari di bulan ramadhan je?? yg tu kalian carilah jwpnnya sendiri ye... entry kali nie aku nk share serba sedikit ttg khasiat kurma...
sebelum tu, aku nk tnya, kalian tahu ke apa itu KURMA?






Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar (Dikenali dengan nama saintifik, Phoenix danctylifera)  adalah dari jenis tumbuhan palma seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Ibnu Qayyim dalam bukunya Zaad al-ma'ad berkata, "Kurma adalah buah yang paling mulia dan paling bermanfaat. Ia adalah raja buah-buahan, penguat lever, pelembut tabiat".

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.

Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya

“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam.Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.
Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat.

“Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perobatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga batin. Jus buah kurma mungkin baru dinegara ini. Dinegara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran

nie la pokok kurma...
semoga perkongsian kali nie memberi sedikit manfaat untuk aku dn kalian sume...

Wallahua'lam..

Sunday, August 14, 2011

KEBENARAN di sebalik PENIPUAN DUNIA...



Assalamualaikum w.b.t sahabat2 ku sekalian… moga sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah selalu…
Hari nie aku nak berkongsi sedikit ilmu yg aku dpt hasil drpd menonton THE ARRIVAL… 


ye… The Arrival yg aku simpan dlm pendrive tp belom pon sempat aku menonton sehingga episode akhir, The Arrival yg aku dpt dr seorg sahabt telah pon hilang dek pendrive ku perlu reformat semula… adeh… sungguh kecewa aku di kala ini… ianya merupakan satu dokumentari yg byk membongkarkan penipuan dunia oleh org2 yg memegang jwtn2 besar dunia… penipuan yang sememangnya kita tak pernah perasan dek terlalu leka dan alpa dgn nikmat dunia… selain The Arrival, The Divine Book juga turut lesap… adeh, sabar je la…


bukan rezeki aku agaknya untuk menontonnya sehingga episode akhir  tp aku bersyukur sbb PHASE 3 (rasenye sambungan THE ARRIVAL and THE DIVINE BOOK) yg baru aku download sbyk 20 episode, aku tak save dlm pendrive tu… kira selamat la dr ter’delete’…



Bg kalian yg tak pernah tonton dokumentari2 nie, mesti tertanya-tanya apa lah yg aku merepek nie kn? Hmm, aku rasa kalau kalian nk tahu lebih lanjut, boleh arr google ttg WAKE UP PROJECT… kalau nak tonton, tgok lah kt you tube… search la THE ARRIVAL  or THE DIVINE BOOK or PHASE 3.. kalau kalian download and sebar2kannye lg bagus… (credit tu fr33dom fight3r coz sudi membuat subtitle dlm bahasa melayu supaya senang org2 yg tak brapa pandai English cam aku nie memahami isi2 penting dlm dokumentari nie)

Episode 26  THE ARRIVAL merupakan episode yg terakhir yg sempat aku tonton sebelum segala nya hilang dr pandangan mata L… rasanya THE ARRIVAL mempunyai 50 or 51 episode kesuluruhannya… kiranya baru setengah drpdnya yg aku sempat tonton… entry aku kali nie nk berkongsi sedikit ttg apa yg di perkatakan dlm episode 25 dan 26 yg memg menarik minat aku untuk mengetahui segalanya dgn lebih mendalam… it about DAJJAL / ANTICHRIST

Pesuruh Allah iaitu baginda Nabi Muhammad S.A.W mengingatkan kita tentang pelepaasan Dajjal sewaktu jangka hayat baginda. Baginda bersabda: Apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di atas muka bumi ini selama 40 hari… satu hari seperti setahun… satu hari seperti sebulan… satu hari seperti seminggu dan hari-hari seterusnya seperti hari2 kita… tetapi apabila Dajjal berada pd hari2 seperti setahun, British merupakan tanah pemerintahannya… dan apabila Dajjal berada pd hari yg seperti sebulan, Amerika Syarikat mjd tanah pemerintahannya… dan akhirnya apabila Dajjal berada pd hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke Tanah Suci Israel…

Dajjal telah pun melengkapkan fasa pertamanya iaitu ONE DAY LIKE A YEAR… di mana BRITAIN merupakan kerajaan yang memerintah dunia ini,dan nilai Pound merupakan mata wang antarabangsa… Menurut Islam, satu tahun dalam syurga adalah bersamaan dgn 1000 tahun manusia… dan dr itu, kita boleh memahami yang Dajjal memerintah BRITAIN selama 1000 tahun. Bukan secara kebetulan yang monarki British wujud sejak tahun 900 M lagi… 900 + 1000 = 1900…

Pd tahun 1917, AMERIKA SYARIKAT secara rasminya melibatkan diri dlm peperangan dunia dan inilah langkah yang di ambil mereka untuk menerapkan Amerika sebagai kuasa agung global yg baru…

Dajjal dr situ memerintah pd ONE DAY LIKE A MONTH… di mana AMERIKA SYARIKAT menggantikan BRITAIN sbg negara pemerintah dunia ini dan U.S Dollar menjadi mata wang antarabangsa… jadi, jika setahun Syurga bersamaan seribu tahun dunia, sebulan akan jd 1000/12=83 tahun… so, 1917+83=tahun 2000 (tahun 2000 merupakan tahun rasmi presiden George W Bush mengambil alih tampuk pemerintahan Amerika dan mnjadi presiden di White House… yang cuba menguasai dunia… apa yang dia dah buat dlm usaha menguasai segalanya…

  • Serangan pd 11 sept 2001… semua siasatan peribadi membuktikan kejadian ini merupakan hasil kerja orang dalam (tak percaya?? Carilah kebenarannya melalui pencarian anda sendiri dan sy pasti, hasilnya akan mengejutkan anda)
  • Tahun 2002 => Afghaistan di ceeroboh
  • Tahun 2003 => Iraq pula di ceroboh
  • Tahun 2006 => Lebanon adalah mangsa pencerobohan mereka
Pada tahun2 selepas kejadian 11 sept, Amerika telah menubuhkan pengkalan2 mereka pd lebih 10 negara di MIDDLE EAST… untuk apa??... untuk mengukuhkan lagi pemerintahan dan keselamatan ISRAEL sbg ibu negara terakhir Pemerintahan Dunia Baru (THE NEW WORLD ORDER)…

Dan sekarang Amerika sedang menyerahkan kekuasaannya kpd JERUSSALEM (Israel)… Dan apa pula mata wang antarabangsa kelak?? JAWAPANNYA… U.S Dollar akan diserang, dan ia akan tumpas dan membawa bersamanya kesemua duit kertas selepas itu… Jd apakah wang yang seterusnya??? Apakah wang baru yang Israel akan guna untuk memperhambakan manusia?? Cara yg sama yg digunakan oleh Amerika dgn U.S Dollar??... JAWAPANNYA… ISRAEL akan guna DUIT HALIMUNAN, kamu tak boleh melihatnya… Duit yang tiada bentuk fizikal, kamu tak boleh menyentuhnya… Ia akan jd duit elektronik (cmne tu ek?? Tggu dan lihat je la ye)…dan perkara paling pelik dan bahaya ttg duit elektronik ini ialah ia di kawal oleh system perbank kan di seluruh dunia dan YAHUDI yang mengawalnya…

Kemudian Dajjal akan memerintah ISRAEL pd ONE DAY LIKE A WEEK… mengikut formula yg sama (sebulan ada 4 minggu)… so, “ hari yg seperti seminggu” patut menjadi 83 tahun divide by 4, ianya bersamaan hamper dgn 21 tahun… ini akan membawa kita antara tahun 2020-2023… pd tahun tersebut, kumpulan ILLUMINATI sepatutnya sudah bertindak dan memastikan kuasa pemerintahan dunia terletak pada Negara ISRAEL….

Dan selepas itu apa terjadi??... bersambunglah hari2 nya seperti hari2 dunia kita…
Namun, apa yang di jamin di dalam AL-QURAN dan beberapa HADITH Rasulullah S.A.W adalah…

Kejayaan PASTI datang kpd mereka yang mengikut IMAM MAHDI dan menyertai perjuangan Nabi Penyelamat Sebenar kita, Nabi ISA a.s. . . tetapi yang SEDIHnya, kebanyakan manusia akan memPERCAYAi dan mengikut Nabi Penyelamat PALSU (Dajjal) dan mempercayainya sebagai nabi penyelamat yang  sebenar kerana mereka BUKAN dari kalangan yang betul-betul BERIMAN dan mengkaji tanda-tanda ketibaannya. . .

Jadi, aku nasihatkan… kalau kalian nak tahu dgn lebih lanjut dan mendalam tentang kajian2 dan pembongkaran dunia nie, tontonlah series nie… aku TAK PAKSA untuk kalian mempercayainya, tapi lihatlah sekeliling kalian, kajilah ia, renungkanlah setiap penciptaan NYA, dan carilah kebenaran mengenainya… nescaya kamu akan menemui PETUNJUK drNYA… nie saja perkongsian ku untuk entry kali nie… moga kalian dpt manfaat drpdnya… WALLAHUA’LAM…


Saturday, August 13, 2011

Asal-usul Solat

hari nie, aku nk kongsi sedikit ilmu dgn kalian semua ttg asal-usul solat... semoga ilmu ini mendatangkan manfaat kpd kalian sume...insyaAllah... sesungguhnya sedikit ilmu yg bermanfaat lbh baik drpd byk yg melalaikan...


Subuh : org yang pertama mngerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu tatkala Baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.Pertama kali yang dilihatnya ialah kegelapan & Baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam a.s pun bersolat 2 rakaat.

Rakaat pertama : Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:Baginda bersyukur kerana siang telah mnjelma.

Zuhur : Orang yang pertama mngerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan  padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah Nabi Ibrahim 4 rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua: Bersyukur kerana dibukakan dukacitanyadan juga anaknya
Rakaat ketiga: Bersyukur & memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Asar : Orang yang pertama mngerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s iaitu tatkala baginda dikeluarkn oleh Allah SWT dari  perut ikan Nun.Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersolat 4 rakaat  kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: kelam dengan kesalahan 
Rakaat kedua : kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : kelam dengan malam
Rakaat keempat: kelam dengan perut ikan nun.

 
Maghrib : Orang yang pertama mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu tatkala baginda dikeluarkn oleh Allah  dari kejahilan & kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Barsyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang  Maha Esa.
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan & juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan   perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan tu hanyalah satu iaitu Allah jua,tiada dua atau tiga.


Isyak : Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s iaitu pada ketika itu Nabi Musa tersesat  mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.Allah SWT   menghilangkn semua perasaan dukacitanya itu pada  waktu Isyak yang akhir.Lalu solatlah Nabi Musa 4 rakaat  sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Dukacitanya terhadap isterinya
Rakaat kedua    : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun a.s
Rakaat ketiga    : Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak Firaun..



Friday, August 12, 2011

Kita Tanya, Quran Jawab...




Setiap hari , pasti timbul persoalan – persoalan yang sentiasa bermain – main di fikiran kita . Timbul risau , gelisah , marah dan ragu – ragu . Kita rasa buntu dan seolah – olah tiada jalan keluar dari persoalan – persoalan ni. Salah . Sebenarnya ada jawapan di sebalik segala persoalan itu. Di mana jawapan-jawapan itu?Jawabnya ialah Al-Quran , Kalamullah



 ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
 -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” 
– Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” 
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” 
-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” 
-Surah Yusuf ayat 87

p/s : apakah kte fikir kte lebih tau dari ALLAH? apakah kite fikir kite lebih tau ape yang terbaik untuk kite? renungrenungkan kawankawanku ~ :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...