''aku hanya mahu jadi orang yang baik.. melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat... jika aku tak mampu... janganlah kiranya aku buat kejahatan.. atau kejahatan dalam kebaikan.. biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya... aku harap aku akan kuat.. dan aku mohon sangat-sangat.. biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan.. dengan itu aku berusaha... dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau teman yang setia, ya Allah... redhailah daku dan sahabat-sahabatku di jalanMu''

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah....
♥ Bersongkok berserban nya aku , tidak semestinya aku seorg yg alim......
♥ Dgn menasihati org lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.......
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan seperti kamu........
♥ Cuma aku berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu......
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2, supaya menjadi lebih baik.........

Thursday, January 24, 2013

perjalanan ku after final exam sem 3...


Assalamualaikum.. Aku update blog kali ni sbb aku nk criterkn byk pnglmn aku lpas habis pekse… Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Allah sbb msh bg aku peluang utk merasai nikmat kurniaan drNya… sgt2 byk nikmat yg aku terima dn aku perlu belajar utk jd manusia yg lbh byk bersyukur dgn nikmat itu…

Kisah ku dgn along (along yg aku maksudkn di sini ialah shbt aku yg paling aku syg.. fillah… I luv u)… pengembaraan ini btujuan utk melihat sdri kehidupn insan yg aku syg dgn org2 yg di sayanginya… d smpg utk menimba sdkit pglmn bila merantau d tmpt org… mengenali keluarganya yg sgt baik dn penyayang membuatkn aku terasa lbh dihargai… d sygi…syukran sygku kerana sudi membawa ku pulg ke kmpung halaman mu… pengalaman ini tidak akn aku lupakan… insyaAllah…

22 Jan 2013… aku menyertai Modus Operandi Bakti Siswa (MOBS) d Raudatus Sakinah… byk perkara yg aku bljr secara tak langsung di situ… di beri peluang ke dua utk teruskn hidup sbg manusia biasa.. mmg betul kata pepatah “tiada insan suci tanpa dosa pada masa lalu, dan tiada insan  berdosa yg gelap masa hadapannya”… ehh… cm kenal je kn ayt tuh… :p

23 jan 2013… aku di gemparkn dgn berita bhw rakan seperjuangn ku yg terlibat dlm kemalangn telah kembali ke rahmatullah… beliau pergi pd mlm Maulidur Rasul.. saat ramai org ke masjid utk mendengar ceramah dn cerita mengenai junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, selawat ke atas baginda, shbt2 dn rkn seperjuangn ku pula bergegas ke rumah arwah utk memberi penghormatan terakhir… al-fatihah utk arwah Mohd Zaquan.. telah pergi mnghadap illahi pd usia yg sgt muda.. benarlah janjiNya “ajal seseorg tidak akan di cepatkan mahupun di lewatkn walau sesaat pun”… jika telah tiba ajal seseorg, maka tidak akn ada sesiapa pun yg mampu mghalangnya…

24 jan 2013… seawal slps subuh, aku dan along bertolak ke Shah Alam sbb along ada meetg.. aku dok lah kt rumah along diam2… aku bkk majalah fon… pergh… I want the phone yg ada internal memory yg besar… yg sng nk dload mcm2 application… apatah lg bila tgok Blackberry 10 akn dikeluarkn d pasaran kelak… err… gila gadget tol.. guna lah dlu apa yg ada…adeh… *patutnye perlu byk bersyukur dgn apa yg telah dikurniakn Nya.. ucaplah Alhamdulillah J ptg tu kami g hntr kete ksygn along ke bengkel… nk d ketuk dn di cat semula… then, cik lina amek kami dn hntr ke stesen bas shah Alam… since tiket kami di jadualkn mlm, jd cik Lina ajk kami singgah di rumahnya dn mkn mlm bersama… Alhamdulillah… Allah byk mudhkn perjalanan kami… cik Lina dn keluarga sgt baik dgn kami… perjalanan dr shah Alam ke Alor Setar mngambil masa kira2 8 jam…


To be continued… J

Wednesday, January 23, 2013

insan yg dikasihi ILLAHI


assalamualaikum.. hari ni aku terasa nk update blog pulak.. aku tak tahu cmne perasaan aku skang ni... minggu ni je.. aku telah kehilangn 2 org sahabat... mengapa aku panggil sahabat.. bknnye kawan or teman?? sbb nye... walaupun aku kurg mengenali mereka.. namun jauh di sudut hati.. terselit perasaan syg.. sygnya aku kpd mereka sbg seorg shbt.. mungkin inilah yg di katakan ukhwah fillah.. ukhwah atas dasar demi keranaNya.. suatu perasaan yg tak mampu aku gambarkn melalui kata2... tp nikmatnya tak terkata... Subhanallah... 

kisah ini bermula lbh kurg 2 or 3 minggu yg lalu... sewaktu aku sdg sibuk study utk mnghadapi final exam.. aku dpt khabar berita bhw shbt2 seperjuangan ku ketika di matrik dulu terlibat dlm kemalangan... aku hanya mengenali seorg drpd 4 org yg terlibat.. alhamdulillah.. yg sorg ni cuma mngalami cedera ringan dn sedikit trauma akibat kemalangan tersebut... namun.. ada sesuatu yg menarik perhatian aku tika itu.. salah seorg mangsa yg aku tidak kenali tp jauh di sudut hati.. aku rasa seolah-olah aku dah lama mengenali beliau... aku tak tahu kenapa aku rasa sgt sedih tika itu hingga mengalirnya titisan air mata.. tika itu aku hanya mampu berdoa agar dikau diberi kesempatan utk kembali sprti sedia kala... NAMUN... aku tahu tiada siapa yg mampu melawan takdir drNya.. engkau pergi menghadapNya tanpa sempat aku mengenali siapa dikau yg sbnrnya..

sehari sblm engkau pergi.. satu lg berita yg menyayat hati singgah di telinga ini.. rakan seperjuangan ku yg telah sama2 berjuang bersamaku dlm bidg farmasi selama 3 sem... terlibat dlm kemalangan jalan raya... bila mndengarkan keadaannya yg amat parah.. aku nekad utk turun ke hosp Melaka utk melawat beliau... dlm masa yg sama berhajat juga utk menziarahi dikau.. namun hajatku x kesampaian kerana dikau telah dijemput olehNya.. hancur hatiku namun aku gagahkan jua.. ya.. aku cuma mengenali namamu.. dn harapan ku kini moga kita berjumpa di SyurgaNya kelak.. berbalik semula kpd cerita teman seperjuanganku.. beliau terlantar di ICU selama beberapa hari.. koma tidak sedarkan dri.. 

namun.. sekali lg aku terkaku.. saat aku diberitakan yg beliau juga telah pergi menghadap ILLAHI smlm.. beliau merupakan seorg pelajar yg pemurah dgn senyuman... namun.. Allah lbh sygkn beliau.. menghadap ILLAHI d mlm maulidur Rasul yg pernuh barakah.. aku doakan agar shbt2 ku di temptkn dlm klgn org yg Beriman dn beramal soleh...


“Maut tidak mengenal tua atau muda, sihat ataupun sakit, sudah berkahwin atau bujang & dara, berilmu atau jahil, da'ie (pendakwah) atau mad'u (yg didakwahkan). Kalau sudah datang kehendak Allah untuk kita pergi menghadap-Nya, kita akan mati tanpa kita sangka-sangka.”

Al-Fatihah utk shbt2 ku yg telah pulang ke pangkuan ILLAHI... Siti Hajar Ahmad Sabir dn Mohd Zakuan Nordin.... moga roh kalian di tempatkn dlm kalangan org beriman dan beramal soleh... moga bertemu kita di SyurgaNya nanti.. insyaAllah... 



#aku x snggup utk merasai kehilangan lg... namun apakan daya.. itu janjiNya.. SETIAP YG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI...

Wednesday, January 16, 2013

secebis bingkisan dr KMM


Assalamualaikum.. salam sejahtera.. 
hmm.. hari ni patutnye aku study microbiology.. tp entah kenapa tgn ni menggatal pulak nk update blog.. ngeeehh~

sbnrnye aku nk share cket.. suatu tmpt yg plg byk meninggalkn kesan dlm khdupan aku.. tempat yg byk mencoretkan suka duka aku di cni.. segalanya bermula di sini... cewahh...  eh.. tp mmg betul pon.. x ramai yg tahu kisah hidup aku.. n aku x nk lah ungkit kisah lama.. aku kn nk mula hidup baru.. nk jd insan yg lbh baik dr smlm.. =)

masih kenal dgn lmbg di bwh ini?? yeah.. ni lah logo KOLEJ MATRIKULASI MELAKA... tmpt aku menimba ilmu... tmpt pertemuan aku dgn shbt2 yg soleh dn solehah... 




sekarang dh ade perubhn sedikit...

Dulu kat matrix yang ambil jurusan sains ada 2 pilihan. Iaitu nak ambik Sains Hayat (Biologi) atau Sains Fizikal (Fizik). Kalau rasa nak jadi doktor ke, farmasi ke, amik sains biologi ke, boleh ambik Sains Hayat. Kalau ambik sains fizikal, untuk course seperti engineering dan sains fizik. Tetapi sekarang tidak begitu okeh. Sekarang dah pakai modul; (Modul 1, Modul 2, Modul 3)


Modul 1 ialah aliran pelajar yang akan mengambil mata pelajaran teras : Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik.

Modul 2 ialah aliran pelajar yang akan mengambil mata pelajaran teras : Fizik, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.

Modul 3 ialah aliran pelajar yang akan mengambil mata pelajaran teras : Biologi, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.

Aku degar cerita, modul ini diadaptasi sedikit daripada Program Asasi Sains Universiti Malaya. Bagi pendapat aku Modul 1 ni memang tough kerana mempelajari Fizik dan Biologi serentak. Dahulunya, ambil salah satu tapi sekarang tidak lagi. Masak laa budak ni belajar kedua-dua subjek yang berat ni. Kalau aku pun, mesti tak pass juga. Kelebihan ambil modul ni, korang akan ada lebih banyak pilihan untuk pilih course yang korang minat kat universiti nanti terutamanya course yang cenderung kepada bidang sains, kejuruteraan dan kesihatan.


Untuk modul 2 dan 3, kedua-dua modul ini menyerupai Sains Hayat dan Sains Fizikal yang dulu tuh, tapi bezanya, ada satu pertambahan subjek iaitu Sains Komputer. Bagi sesiapa fikir ni course cikai dan kebanjiran graduan, sila ubah pemikiran itu ok. Sains Komputer di universiti bukan satu kos yang senang.


Jadi mengikut perbualan kawan aku dengan cikgu Sains Komputer, mereka yang ambil modul 2 dan modul 3 perlu belajar basic C++, satu software programming yang digunakan oleh Sains Komputer dan student kejuruteraan (kebanyakkannya adalah mekanikal dan eletrik, eletronik). Bukan setakat belajar, subjek ini dimasukkan sebagai salah satu subjek peperiksaan bertulis. Maka, semua coding komputer kena hafal dan perlu ditulis pada hari peperiksaan. Haddoi, masak laa budak-budak ni.


Dari pemahaman aku, dengan belajar C++ ini pun dah agak basic untuk Sains Komputer dan merupakan satu kelebihan kepada mereka yang akan ke course Sains Komputer di universiti dan juga kejuruteraan. Tapi untuk student biologi memang tak de kaitannya. Melainkan kalau dia dapat course Sains Komputer.


Kesimpulanya, kepada akak dan abang yang ada adik nak masuk matrix, aku sarankan mereka kaji betul-betul course apa yang sesuai untuk diorang ambil di universiti untuk suaikan dengan pilihan course di matrix. Kalau dulu, aku pakai hentam je tak tahu nak jadi apa. Kejuruteraan Kimia ni pun, adalah pilihan ke-5 aku daripada 8 pilihan UPU aku. Sekarang saingan dah makin tinggi, kalau tak tumpukan perhatian, takut menyesal di kemudian hari.


P/S: Budak yang dah lepas matrix mesti kata "Selamat aku"


P/S 2: Aku perasan, ramai yang kata fasa zaman matriks adalah yang paling best dalam hidup mereka. Aku kaji punya kaji dan ini teori aku, kenapa ramai kata zaman matriks bes. Zaman matriks adalah zaman untuk seseorang itu merasakan kebebasan dan berada berjauhan dengan family buat pertama kalinya selepas zaman sekolah. Dan pada ketika inilah mereka belajar berdikari bersama-sama dengan kawan-kawan yang senasib dengan mereka. Kawan yang diorang kenal dalam tempoh setahun, kerana dengan tempoh pendek itu kita menerima baik buruk kawan kita sebaik-baiknya. Dan kerana itu, ramai yang rapat dengan kawan matrix sampai skrang. (Boleh pakai ke teori ni?)

Di sinilah aku mengenali erti ukhwah fillah.. =)
P/S 3: terima kasih sahabat2 ku.. wpun pertemuan dn perkenalan yg singkat, namun kalian telah beri impak yg besar pd perubhn dri ini.. alhamdulillah.. terima kasih ya Allah... 

tu je tinta aku hari ni.. chill out.. continue with my microbiology.. moga dipertemukan Allah dgn kalian semua d lain hari... assalamualaikum... peace...

Tuesday, January 15, 2013

Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t... 


nk share.. ni adek aku bg n pos kt fb.. ni yg nk komen ni..

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^
:: betul ke?? mcm tak je.. eh.. dh besar2 baru terasa mnja ckit ngn ibu.. =)

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
:: haa... yg ni mmg betul.. tak dinafikan.. when i wan something, i will work for it until i got it... NEKAD betul lah... 

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)
:: yg ni aku x de pglmn.. so aku tak tahu lah betul ke x :p

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D
:: errr.. no comment.. hehe

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah...degil tak boleh toleransi.
:: most preferrable is black.. -teman pengganti.. eh.. tu nama penyanyi n tajuk lg la.. huhu

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje keras.tp hati dia lembut.
SATU lagi pe'el dia...dia tak boleh ditegur.
:: klo di tegur, mmg aku melenting.. nmpk keras tp lmbut hati.. cmner tuh??

BERDIKARI
Very independent....memang betul....tp kalau terlebih independent pun payah.
mudah bergaul.
very take care.
:: take care??  kt sape??

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan...dia lebih suka buat hal sendiri.... pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
:: yg ni mmg betul.. buat kerje sdri2 lg senang.. buat ramai2 buat pening kepala je.. mslhnye bila buat2 sorg, mengeluh sbb keje lain tergendala... masalah btol... tp at least puas hati bila tgok hasil keje sdri.. klo keje ramai2 cincai2.. buat sakit hati.. nk buat ape kn?? huh

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring...TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
:: kalau aku marah.. tak dpt di bygkn bgaimana rupa seisi alam *wah.. hyperbola lah pulak.. huhu

PAKAIAN
Nak semua up to date...semua nak kemas.
:: kemas mmg betul.. tp.. up to date??? x kot.. simple2 dah la.. 


Tuesday, January 8, 2013

Qasidah Ya Hanana


ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَ

dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

ya hana na nabi muhammad dzalikal fadhlu minallah

يَا هَنَانَا

ya hana na

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى

khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله

ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah

يَا هَنَانَا

ya hana na

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر

min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar

وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام

waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam

يَاهَانَانَأ

ya hana na

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا

athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله

dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah

يَاهَنَانَا

ya hana na

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام

shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام

shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami

يَا هَنَانَا

ya hana na

Maksud lirik.

” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Jom berbudah mengingati kekasih Allah..moga tenang jiwa..
diiringi dengan ayat suci Al-Quran ..surat cinta kita..

~Allahurabbi..hindarilah kami dari sedih dan berduka cita~


Monday, January 7, 2013

hulurkn tgn.. ringnkn beban

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk makluman sahabat semua, dalam lingkungan jam 10.30mlm tadi (6 Januari 2013) sebuah kemalangan jalanraya telah berlaku di kawasan sekitar Masjid Tanah yang melibatkan empat orang sahabat muslimat daripada UTeM.

Mereka yang terlibat adalah saudari Tasnim bt Kamardin @ Kamaruddin, Wan Norsolehah bt Gaberan, Azizue Hasnie bt Abd Zubair dan Siti Hajar bt Ahmad Sabir. Mereka merupakan sahabat tahun 1 yang kini sedang sama-sama menghadapi final exam. Walaupun mereka semua selamat, namun salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan yang agak parah iaitu saudari Hajar.

Menurut pakar, beliau mengalami keretakan di bahagian tulang belakang, tisu saraf tunjangnya koyak dan kedua-dua kaki beliau patah di mana keberangkalian untuk lumpuh adalah sebanyak 90%. Kini beliau sedang ditempatkan di ICU Hospital Besar Melaka dan masih menunggu masa untuk menjalani pembedahan.

Perbelanjaan bagi pembedahan dijangka melebihi RM12 000 kerana untuk memasukkan besi di bahagian tengkuk sahaja doktor menjangkakan memakan hampir RM12k dan ini tidak termasuk kos pembedahan keseluruhan dan besi untuk kaki beliau lagi.

Oleh itu, dengan rendah hatinya kami memohon bantuan doa, solat hajat dan kewangan daripada sahabat sekalian bagi sama-sama membantu meringankan beban keluarga ini kerana mereka sememangnya amat mengharapkan ia daripada kita semua. Bagi sahabat-sahabat yang sudi menghulurkan bantuan, di sini ana sertakan nombor akaun waris saudari Hajar untuk memudahkan urusan sumbangan kewangan dilakukan.

Maybank: 154101189392 (atas nama Noraini bt Che Mat-Bonda Siti Hajar)
No H/P: 013 6919366

Semoga usaha kita dalam membantu meringankan beban sahabat yang lain akan diberkati oleh Allah.
Terbitkan rasa ehsan dari sanubari, jelmakan keprihatinan dengan memberi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...