''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Monday, January 7, 2013

hulurkn tgn.. ringnkn beban

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk makluman sahabat semua, dalam lingkungan jam 10.30mlm tadi (6 Januari 2013) sebuah kemalangan jalanraya telah berlaku di kawasan sekitar Masjid Tanah yang melibatkan empat orang sahabat muslimat daripada UTeM.

Mereka yang terlibat adalah saudari Tasnim bt Kamardin @ Kamaruddin, Wan Norsolehah bt Gaberan, Azizue Hasnie bt Abd Zubair dan Siti Hajar bt Ahmad Sabir. Mereka merupakan sahabat tahun 1 yang kini sedang sama-sama menghadapi final exam. Walaupun mereka semua selamat, namun salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan yang agak parah iaitu saudari Hajar.

Menurut pakar, beliau mengalami keretakan di bahagian tulang belakang, tisu saraf tunjangnya koyak dan kedua-dua kaki beliau patah di mana keberangkalian untuk lumpuh adalah sebanyak 90%. Kini beliau sedang ditempatkan di ICU Hospital Besar Melaka dan masih menunggu masa untuk menjalani pembedahan.

Perbelanjaan bagi pembedahan dijangka melebihi RM12 000 kerana untuk memasukkan besi di bahagian tengkuk sahaja doktor menjangkakan memakan hampir RM12k dan ini tidak termasuk kos pembedahan keseluruhan dan besi untuk kaki beliau lagi.

Oleh itu, dengan rendah hatinya kami memohon bantuan doa, solat hajat dan kewangan daripada sahabat sekalian bagi sama-sama membantu meringankan beban keluarga ini kerana mereka sememangnya amat mengharapkan ia daripada kita semua. Bagi sahabat-sahabat yang sudi menghulurkan bantuan, di sini ana sertakan nombor akaun waris saudari Hajar untuk memudahkan urusan sumbangan kewangan dilakukan.

Maybank: 154101189392 (atas nama Noraini bt Che Mat-Bonda Siti Hajar)
No H/P: 013 6919366

Semoga usaha kita dalam membantu meringankan beban sahabat yang lain akan diberkati oleh Allah.
Terbitkan rasa ehsan dari sanubari, jelmakan keprihatinan dengan memberi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...